kawan² ku... jom follow!!! i folloooooooooooooooowwww!!

SAYANG KAMOO

iklan...

About This Blog

kepada pengintip² @ stalker² yang nak melawat blog aku stakat nak carik bahan GADUH, & BAHAN UMPATAN KORANG ADALAH DILARANG MEMBACA BLOG AKU!!!
AKU TAKKAN HALALKAN SETIAP PERKATAAN YANG KORANG AMEK & SAMPAIKAN KAT ORANG LAIN YANG ADA KAT DALAM BLOG AKU NI..
PESANAN INI ADALAH UNTUK ORANG YANG BERNIAT JAHAT TERHADAP AKU, MAHUPUN AHLI KELUARGANYA, KAWAN²NYA & BOS NYA.. TIDAK KETINGGALAN JUGA ORANG KAMPUNGNYA..

Friday, November 12, 2010

lost tapes.... (werewolf)

sape penah tgk lost tapes??? sila angkat tangan..

semalam kat channel 551 start musim baru lost tapes... tapi, takde la baru sangat...
last year nyer tayangan... kat malaysia lambat sket.. sblm ni ita ada gak tgk lost tapes... tapi da lame takde.. semalam baru start balik..

smlm nyer tayangan pasal werewolf & lizard man...
nak tau episod² lain, tgk kat sini....

ita nak cite sket pasal episod smlm.. pasal werewolf dulu...
alkisahnyer camni... byk sangat kejadian pembunuhan kejam.. macam pembunuhan binatang.. tapi, tak dapat dicapture thru cctv... satu je sebab yg mengaitkan sume pembunuhan tu mempunyai persamaan..

iaitu semua mangsa ditemui minum di sebuah bar sebelum kematiannya... so, ada sorang mamat ni nak buat dokumentari pasal pembunuhan bersiri ni... die dapat kerjasama dari polis situ.. diorang pun buat intipan... sebab polis ada suspek... suspek seorang lelaki...

diorang ikut suspek tu.. siap berkamera bagai.... suspek tu balik umah sorang pompuan yg die jumpe kat bar tu..
bile sampai je umah pompuan tu, suspek tutup langir & tingkap... maknanyer visualnyer da ilang la... so, sorang polis ni cube nak mengendap dgn lebih dekat... mamat & sorang polis lagik tunggu dalam van... tetiba denga orang menjerit...

mamat & polis tu pun larik keluar dari van.. diorang pon pecah masuk umah tu... skali tu jumpe cam tapak kaki anjing yg berdarah & tingkap yg pecah. ada bulu binatang melekat kat kaca tingkap tu.. pastu diorang turun ke bilik bawah tanah... jumpe la sorang pompuan ni tgh menyorok & menangis².. mamat yg bawak kamera tu stay ngan pompuan tu.. sementara polis tu naik atas & nak cari suspek... polis tu jumpe partner die dalam bilik...

pastu diorang berpecah cari suspek... sekali tu salah sorang polis tu terjumpe mayat suspek... suspek tu pon jadi mangsa pembunuhan tu... maknanyer suspek tu bukan lagi jadik suspek...

maknanyer???!!! polis 2 org tu pon cepat² turun bawah... nak warning mamat tu... bile polis tu turun bawah, die suh mamat tu jauhkan diri dari pompuan tu... sekali tu, bile mamat tu toleh ke ke belakang ngan kameranyer, pompuan tu serang die.. polig tu pon, apa lagik... tembak la pompuan tu... mati die...

kat dalam kamera yg mamat tu pegang, die dapat capture gambar pompuan tu menyerupai serigala..
ffuuhh... gabra sungguh... tapi kan, tak tau la samada lost tapes tu fake @ betul... sebabnyer ita ada search... ada yg cakap lost tape tu hoax je..
entahla...
tapi ita suke cite tu... huhuhuhuuh... kalo korang nak tgk, next week la plak... ari khamis malam jumaat 10.03mlm channel 551...

misteri...

ita serius ni..
bukan main²... ini terjadik mlm tadi...
time tu ita nak makan, tp sblm tu ita pegi dapur & masak air...
ita bukak api kecik je... lepas masak air, ita pon makan...
sesambil tu nengok 999...
abis makan, ita nengok dapur tak menyala...
"eh? aku ni tak masak air lagik ke??"

"bang, nak tanye sket... abang ada denga bunyik air masak tak tadi??" ita tanye hubby...

"takde la yang... nape??"

"takde pape..."
tapi, bile ita rasa cerek, panas... eh?? peliknyer... ita rasa tak sedap hati.. ita masak balik... tak sampai 2 minit da masak... memang betul air tu da masak...

persoalannya :-
  1. bile air tu masak??
  2. sape tutup api dapur??

hati kite kotor... mari kite cuci hati.. Petua Mencuci Hati


PIC: GOOGLED
serius.... kdg² hati kite kotor... cam gambar hati kat atas ni. jom kite cuci hati!!

Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah "Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.


Wednesday, November 10, 2010

best!! best!! best!!

tips suami terbaik

Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera


17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan
.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.


26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?


35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.


40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.



sape suke gram??? meh kite baca kegunaan garam...

Dalam hadis nabi, ada disebutkan tentang garam. "Garam penghulu kepada lauk-pauk."
Betapa garam asalnya dari laut, apabila disejatkan menghasilkan kristal garam. Unsur tanah terdapat di dalamnya kerana dasar laut juga adalah tanah. Sebab itu garam juga diperoleh dari bukit dan dikenal sebagai garam bukit.

Kegunaan garam

1.Membuang busuk ikan. Ikan apabila sudah lama terdedah di darat akan menjadi busuk. Untuk menghilangkan hanyir ini, ikan diredam dalam air garam.

2.Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
3.Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

4.Mengubat ghout. Ghout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

5.Merawat cirit-birit. Direa boleh diubat dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

6.Merawat mabuk perjalanan. Sesetengah orang akan mengalami mabuk perjalanan setelah melepasi tempoh tertentu. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan diminum sebelum memulakan permusafiran.

7.Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

8.Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

9.Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

10.Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dijampi dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

11.Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

12.Mengelak panahan iblis bagi lelaki yang beristeri kerana bekerja di kawasan hutan. Petua Melayu tradisional apabila ke hutan mereka akan terserempak dengan jin yang menjelma sebagai perempuan bogel di sungai. Akibatnya mereka teringat-ingat kepada jelmaan makhluk itu sehingga mengabaikan isterinya. Cara mengatasinya sama seperti yang dinyatakan dalam nota 10.

13.Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir) cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dijampi dengan al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.


Kenali diri melalui rambut oleh Dr. Fadhilah Kamsah part 2

Kenali diri melalui rambut oleh Dr. Fadhilah Kamsah

kat n3 lepas, ita ada citepasal jenis² rambut... korang da kenalpasti rambut korang??? ok ler... ita kasi tau maknanyer yer...


1) RAMBUT LURUS -
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan
sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL-
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah
dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERENTING NEGRO-
bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila
susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG-
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak
pergaulan, dan mudah memaaf kanseseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT-
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan
perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT-
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai
membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG-
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,sosial dan bijak lari daripada
masalah.

8) RAMBUT TEBAL-
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai
mengambilhati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT-
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak
memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa
pertolongan. (kalu nak nmpk bijak mcm empunya pesen rambut gini....
usahakasik kusut rambut korang....)

10) RAMBUT BERUBAN-
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai
selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT-
(Botak) ..kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN -
itu rambutaaannnnnnnnnn nnnnnnnn. .... Huahuahuahuahua....


jgn marah ye...
lawak di pagi hari...

Tuesday, November 9, 2010

Kenali diri melalui rambut oleh Dr. Fadhilah Kamsah part 1

nak tau peribadi seseorang?? ataupun masih tak tau peribadi anda?? Kenali diri melalui rambut oleh Dr. Fadhilah Kamsah...
sebelom ita bagi makna² rambut tu.... korang kene tau jenis² rambut...
rambut ada beberapa jenis tau...
maknanye ita akan kasi tau next n3...
tunggu eks...

1) RAMBUT LURUS -

2) RAMBUT KERINTING TEBAL-

3) RAMBUT KERENTING NEGRO-

4) RAMBUT IKAL MAYANG-

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT-

6) RAMBUT SIKIT-

7) RAMBUT PERANG-

8) RAMBUT TEBAL-

9) RAMBUT KUSUT-

10) RAMBUT BERUBAN-

11)TIADA RAMBUT-

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN -

Petua kemesraan rumahtangga.....Untuk yang telah Berkahwin sahaja maupun yang akan berkahwin aje tau...

Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga & Rasulullah telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda..... .....

Tidur dalam satu selimut bersama isteri..(i like!!)
Dari Atha` bin Yasar:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa mandi bersama dlm satu bejana. Ketika baginda sedang berada dlm satu selimut dgn Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau bangkit?` Jawab Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.' Sabda Rasulullah, 'Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.' Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau."
( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur ).

Memberi wangi-wangian pada aurat (owhh... nak kene pakai minyak wangi la pas nieh..)
Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai drpd auratnya menggunakan nurah ( sejenis serbuk pewangi ) & isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah s..a.w.
( Hadis Riwayat Ibnu Majah ).

Mandi bersama isteri (ehehehhe... aaawwww!!)
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami ( ke dlm bejana tesebut )."
( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ).

Disikatkan oleh isteri (belum pernah buat... nak kene buat neh..)
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid".
( Hadis Riwayat Ahmad ).

Meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w pd hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah."
( Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir ).

Minum bergantian pada tempat yang sama (slalu share ngan anak² je.. pasni nak share ngan hubby plak ler)
Drpd Aisyah r.a, dia berkata:"Saya biasa minum dari cawan yg sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebutdan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pd tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya. "
( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ).

Membelai isteri
"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yg menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya."
( Hadis Riwayat Ahmad ).

Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).
Dari Hafshah, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa."
( Hadis Riwayat Ahmad ).

Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).

Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg di sukainya spt Aisy & Humaira (pipi merah delima).

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan. "
( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ).
Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid.Apabila darah ku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pd bhgn yg terkena titisan darah & baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku.Apabila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pd bhgn yg terkena titisam darah itu saja & tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.."
( Hadis Riwayat Nasai ).

Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w menikah dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,'Sesunggu hnya aku pernah hendak memberi hadiah kpd Raja Najasyi sebuah pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan.Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanyya kepadamu." Dia ( Ummu Kaltsum ) berkata,"Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah s.a.w & hadiah tersebut di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda memberikanyya kpd masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kpd Ummu Salamah." ( Hadis Riwayat Ahmad )

Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, utk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan..... ..apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yg menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya krn pd diri isterinya ada hal yg sama dgn yg ada pd wanita itu."
( Hadis Riwayat Tirmizi ).
Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w kpd para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sgt mementingkan sikap kerana sikap & perbuatan baik cara yg paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih & sayang antara suami & isteri. Inilah
teladan yg perlu di contohi..... ...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SAYANG KAMOO