kawan² ku... jom follow!!! i folloooooooooooooooowwww!!

SAYANG KAMOO

iklan...

About This Blog

kepada pengintip² @ stalker² yang nak melawat blog aku stakat nak carik bahan GADUH, & BAHAN UMPATAN KORANG ADALAH DILARANG MEMBACA BLOG AKU!!!
AKU TAKKAN HALALKAN SETIAP PERKATAAN YANG KORANG AMEK & SAMPAIKAN KAT ORANG LAIN YANG ADA KAT DALAM BLOG AKU NI..
PESANAN INI ADALAH UNTUK ORANG YANG BERNIAT JAHAT TERHADAP AKU, MAHUPUN AHLI KELUARGANYA, KAWAN²NYA & BOS NYA.. TIDAK KETINGGALAN JUGA ORANG KAMPUNGNYA..

Monday, July 9, 2012

monday story..


bismillah..
assalamualaikum semuaa!!
gigih tau ita pepagi ni bukak blog menaip n3..
almaklum je la..
da lama bebenor tk menaip dengan pantas nieh..
huhuhuhuhu...
hari senin nan indah ni mari kite mulekan dengan senaman...
memula skali, amek tgn kanan, selitkan kat ketiak kiri..
pastu kaki kiri, lipat ke belakang sambil tangan kiri pegang dagu...
pas tu lombat doploh kali..
ahahahhahaha... sengal!!!!

saje je kan.. hari ni just nak story yg weekend lepas kitorang anak beranak tak gi memana pown..\just dok umah je..
suami terchenta ade kelas smlm... dari 8 pagi sampai la 6.30 ptg...
ita le yg kene jaga bebudak 3 org tuh...
eh??! lupe plak kan nak tempek gambar baby baru ita...
time ni umur die baru je beberapa jam...


kakak yang sedih dapat adik.. ehehehhe


yg ni, time 2 wks...


yang ni 2 minggu lepas...


hai aunty² semua!!! nama saya Izzul Al Haq bin Hazreen...

Thursday, July 5, 2012

sekian lamanyer... setelah setahun lebih..





hi korang... lama tak baca cite pasal korang...
ita mintak maaf la benyak sbb lama bebenor menyepikan diri..
terlalu banyak benda yang jadi yg jadi kekangan utk ita terus apdet blog...
bukan utk apdet blog ajer.. utk baca cite² korang pon ita tak de time...
dengan hal family nyer.. ngan hal rumahtangga nyer.. ngan hal peribadinyer... ngan hal opisnyer...
sumenyer jadi kekangan...
hadesss... rindu bebenor ngan korang sume...
stakat ni je utk n3 kali ni.. nanti kite sembang² lagi yer...RINDU KORANG SESANGAT!!!!!
MUUAAHHSSSS!!






Saturday, December 31, 2011

DON’T BREAK MY HEART CAMPAIGN

02 DONT BREAK MY HEART CAMPAIGN
salam uoollsssss…
dengan ini ita nak melancarkan satu kempen…
iaitu DON’T BREAK MY HEART CAMPAIGN…

  


tujuan ita lancarkan kempen ni adalah untuk menyedarkan bahaya merokok…
korang boleh tolong ita tak spread kan news pasal campaign ni…



cara²nyer ialah :-
1. copy paste gambar tu & tempek kat side bar blog korang (option je.. nak buat boleh, tak buat pon takpe..)


2. kalo korang nak buat n3 pasal kempen ni pon boleh gak… lagi bagus…


3. sebut “DON’T BREAK MY HEART” dengan nada yang lembut kepada ayah, mak, abang, kakak, adik, sedara mara, jiran tetangga (senang cite ngan orang yg tersayang) jika diorang tengah merokok.. “ala… macam dalam iklan yang nurse india cakap camtu kat anak lelaki die tu…)



sebab apa ita lancarkan kempen ni…

1. kesedaran ita sendiri lepas tgk ayah ita suffer batuk² tak berhenti² hampir sebulan!!!… (my father smoking since he was 15 years old untill now 64 years old)


2. merokok adalah penyebab kepada banyak penyakit…



pesanan kepada perokok :-

LU PIKIRLAH SENDIRI…


Friday, May 20, 2011

Izzah @ pertandingan mewarna HARI INI!!!!

hai uoollsss.. pe habaq??? hari ni ceq nak habaq mai pasai izzah..

semalam izzah tak gi skolah.. die muntah²… food poisoning. sampai je umah, dapat surat dalam post box tulis nama izzah…

sape la plak kas surat chenta ni???

surat utk izzahkuarters 007

dari tabika rupenyerkuarters 008 terpilih??? pertandingan mewarna???kuarters 009 hhrrrmmm. kalo menang alhamdulillah… kalo kalah boleh cuba lagi…kuarters 011

 

so, kalo sesape yang ada sekitar shah alam, moh le terjah Kompleks PKNS…

kakak, warna cantik² ye sayang…  

aku = multitasking??

dah petang baru mau bikin n3.. tajuk tak hengat

pejam celik pejam celik ita dah keje kat dept baru ni dah masuk 10 bulan… baru 10 bulan…

tapi kan ita pelik gak la… ramai yg refer kat ada certain² perkara.. contohnyer…

  1. toner mesin fotostat & mesin faks abes
  2. paper kat mesin faks & mesin fotostat abes
  3. suh tunjuk cara² nak fotostat & nak faks
  4. pasal catrij baru kat printer
  5. paper stuck kat mesin fotostat, faks & printer
  6. macam² lagi laaa…

yang paling peliknyer yang refer kat ita tu bukan staff baru… staff yg dah lama service kat dept ni… camne tu???

sebenarnyer ita leh je tolak keje² sume tu… sebabnyer benda² tu sume ada org lain yg jaga.. dalam erti kata lain dept lain punyer kerja… nape plak ita kat admin nak kene wat kan???

tapi, ita ni tak reti nak menolak kalo org dah mintak tolong.. layankan jela… kalo ita tak bz, ita tolong mana yang mampus..

at the same time, ita pelik… diorang ni da keje lama kat sini.. nape tak de inisiatif  nak blaja benda² basic cam tu?? benda² simple je.. tak payah la nak mintak tolong orang lain kan??

Wednesday, May 18, 2011

cita²…

salam uoollss… dah lama ita tak wat n3 kan?? huhuhuhuuh… banyak kekangan laa… at the same time ita kangen sama u orang..
kehkehkehkeh…
ita nak cite sket ngan korang pasal cita²…

sebenarnyer ita nak cite pasal cita² Izzah… dulu masa die memula masuk skolah, die cakap die nak jadik CIKGU… ok fine!! ita dulu pon penah ada cita² nak jadik CIKGU, PILOT, TENTERA, POLIS, DOKTOR, PEGUAM, AHLI PERNIAGAAN, SYSTEM ANALYST dll… huhuhuhuuhuh…. apa yg ita cube nak sampaikan ialah budak² takkan ada 1 cita² yang tetap… cam Izzah, die cume nampak CIKGU setiap hari… & die kagum dgn cikgu.. sebab tu die nak jadi cikgu…

tapi, baru² ni, die cite ada DOKTOR GIGI datang kat skolah die… & terus die tukar cite² die.. die nak jadik DOKTOR GIGI..….

ita ni punye la sengal… saje je nak test die…

“nape kakak nak jadi DOKTOR GIGI & tak nak jadik cikgu?? jadi cikgu kan best… kalo hari guru, kakak dapat hadiah BANYAK sangat dari anak murid…”

tak nak la mak… kite nak jadik DOKTOR GIGI…”

ok. kalo betul kakak nak jadik DOKTOR GIGI, gigi kakak kene bersih.. kene rajin gosok gigi.. gigi kakak tak boleh rosak..”

pas tu 2-3 hari lepas tu, kitorang tgk cite AWAN DANIA… ita saje je nak test die lagik…

kakak, kakak tanak ke jadik cam AWAN DANIA tu?? best tau… boleh naik kapal terbang banyak kali… boleh gi jalan².. lepas tu kakak boleh belikan mak hadiah banyak²…” sengal kan MAK IZZAH ni??? hhuhuhuhu..

kite tanak la mak… kite nak jadik DOKTOR GIGI…”

kesengalan MAK IZZAH  ni makin memuncak… time tu Izzah tgh tgk video klip STACY sambil terjoget² dgn Iyyad…

kakak, kakak taknak jadik macam STACY ke? boleh menyanyi²… joget²… dapat duit banyak.. boleh kakak belikan mak rumah besar, kete besar…”

mak ni!! dah brape kali kite cakap… kite nak jadik DOKTOR GIGI la!!!”

OK FINE!!!!"

ehehehehhe… sengal tak MAK IZZAH tu???

Monday, May 16, 2011

aku tau…. tapi itu….

aku tau aku  tak sekaya kau

aku tau gaji aku tak setinggi gaji kau

aku tau suami aku tak sehebat suami kau

aku tau rumah aku tak secantik rumah kau

aku tau anak² aku tak secerdik anak² kau…

tapi itu…

tak bermakna kau boleh memperlekehkan aku

tak bermakna kau boleh mempersendakan suami aku

tak bermakna kau boleh mengherdik anak² aku…

kau tak berhak… KAU TAK BERHAK!!!!

 

kakak, kan mak dah cakap, jangan.. kenapa kakak buat?” marah mak kepada anaknya…

“kakak cume nak kawan dengan diorang je mak..” jawab anaknya dengan jujur

kakak, kakak kene sedar… diorang kaya kakak.. banyak duit… kita???” soal emak dgn nada sebak..

kita tak banyak duit..” suara anak sudah mula tenggelam timbul

rumah diorang cantik tak?”

cantik…”

rumah kita??” berjurai air mata si emak..

buruk” saat ini emak dan anak sudah mula menangis…

diorang ada kereta kakak.. kereta diorang besar… kita ada kereta tak??

takda..”

kalau kakak sayangkan emak, tolong lah kakak… jangan la kawan dengan diorang… mak diorang tak suka kakak… kita orang miskin, rumah kite kecil,, rumah kita buruk, kita tak da kereta… kakak dah tak sayangkan mak ke??”

kita sayang emak… tapi, kita nak kawan dgn diorang..”

kalau betul kakak nak kawan dengan diorang, kakak blaja pandai².. bile kakak dah besar, kakak keje bagus².. simpan duit banyak².. beli rumah & kereta yang besar dan cantik.. tunjuk kat diorang yang kakak pun boleh kaya macam diorang… boleh tak?

boleh mak.. insya Allah…”

 

teringat n3 terharu ayu. ita rasa sangat touching.. cite kat atas adalah pengalaman seseorang yang ita kenal…

kadang² ita terfikir… kenapa mesti ada antara 2 darjat? walaupun dalam keluarga… mesti terjadi benda ni… si adik yang hidup susah sentiasa menjadi bahan sindiran oleh kakak @ abang yang hidup senang.. malah anak² si adik turut menjadi mangsa.. menjadi mangsa buli oleh sepupu²nya…. paling sedih sekali, mak & ayahnyer pon turut memperlekehkan kehidupan anaknya yang serba kekurangan…

kesian kan?

Friday, May 13, 2011

JUMAAT INI

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.\

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SAYANG KAMOO