kawan² ku... jom follow!!! i folloooooooooooooooowwww!!

SAYANG KAMOO

iklan...

About This Blog

kepada pengintip² @ stalker² yang nak melawat blog aku stakat nak carik bahan GADUH, & BAHAN UMPATAN KORANG ADALAH DILARANG MEMBACA BLOG AKU!!!
AKU TAKKAN HALALKAN SETIAP PERKATAAN YANG KORANG AMEK & SAMPAIKAN KAT ORANG LAIN YANG ADA KAT DALAM BLOG AKU NI..
PESANAN INI ADALAH UNTUK ORANG YANG BERNIAT JAHAT TERHADAP AKU, MAHUPUN AHLI KELUARGANYA, KAWAN²NYA & BOS NYA.. TIDAK KETINGGALAN JUGA ORANG KAMPUNGNYA..

Wednesday, June 30, 2010

Hi-C Fruit Chewy..

hari ni wat n3 laen sket... bukan nak promote... tp just nak share ngan kenkawan je...

anak ita suke sangat makan vit C ni bukan anak aje... mak nyer pon suke :Þ... sedap..
ita beli kt cosway je.....

maaf la kualiti gambar tak memberangsangkan... pakai henpon je..

ada 6 perasa..


die cam jelly.. tp ade 6 perasa... LEMON, ORANGE, MANGO, GREEN APPLE, GRAPE & STRAWBERRY...
mabeles beb... tp, ita lupe le brape regenyer...
oleh kerana rasanyer sedap, harus la ita simpan tinggi²... sebabnyer nanti Izzah pandai amek sendiri... Iyyad pon da pandai bukak botol sendiri.. mau habis dalam sehari kang...


Tuesday, June 29, 2010

simple celebration.. Izzah 4 y.o birthday party..

hari ahad ari tu, kitorang buat simple celebration utk birthday izzah yang ke 4... huhuhuhuh... thn depan tak buat kot... buat kat skolah je senang... buat kat tadika perpaduan seksyen 24... ahahhahahahha.... klaka tol la izzah ni...

to acik mimie & suziey, ita buat celebration ni kecil²an je... just utk family members... nan ado bajet la... ehehehehhe... lagi pon, korang cube tgk gambar² kat bawah ni... baru family je yg attend.. tp, da penuh satu umah... huhuuuhu... umah den kocik yo...

korang layan je la ye piccas nieh...









HARI ILMU DAN GERAKAN MEMBACA PERDANA NEGERI SELANGOR 2010

HARI ILMU DAN GERAKAN MEMBACA PERDANA NEGERI SELANGOR 2010
Tempat : Taman Tasik PKNS, Shah Alam
Tarikh : 26 Jun 2010 ( Sabtu )
Jam : 8.00 pagi – 2.00 petang

1.0 PENDAHULUAN
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor julung kalinya akan menganjurkan satu program yang dinamakan ‘Hari Ilmu & Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor’ sebagai satu aktiviti membaca beramai-ramai oleh orang awam dan seterusnhya dicatatkan didalam The Malaysia Book Of Records.


2.0 OBJEKTIF
2.1 Meneruskan usaha-usaha merangsang dan mempromosikan budaya membaca;
2.2 Outreach program perpustakaan secara besar-besaran dengan Membaca Bersama Masyarakat
2.3 Membudayakan pembacaan dikalangan rakyat sambil bersantai membaca dimana-mana
2.4 Menderma dan menyumbang bahan bacaan untuk jalinan Persahabatan
2.5 Menggalakkan pihak swasta/korporat melaksanakan program CSR bersama perpustakaan.
2.6 Mempertingkatkan kualiti hidup melalui pembacaan bersama keluarga.

3.0 SASARAN PESERTA
Progam ini mensasarkan seramai 10,000 penyertaan dengan kategori penyertaan adalah seperti berikut:

3.1 Peserta Berdaftar (5,000 orang)
Seramai 5,000 peserta berdaftar yang terdiri dari penyertaan semua jabatan Kerajaan/agensi kerajaan negeri /Pejabat Daerah/ Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun/anak syarikat Kerajaan Negeri/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen/Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS/Kolej Swasta)/ Sekolah-sekolah, Tadika dan Taska, Persatuan-Persatuan NGO/JKKK/Persatuan Penduduk/ Persatuan Belia, Penulis, Penerbit buku, Ilmuan dan badan-badan korporat. (disaran menghantar wakil secara berkumpulan)

3.2 Pengunjung Awam (5,000 orang)
Pihak penganjur juga mensasarkan 5,000 orang awam akan hadir bersama keluarga untuk bersama-sama membaca di sekeliling tasik.


4.0 KONSEP
Keunikan penganjuran Gerakan Membaca Perdana ini adalah melalui beberapa konsep dan pendekatan seperti berikut:

4.1 Bacaan Kegemaran Saya @ My Favourite Book
Setiap peserta berdaftar akan membawa 1 bahan bacaan seperti buku/majalah/jernal/akhbar/ dan lain-lain untuk membaca dilokasi.
Peserta bersantai sambil membaca buku kegemaran masing-masing secara serentak.
ADUN dan Ahli Parlimen akan turut membaca bersama rakyat .
Pengunjung awam, (walk in) dan keluarga boleh memilih untuk duduk dimana-mana lokasi bersesuaian dengan membawa bahan bacaan /tikar/payung/topi/bekalan makanan sendiri sambil membaca.

4.2 Sumbangan Buku /Pertukaran Buku (Book Donation/ Book Crossing)
Disediakan juga kotak-kotak berhampiran pokok-pokok bagi individu membuat sumbangan bahan bacaan seperti buku dan majalah. Bahan-bahan ini boleh di ambil dan ditukar oleh mana-mana individu yang berminat semasa program dijalankan. PPAS akan membuat kutipan di akhir program untuk simpanan /rujukan pelanggan perpustakaan. EXCO/ADUN/Ahli Parlimen /pegawai-pegawai kerajaan/badan korporat yang berminat untuk memberi sumbangan bahan bacaan boleh menyumbang lebih awal bermula pada 1 Jun 2010.


5.0 PENGIKTIRAFAN
Pihak penganjur akan menjadikan program ini sebagai salah satu Program Kemasyarakatan Terbesar Negeri Selangor dengan pengiktiran seperti berikut:

Pengiktirafan oleh : The Malaysia Book of Records
Tajuk Acara : Largest outdoor Reading Event in Malaysia
Penyertaan : Peserta berdaftar akan menerima Sijil Penyertaan berbentuk penanda buku.


6.0 FAEDAH PROGRAM
6.1 Menjadi platform kepada aktiviti penjenamaan semula perpustakaan diseluruh negeri Selangor
6.2 Menyumbang kepada peningkatan keahlian dan pengunjung perpustakaan
6.3 Mendidik individu, bahawa membaca boleh dilakukan dimana-mana sahaja
6.4 Menjadi salah satu daya tarikan kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa melalui tour and read.


***********************************
ita da tak tau nak tulis ape pasal program ni... korang layan gambar je la eks.... oppsss.... info kat atas tu, ita dapat kat sini.....












p/s: dalam 229 gambar, gambar kitorang anak beranak cume ade 4 keping je... huhuhuhu... itula penangan hobi baru si suami... mengambil gambar... & utk pengetahuan korang, sepanjang program dari pagi sampai la ke tengahari, hubby ade ngan kitorang just 10 minit je.. itu pon maser sampai & mase balik... boleh gitu???? layankan jelaa....



Melayu 1, bukan Melayu 40.. camne leh jadi camni ye??

"KUALA LUMPUR: Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40)."
camne leh jadi camni ye??? ok la.. ni maklumat lanjut...

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAFTARAN PEMILIH ?
Pendaftaran Pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang, membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu ia membolehkan Pemilih Berdaftar yang sudah bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih yang sudah disahkan.

KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR ?
Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.

SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMILIH ?
- Warganegara Malaysia;
- Sudah mencapai umur 21 tahun;
- Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
- Tidak hilang kelayakan.

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR ?
- Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
- Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
- Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda
alamat² Pejabat Pilihanraya selurun Malaysia
Aras 4 & 5, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 PUTRAJAYA.
Tel : (603)-8885 6500
Fax : (603)-8888 9117

PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI SELANGOR
LOT 03-11, TINGKAT 3,
KOMPLEKS PKNS,
40690 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel : 03-5519 4273,5511 1806
Fax : 03-5510 0717

PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI SABAH
ARAS 2 BLOK A,
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
SABAH, PETI SURAT 10931, 88400 KOTA KINABALU,
SABAH.
Tel : 088-488588
Fax : 088-488566

PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK
TINGKAT 11, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR,
JALAN SIMPANG TIGA, PETI SURAT 1366,
93728 KUCHING, SARAWAK
Tel : 082-254 867
Fax : 082-243 414

PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI PERAK
BLOK A, TINGKAT 1, BANGUNAN PERSEKUTUAN,
JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB,
30000 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN.
Tel : 05-254 4195
Fax : 05-255 2672

PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR
TINGKAT 6, BLOK 'B', WISMA PERSEKUTUAN,
JALAN AYER MOLEK, 86900 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TA'ZIM
Tel : 07-224 3516,
Fax : 07-223 4318


PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI KELANTAN
TINGKAT 9, WISMA PERSEKUTUAN,
JALAN BAYAM, 15690 KOTA BAHRU,
KELANTAN DARUL NAIM.

Tel : 09-748 2510
Fax : 09-748 1944

PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI PAHANG
TINGKAT 6, WISMA PERSEKUTUAN,
JALAN GAMBUT, 25000 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR

Tel : 09-516 5025
Fax : 09-528 290


PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI PULAU PINANG
TINGKAT 36, KOMPLEKS TUN ABDUL RAZAK (KOMTAR),
10000 PULAU PINANG

Tel : 04-261 7692
Fax : 04-262 2403

PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI KUALA LUMPUR
TINGKAT 3, BANGUNAN YAYASAN SELANGOR,
JALAN RAJA MUDA ABDUL AZIZ,
KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR.

No. Tel : 03-2681 1050
No. Fax : 03-2681 8582


PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI KEDAH
ARAS 4, ZON A, WISMA PERSEKUTUAN,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
06550 BANDAR MUADZAM SHAH,
KEDAH DARUL AMAN.

Tel : 04-7001313
Fax : 04-733 4902


PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI TERENGGANU
TINGKAT 6, WISMA PERSEKUTUAN,
JALAN SULTAN ISMAIL, 20200 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL IMAN.

Tel: 09-622 1218
Fax : 09-622 1272


PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI MELAKA
TINGKAT 2, BANGUNAN RISDA NEGERI MELAKA
NO. 38B, JALAN TUN SRI LANANG,
75100 MELAKA

Tel : 06-282 4124, 282 2715
Fax : 06-284 5850


PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI NEGERI SEMBILAN
TINGKAT 6, WISMA PERSEKUTUAN,
70000 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Telefon : 06-763 9975,
Fax : 06-763 202

PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI PERLIS
TINGKAT 1, BANGUNAN KWSP,
JALAN BUKIT LAGI,
01000 KANGAR
PERLIS INDERA KAYANGAN

Tel : 04-976 1180, 976 5549
Fax : 04-977 7507
ita penah mengalami beberapa situasi yang melibatkan WARGANEGARA MALAYSIA yang tidak mendaftar sebagai pemilih...
situasi 1
mase tu ita still skolah lagi... masa tu mengundi... thn 90an... time tu ita lepak umah kawan ita... so, ita tanye la kat mak member ita tu... "aunty tak pegi mengundi ke?".. "tak.. aunty tak boleh mengundi.. aunty org singapore".. " oo.." so, lepas tu ita tanye plak kat kakak member ita ni.. kakak die kembar.... time tu kalo tak salah ita kakak die da 23thn kot... "akak tak pegi mengundi ke??".. "mengundi?? daftar pon tak, camne nak mengundi"... "nape tak daftar??".. "malas la.. ala, lgpon, org lain da mengundi... on behalf je la..." just imagine u guys.... kat situ da rugi 2 voters... ita dipahamkan, ayah member ita ni pon tak penah mengundi... sebabnyer.. die tak penah nengok pon ayah die pegi mengundi... 3 voters da rugi...
situasi 2
mase tu time pilihanraya thn 2003 kalo tak silap.. time tu ita baru pas abes blaja... jumpe member² skola lama.. memang seronok la kitorang borak² & sempat jugak tukar no fon... esoknyer.. jumpe lagi member skola.. orang laen plak.. so, ita pon cakap la yg ita jumpe si A, B, C, D dan sebagainyer kat member ita ni... die pelik.. "camne ko boleh jumpe ramai member kite dalam satu ari?? pelik aku...".. "aku yg pelik ke ko yg pelik?? takkan ko tak jumpe member² kite smlm.. kat skola??".. "ada ape smlm kat skola?? korg wat reunion tak ajak aku ek???"... serius bebal mengong seh member ita tu... "smlm kan pilihanraya... takkan ko tak gi ngundi?? aku jumpe diorang kat skola laa... skola kite kan jadik pusat mengundi..".. "eh?? smlm pilihanraya ek?? ehehhehe... aku tak tau la.. sebabnyer aku tak daftar lagik..."... buruk perangai sungguh member ita ni.. kalo stakat tak register takpe lagik... ini sampai pilihanraya pon tak tau bile.. adesss.. camne tu???
situasi 3
yang ni plak terjadi pilihanraya 2008.... as u all know, selangor telah jatuh ke tangan parti pembangkang... so, bagi government servant kat selangor it was a disaster.. masa mula² diperintah oleh kerajaan baru teramatlah perit... so, one of my colleague cakap yg die terasa rugi die tak mendaftar sebagai pemilih... see!!! benda da jadik baru nak menyesal!!!
itu hanyalah sebebis @ secubit dari situasi yg dialami ita... 4 sure korang pon ade jugak terjadi situasi cam ni kan??? look guys, mengundi hanyalah sekali dalam 5 thn (bergantung kepada pentadbiran)... bukannyer hari²... just take 4 about half an hour utk pegi ke pejabat pilihanraya terdekat & register sebagai pemilih... INI SANGAT PENTING okay!!! kalo sesape yg da layak mengundi tu, sila lah mendaftar sebagai pemilih... rugi sangat....


Monday, June 28, 2010

weekend yang sangat full!!!

slamt pagi uoollsss!!
hari penat sket... sebabnyer weekend kitorang sangat full dengan aktiviti...
hari sabtu dengan Hari Ilmu & Gerakan Membaca Perdana 2010...
hari ahad plak dengan birthday celebration kecil²an izzah plak...
nanti ita apdet ek... korang tgk je la gamba² ni...







Friday, June 25, 2010

1st time... boleh laaaa...

huhuhuhuh.. tak macam kat n3 ni, kali ni ita try masak something different plak.. ehehhehhe... takde la different bagi org da biasa.. tp, bagi ita yg tak pernah buat, memang la lain...
frankly speaking, ita tak pernah buat kuih sepanjang ita idup... kecuali biskut raya.. itupun buat same² ngan mak & ahli keluarga yg laen...

tapi, semalam ita tetiba je nak buat kuih... lepas tgk n3 dari kak ina mail.. kuih pau goreng sambal a.k.a burger malaysia... huhuhuhuhu...
aduan yg telah siap.. tp, yg di besau gile... ita da kecikkan sket...

sambal sardin...

percubaan pertama... rasa ok laaaa... tp, tak brape lembut..

hasilnyer...


seriusly ita cakap, ita tak brape puas hati la... sebabnyer dohnyer keras sket sket... rasa dah ade.. cumenyer maybe kurang air kotnyer.. ntah la.. ita tak pakar bab² buat kuih ni.. ade sesape boleh tolong??? kak ina mail ke??? ayu ke??? korang kan pandai bab² masak ni...
overall ita kasi 2 bintang...


pengalaman bersalinkan Izzah...

salam uollsss... huhuuhuhu...
korang nak baca tak kisah pengalaman ita time nak bersalin Izzah... pengalaman ni agak kelakar jugak la bile diingat² balik.. al-maklumla kan.. pengalaman bersalinkan anak pertama....

kisahnyer bermula 19 Jun 2006 (Isnin) yang mana ita da mula rasa sakit²... padahal watu tu kandungan ita baru je 36minggu... ita dijangka bersalin 10 Julai 2006... ita da tak larat nak bangun pagi.. pinggang sakit... kaki cramp... time tu kitorang still dok umah mak ita lagik...
ita dapat mc utk dua hari... 19 & 20 Jun (Isnin & selasa)... hari rabu (21 Jun) pun same gak.. tak leh nak bangun... ish.. ish.. ish.... pegi klinik lagik... dapat mc lagik...
ari khamis (22 Jun) plak, ita da rase ok sket... so, ita ingat nak gi keje la on that day... tp, nak masuk lambat sket... so nyer... ita bangun dengan lenggang kangkung.. pastu siap leh makan sarapan yg mak buat... pastu baru nak gi mandi.. huhuhuhu.. buruk perangai kan??
masuk je dalam bilik air... ape ni???? tetiba ade cecair coklat kat panties... takkan period kot... ita pon kasi la tau kat mak... mak da risau... cam biasa la kan... mak panic... die suh call hubby cepat... & straight pegi spital... sebagai anak yg sering menurut perintah ibunyer, ita pon call hubby... kebetulan pulak, die baru je sampai kat parking IOI Mall... sebabnyer office die ade buat pameran kat situ... alahai... sian nyer die... pas aje die turunkan kawan die & barang², die trus balik umah... pick up ita & gi klinik dulu... sampai klinik, doc cakap pintu da bukak... & cecair coklat tu merupakan tanda...
ade orang turun air ketuban... tp ita turun darah dulu.. orang cakap, kalo turun darah lagi sakit dari turun air?? betul ke ek??? tp, sakit nak bersalin memang sakit beb!!!! nyawa di hujung tanduk tu...
ok la ek... sambung balik... so, ita pon dihantar ke spital tengahari tu... & dimasukkan wad... hubby plak pegi balik kat IOI Mall.. sebabnyer budak² opis die da call byk kali... so, tinggal la ita kat wad tu... boring sangat tau... stiap 4 jam skali, doc check.. huhuhuuhu.. malam tu, ita tak leh tido.. gabra punyer pasal... doc tak kasi duduk je.. die suh ita jalan²... so, dari ujung ke ujung wad ita jalan....
dapat gak ar tgk reaksi orang lain yg sakit nak bersalin... huhuhu.. time tu debar kemain lagik...
dalam kol 4 lebih ita baru leh tido... esoknyer pulak cam tu jugak...
isshhh... bile aku nak bersalin ni?? org yg dok sebelah menyebelah bersilih ganti... pagi masuk petang da kuar... aku ni da sehari suntuk tak bersalin² lagik... tetiba dalam kol 1 lebih, datang satu nurse ni...
puan, jom tukar wad...
terkejut ita.. tukar wad.. owwhhh... rupenyer smlm hubby ade request wad kelas 1.. tp, wad tu penuh... gamaknyer baru kosong kot... so dgn membuyungnyer ita pon hangkut barang nak pindah wad... seb baik.. kebetulan pulak abg ita & isterinya datang melawat... abg ita la jadik mangsa hangkut barang... dgn beg baju... dgn bakul baju baby lagik... huhuhuuhuh...
ita berlenggang je...
so, start tghari tu, ita dok wad tu... bosan sangat... sebabnyer dalam 1 bilik tu ade 4 katil.. tp, ade 2 pesakit je... kakak yg kat depan ita tu baru je bersalin.. tp, ceaser.. 2 katil lagik kosong... bosan... bosan... takde teman nak borak... pas abes opis hour, hubby datang temankan ita... sampai la ke malam... seb baik umah PIL dekat ngan spital tu... tak sampai 5 minit je...
maghrib tu ita ade kirim kat hubby burger.. ntah nape tetiba nak makan burger kan... tp da kol 10mlm tak makan pon burger tu... saje je... hubby cakap.. takpe... kang kalo lapar malam kang, makan je la burger tu... 10.30mlm hubby balik... nurse panggil.. die suh ita siap² buang air...
bile da siap, nurse tu suh baring atas katil.. ade doc datang... ntah die buat ape pon ita tak tau.. sebab tak nampak... yg ita tau.. ade satu stick plastik... ujung nyer mcam pin... panjang stick tu 30cm kot.... ita serius tak tau ape doc tu buat... tau² je ade air panas meleleh...
eh?? apa plak ni?? setau aku, aku tak kencing pon..

nurse tu perasan ita buat muke pelik.. skali tu die cakap..
doc da pecahkan air ketuban awak... dalam 8-10 jam lagi awak akan rasa sakit... awak jgn pegi bilik air tau... kalo ade pape, tekan je butang kat atas kepala katil awak tu...

abis tu, kalo saya nak terkencing ke nak terberak ke cam mane???


buang je kat atas katil tu...
kalo korang la, lalu ke korang nak membuang kat atas katil?? huhuuhuh.. mlm tu ita raser ngantuk sangat... tp, tak leh nak tido... sebabnyer 2jam skali, nurse datang wat CTG.. memang tak lehh tido la.. pulak tu da sakit sikit²... kol 4 pagi ita da raser semacam... ade something yg stuck kat "bawah"... nurse dtg nak wat CTG...
nurse saya rasa saya da nak bersalin laaa...

belom lagi puan... biasanyer puan akan bersalin 8-10 jam air ketuban dipecahkan...


betul ke?? tp, saya da sakit sangat ni... laen macam je saya rasa kat bawah ni haaa....

jap ye saya check....

bile die selak je, die berlari keluar & ita ade nga die menjerit...
kak!! mintak troli... patient nak bersalin... da nampak kepala baby!!!!!

what???!!! da nampak kepala baby??

aku kemain gabra lagik.. tp, bibir aku tak sudah² baca ayat kursi & ayat² yg ita tau... naik je kat atas troli tu, nurse tu suh ita mengiring.. die tak kasi ita meneran dulu... kalo korang nak tau, nurse tu kecik je orang nyer... besar ena je orang nyer... kecik bebenor... 2 org plak tu...
part yg paling best tu, nurse² u leh jadik sprinter tau... lari sambil tolak troli tu punyer la laju....

sampai je depan labour room, die stop jap... sebabnyer nak masuk labour room tu kene ade masukkan ID number... ID number nyer pak guard je yg pegang... part ni serius klaka ok.. dalam sakit², ita raser nek tergelak pon ade...
uncle, cepat uncle.. patient ni nak bersalin ni..

ooo.. okeh.. okeh... teeet... teettt (bunyik tu menandakan ID number tu salah masuk)

isshh.. nape ni uncle.... cepat la uncle..

aiyo!! aiyo!! okeh.. okeh... teeetttt... teeettt... teeeetttt... (ade la 3-4 kali bunyik)
ita raser ade la 4-5 kali uncle tu try masukkan ID number tu tak lepas²... sebabnyer ita tak nampak... ita hanya dengar je. mungkin sebab gabra kot... takpon sebab mamai.. ye la.. kol 4pg tu... mamai laaa...
masuk je dalam labour room tu, tak ramai orang... alhamdulillah... sebabnyer kat spital tu tak penah surut org... tp, time ita tak ramai pulak...
so, ramai la bidan² yg datang.. sebabnyer takde patient lain kan...
hanya dengan beberapa kalo teran, izzah da selamat dilahirkan... potong aje tali pusat, bidan tu trus letakkan die kat atas dada ita... suh netekkan... seb baik susu da kuar time ita preggy 8 bulan.. kalo tak, seksa jugak kan...
rasa time tu sangatla nikmat.....lepas 10 minit cenggitu, nurse amek izzah utk dibersihkan... .
sementara tgh tunggu bidan tu jahit, bidan tu suh ita baca ayat al-quran... ita selawat la, baca ayat qursi la... baca al-fatihah la... macam² la.. yg terlintas kat pale hotak ni.... pulak tu denga "org sebelah" menjerit
"mak!! Mak! sakit mak!! sakit mak!! aaaarrrrggghhhh!!!!"
lepas tu ita denga cam benda terjatuh... KETEPANG!!!!! ita rase yg jatuh tu tray alat² yg tajam² tu.. (pe benda tah namenyer)... pastu denga nurse tu marah...
"awak tu org Islam... cuba la baca ayat ape² ke... ni terjerit² tak tentu pasal!!!"
pastu tak denga dah org jerit²...ngeri seehhhh... kalau la ita denga jeritan tu sebelum bersalin, 4 sure ita pon menjerit... seb baik da sudah... da abes baca, ita tgk bidan tu... dok terbelek² sambil betulkan cermin mata die yg tebal tu... ita tanye kat die...
"da siap ke??"
boleh pulak die jawab
"yang mana ye yg saya belum jahit... tak nampak la pulak.."
ok!!! ape reaksi korang kalo kene cenggitu???? ita pon cakap...
"haa!! tak nampak???!!!"
pastu leh pulak die gelak... die cakap
"acah je... da sudah da.. saje je nak bergurau..."
adess... bidan ni leh plak buat lawak kol 5pagi ngan org yg baru bersalin... seb baik la ita ni baik... kalo tak, kaki ni da melayang da kat muke bidan tu... huhuuhuhu..

************************************
camne plak ek pengalaman bersalinkan anak pertama korang???

Thursday, June 24, 2010

sama tak???



saje je nak tempek muke ita time kecik² ngan muke izzah... ramai yg cakap same... memang pon same... terutama tang idung, mata dahi & pipi...
sebab tu la "panas".. tu org tua² cakap la... kalo mak & anak perempuan muke same, panas ket... tp, ita akui... Izzah lebih rapat dgn ayahnyer daripada ita... sikit² ayah... kalo ita pergi kursus, jarang die menyebut nama ita... tp, kalo ayah die balik lambat sket, stiap 5 minit tanye bile ayah die nak balik...
ada satu kisah kelakar pagi tadi... sblm hanta izzah kat umah nenek die, kitorang wish die... pastu ayah die tanye... "kakak nak ape?" which means present la kan... boleh pulak die cakap... "kite nak sup ikan..." punyer la pergelak kitorang... adess... izzah.. oh izzah

esok dah 4 thn!!!

esok, 24 Jun 2010, tepat jam 5.19am, IZZAH NUR HAFIYAH berusia 4 thn... Ya Allah.. da besar anak aku.... dah 4 thn...
gambar ni izzah baru je 8 hari...


gambar izzah sekarang....


ita bercadang nak buat celebration utk izzah... sebabnyer da 2 thn tak buat buat celebration... just kasi hadiah & dinner kat luar je... itu pon tak snap gambar... nasib baik izzah belom memahami lagi...

ni gambar kek pertama utk izzah time celebrate kat umah PIL...


sangat simple celebrationnyer... hanya sebiji kek & hanya dihadiri oleh ahli keluarga suami....


yang ni kek kedua... tapi utk birthday kat rumah parents ita plak.. kali ni buat besar sket... tp, takde la besar sangat.. cume panggil jiran tetangga je...


bacaan doa... atok izzah sendiri yang lead...


budak pakai topi oren tu sebaya dgn izzah... tapi die lahir bulan 5 kalo tak silap.. so potong kek sesama laa...


itula the only celebration yang kitorang buat untuk izzah... kesian kan izzah??? masa izzah 2thn, kitorang tak celebrate sebabnyer time tu ita preggykan iyyad... pastu mood cam lain je.. sebab tu la tak buat... tapi, ita belikan die basikal... masa izzah 3thn pulak kitorang tak celebrate sebabnyer time tu kitorang satu family tgh kecoh² pasal operation bibir iyyad... kebetulan pulak on that date, ita de kursus 3 hari... so, memang tak buat.. hubby just belikan die learning computer jer...

utk birthday yang ke-4 ni ita ingat nak celebrate kat rumah sendiri... hanya panggil adik-beradik je... almaklum aje la... pondok hamba kecil saje... tak boleh naik ramai².. nanti roboh... huhuuhuhuh...
nak buat ahad ni... sebab sabtu ita ade program hari ilmu... menu pun ingatnyer nak simple² je... ita rase nak upah "pakcik janggut putih" masak... sebab senang... lagipon sume orang makan masakan "pakcik janggut putih"tu... takde la berkecah dapur ita nanti... ahahhahahah...
ni la die pakcik janggut putih tu....

Wednesday, June 23, 2010

alhamdulillah.... 1st time tp success..


tajuk kemain lagik... ape la gamaknyer yg success tu ye... huhuhuuhuh...
sebenarnyer petang semalam mood rajin ita telah datang... so, ita nak buat something different utk dinner... takde la lain sangat... cume tak pernah buat
so, ita decide nak masak nasik tomato utk family... hhuuhuh.. kebetulan pulak, sume bahan² nak masak nasi tomato ade... kecuali cuka masak... ehehhehe... yang tu ita terpaksa mintak belas ehsan dari jiran sebelah merangkap kakak ipar ita... ahahahahhahaha...
seb baik umah abang sendiri kat sebelah tu... kalo orang lain, malu beb...

so, korang layan jela ye gambor... ita takde time ar nak taip n3 panjang lebar... sebabnyer kol 9.30 ni ade meeting... tp sempat lagik la buat n3.... berangan nak jadik blogger tegar

acar timun...


ayam goreng....


kuah tomato (sepatutnyer gaul sekali ngan ayam goreng.. tapi ita asingkan sebabnyer ayam goreng tu nak kasi budak² makan..)


nasik tomato yang da siap!!... hubby cakap sedap.... tp, lembik sket... sebabnyer ita terlebih air... ok la tu kan.. 1st timer... kire ade rasa jugak..


1 set da siap.... set ni ita kasi kat umah sebelah... sebab da kasi cuka kat ita... eehhehehe... saling balas membalas la.. kalo tak kerana cuka tu, tak jadi la nasi tomato ita kan???


bile ita tanye anak² & hubby, diorang cakap sedap!!! so, ita nak buat andaian yang nasi tomato yang ita buat telah mencapai 5 star rating... ahahahahhahaha... perasan kan???? sila jgn muntah darah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SAYANG KAMOO