kawan² ku... jom follow!!! i folloooooooooooooooowwww!!

SAYANG KAMOO

iklan...

About This Blog

kepada pengintip² @ stalker² yang nak melawat blog aku stakat nak carik bahan GADUH, & BAHAN UMPATAN KORANG ADALAH DILARANG MEMBACA BLOG AKU!!!
AKU TAKKAN HALALKAN SETIAP PERKATAAN YANG KORANG AMEK & SAMPAIKAN KAT ORANG LAIN YANG ADA KAT DALAM BLOG AKU NI..
PESANAN INI ADALAH UNTUK ORANG YANG BERNIAT JAHAT TERHADAP AKU, MAHUPUN AHLI KELUARGANYA, KAWAN²NYA & BOS NYA.. TIDAK KETINGGALAN JUGA ORANG KAMPUNGNYA..

Thursday, April 28, 2011

BEAUTY WORKSHOP – FREE!!!!!

cid_image001

salam kengkawan sume…
ni ita nak promote satu beauty workshop utk korang…
free tau…
yang buat ni, kawan baik ita tau… ita kawan ngan die since kitorang darjah 5.. & die ni sangat cantik…
die ada beauty centre tau…
kalo berminat, cepat² sms nama utk book tempat…
ita difahamkan tempat terhad….

lamanya…

lama…
sangat lama tak berblog..
last n3 07 April..
hhmmmm….
as u all know (pada yang tak tau, ita nak inform la nieh)..
ayah ita dimasukkan ke SALAM Medical Centre Seksyen 19, Shah Alam disebabkan batuk² selama dua minggu…

doktor sahkan ada white spot kat paru² die…
tapi, tak dapat nak confirm apa bendanyer tu…
macam pneumonia pon ada…
macam sel kanser pon ada…

dah seminggu kat SALAM medical centre, ayah dihantar ke PPUM..
sebabnyer kat SALAM takde equipment…
diorang nak sub kat spital swasta lain… tapi, kitorang request ke PPUM je…
spital gomen.. lagik senang.. gune GL ita ajer…
tak payah nak memikior bil beribu² tu lagik…
hhhrrrmmmm..

2 minggu kat PPUM… macam² spekulasi timbul…
memasing tak dapat nak trace penyakit sebenar ayah..
doc takut nak bagi kata putus selagi takde bukti yang kukuh..
lepas diorang tebung belakang ayah utk amek sample paru²,
ada doc cakap ayah ade kanser 2nd stage… & kene buat kemoterapi..
tapi, akhirnya doc tu kene tegur ngan prof nyer…
sebab buat keputusan tanpa bukti yang kukuh…

tak tau la da brape byk kali ayah masuk mesin MRI & CT Scan tu…
sampai naik lembik die…
tangan plak dah lebam sana, lebam sini sebab asek kene cocok nak masuk air & antibiotik..
makan je muntah.,.. makan je muntah…
sampaikan ada yang suruh berubat cara kampung…
takut buatan orang…

satu hari, abang ita dapat call dari doktor..
katenye die nak jumpe waris.. kitorang dah berderau…
doktor mintak persetujuan waris utk operate ayah..
kitorg buat keputusan utk operate…
tapi, ayah macam berat hari…
lepas dipujuk², akhirnya die setuju…

lepas dapat tarikh nak operate, mak didatangi orang masjid…
katenye nak buat baca yaasin kat rumah mak…
diorang tak kasi mak masak ape².. diorang akan setel sume…
mak jugak dapat sumbangan hasil collection jiran² kat situ…
alhamdulillah syukur…

kitorang sekeluarga sangat² bersyukur sebab dapt jiran² yang baik hati…
walaupun diorang tak semewah mana, diorang ikhlas memberi sumbangan..
meskipun sumbangan tu bukanlah besar mana, tapi, yang penting diorang ikhlas…
TERIMA KASIH SEMUA….

khamis malam jumaat orang masjid & jiran² datang utk buat bacaan yaasin…
ayah dah pesan, walaupun berapa ramai orang yang datang, die nakkan semua yang datang tu, baca yaasin dirumahnya…
meskipun jiran sebelah menyebelah ada menawarkan tempat…

kitorang hormat dengan permintaan ayah…
kami sekeluarga memohon maaf sebab orang yang datang terpaksa bersempit² & kepanasan dalam rumah teres kos rendah milik mak & ayah tu…

sangat ramai… itulah yang ita boleh katakan… sehinggakan terpaksa duduk berlapis² & bersempit²…
semuanya mendoakan kesihatan ayah ita…

alhamdulillah… hari isnin lepas, ayah dah selamat dibedah… paru² yang rosak telah dikeluarkan…
ayah dah sedar & dah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan..
tapi yang sedihnye, ita belum kesempatan nak melawat ayah lepas die operate…
die masih lagi di ICU…
thanks again utk semua…


Thursday, April 7, 2011

BAHAYA MEROKOK

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok.  Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.  Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan.  Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. 

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi.  Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal.  Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara.  Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak

  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.

Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni.  Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.

Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.  

Merokok Mengakibatkan Strok

  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan.  Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia.  Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.
Berhenti Merokok
  • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
  • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
  • Luahkannya dengan cara positif.
  • Bergiat aktif.  Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.

Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok sememangnya satu tabiat buruk.  Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok.  Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia.  Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

Sayangkan Jantung Anda

  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok.
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat.  25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Asap rokok mengeluarkan hampir  4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru.  Ia merupakan kanser paling kerap  dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali. 

Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru

  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.

Keluarga Anda dan Orang Tersayang

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru.  Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka.  Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

Bahan Toksik Dalam Asap Rokok

Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.

 

Bahan kimia dalam rokok Sumber bahan kimia
Metanol Bahan Api
Nitrobenzena Gasolin
Karbon Monoksida Asap kereta
Butana Cecair pemetik api
Raksa Logam dalam jangka suhu
Vinil Klorida Bahan utama plastik
Toulena Pelarut industri
Ammonia Pencuci lantai
Arsenik Racun tikus
Kadmium Bahan utama bateri alkali
Stearik Bahan utama dalam lilin
Sianida Racun berbisa

muntah² la pulak…

salam uoolsss..
lama tak bersiaran kan??
sorry la.. sejak kebelakangan ni ita agak bz sket…
macam² masalah timbul….
byk sangat cuti skang ni..
balance cuti pon hanya tinggal 12 hari…
huhuhuhuuh… nampaknyer ita takleh cuti la sampai bulan 6 neh…
adehhhh….
takpe… sabor.. sabor… ujian Allah tu namanyer…

berbalik pada topik…
sedang elok pas solat subuh tadi, ita rasa cam nak muntah..
trus berlari ke toilet…
pastu automatik pale rasa cam pening² sket…
adakah?????

N.O…K.O.M.E.N…

ehehehhehe…

p/s: ayah masih di spital

Tuesday, April 5, 2011

berdebar²

ita berdebar²….
tgh tunggu berita…
samada berita baik @ berita buruk…
kecut perut… tak lalu makan….

Monday, April 4, 2011

minggu yang sangat sukar..

minggu lepas minggu yang sungguh mencabar & sukar…

dengan kesihatan ita yang kurang memberangsangkan…

minggu lepas ita hanya kerja selama 4 jam aje..

huhuhuhuh….

hari senin cuti sebab tak brape nak sihat…

hari selasa half day.. sebab gi klinik…

hari rabu dapat mc…. dan hari rabu jugaklah ayah ita masuk wad….

start ari rabu jugak la mak berkampung kat Salam Medical Centre Seksyen 19, Shah Alam…

ari Khamis & ari Jumaat ita jadik baby sitter…

ari ni & esok kakak ita jadik baby sitter…

ari rabu ita kene cuti lagik….

doakan ayah ita cepat sembuh ye korang20110330_003 20110330_002

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SAYANG KAMOO