kawan² ku... jom follow!!! i folloooooooooooooooowwww!!

SAYANG KAMOO

iklan...

About This Blog

kepada pengintip² @ stalker² yang nak melawat blog aku stakat nak carik bahan GADUH, & BAHAN UMPATAN KORANG ADALAH DILARANG MEMBACA BLOG AKU!!!
AKU TAKKAN HALALKAN SETIAP PERKATAAN YANG KORANG AMEK & SAMPAIKAN KAT ORANG LAIN YANG ADA KAT DALAM BLOG AKU NI..
PESANAN INI ADALAH UNTUK ORANG YANG BERNIAT JAHAT TERHADAP AKU, MAHUPUN AHLI KELUARGANYA, KAWAN²NYA & BOS NYA.. TIDAK KETINGGALAN JUGA ORANG KAMPUNGNYA..

Wednesday, March 31, 2010

ita di tag lagik...

ita telah di tag oleh anje... die cakap ita kene jawab dalam masa 3 hari... so, belum sempat 3 hari, ita da jawab.. kihkihkih... so, utang setel ek anje...

1.Anda makan gaji?
sudah tentu.. saya seorang orang gaji kerajaan government servant
2. Bila biasanya anda dapat gaji?
pada tarikh yang telah di tetapkan oleh kerajaan malaysia...
3. Pernah dapat gaji lambat?
setakat ni belum pernah lambat lagi... kalo lambat, akan ku tembak orang bendahari itew...
4. Perkara pertama yang anda buat selepas dapat gaji?
tolak duit umah + utang piutang & perbelanjaan utk budak² (susu & pampers paling utama)
5. Adakah anda happy dengan gaji yg anda dapat?
syukur alhamdulillah dengan rezeki-Nya
6. Apa yang anda buat dengan gaji pertama anda sewaktu anda mula mula bekerja dulu?
beli kamera (time tu pakai filem lagik)
7. Berapa selalunya anda simpan dari gaji anda?
kebiasaannyer 5-10% dari gaji ku.. tp, kekadang tak simpan gak...
8. Apakah barang berharga yang anda dapat beli hasil duti gaji anda?
rumah.. (bayar ansuran bulanan)
9. Berapa kah gaji impian anda?
kalo boleh nak same cam gaji KSN ketua setiausaha negara huhuhu... :p
10. Tagkan lima orang yang anda rasakan dah dapat gaji
tanak tag sesape... sape rase free nak jawab, jawab la... sebab ramai gak yg sebelum ni ita tag tak berjawab lagik.. huhuhuhu




Tuesday, March 30, 2010

me, me & me!!

berdasarkan daripada n3 mak buyung a.k.a ayu yang telah membuat personal view terhadap ita... korang tak tau?? ni die komennyer....
p/s: personal view of me about ita after read her blog few times.. ita ni jenis sensitip n mudah react about something kot?! tapi normal ler kan klu perempuan terlalu cepat sangat make conclusion base on situation. jgn mare ita no.. sbb aku pun cam ko jugak. nak - nak kalau ade org duk kutuk - kutuk kita. betul tak?!
betul tu ayu.. ita ni sensitip sket... tp, baru² ni je... dulu takde hal sangat.. maybe lepas ita bersalinkan Iyyad.. well, korang pon tau kan iyyad tu cleft lip...

since ita da dengar sendirik orang yg tidak bertanggungjawab mengaitkan kejadian Allah terhadap Iyyad dengan personaliti ita yang suke berterus terang jika tidak suke terhadap sesuatu..

mungkin sebab tu ita jadik lebih sensitif...

tentang mudah react terhadap something hanya jika something tu ada kene mengena ngan ita.... if something tu takde kene mengena, ita memang malas nak amek tau... huhuhuhuhu... selfish tak???








kasut baru...

huhuhuhuhu... saje je nak menayang kat uolllsss kasut baru ita... ehehehehehe... regenyer takde la mahal.. sebab pesen ita memang tak suke beli kasut mahal² sebab nak letak kat kaki je kan?? asal sedap di pakai & cantik walaupon seploh hengget ku rembat jer...

kebetulan vincci sacc ade sale.. 70% uollss... tu yg ita rembat sepasang... bijik mate encik hubby da nak terkeluar bile nengok ita pilih² kasut...
"jangan risau la bang.. ayang takkan beli kasut mahal².. ayang beli yg murah² jer... mane penah ayang beli kasut sampai 30-40 hengget... paling mahal pon ayang penah beli 29hengget sembilan ploh sen..."
ni la kasut nyer... cantik tak???

tinggi uollsss heels nyer... ita ukur ade la 3 1/2 inchi.. huhuhuhuhu...

motifnyer ita beli kasut nie sebab ita ni urus setia meeting dengan big² bos... so, kalo ita pakai sandal @ kasut yg ita biasa pakai, tak sesuai.. ita jugak penah kene tegur... ye lah... kate keje kat corporate department... pakai pon kene keparat korporat la kan?? huhuhuhuhu... tp, harus la pakai kasut ni kalo ade function jer...

so, ita suke kasut ni sebab nampak elegen..

kalo korang ternampak ita terpeleot ke, tergolek ke sebab pakai heels ni, korang abaikan je la ek... uhuhuhuhu..;p





Monday, March 29, 2010

Award Top Bloggers 2010


apa??? ita dapat awarad???
tahniah la ye.. huhuhuhuhu...
saje je nak meng"tahniah"kan diri sendirik...

ita dapat award ni dari uda & acik mimie... macih la yer.... ita betol² suke award nieh...


Apa yg perlu anda buat ialah..
1. Thank & link to the person that gave you award. -DONE-


2. Past this award onto 12 blogger's you've recently discovered and think are fantastic

ENA - orang yang mula² menggerakkan ita supaya menjadi blogger tegar.. ahahahhaah... die jugak kawan ita since kitorang kat kolej lagik... thanks ena... kalo tak kerana ena, ita tak ramai kawan blog cam skang ni...

MAMALIEYNA - antara follower ita yang terawal... ita jugak suke sangat tengok gelagat dak ayep...

SUZIEY - haaaa... yang ni puan pengeTUA bloggers family day ari tu... ita suke sangat tgk gambor² yg dipost kat dlm n3 suziey.. cantik²..

AYU a.k.a SIDRATUL MUNTAHA - ita kenal ayu ni time ita join blogger family ari tu.. orang nyer sempoi je... pastu suke sangat gurau² ganas ngan dak setot a.k.a anak kesayangannyer itew...

LILY a.k.a MAMA ZARA - lily ni adalah orang pertama yang ita jumpe sebelom family day ari tu... jumpe tgh jalan... time tu zara tgh mengamuk sakan.. kami jugak berjalan bersama² menapak menuju ke lokasi yang nuuuuuuuun jauh itew...

ZH-ENA - ena ni pulak adalah antara blogger yang sudi bergambar dgn ita time family day ari tu..... huhuhuhu...

NANA a.k.a IBU DAMIA - nana ni la orang pertama yg tegor ita time family day ari tu.. kitorang jugak same² pegi air terjun sungai pandan.. (walaupun tak same hari..) huhuhuhu..

ZETY a.k.a MAMA UMAR - zety ni menerima hadiah dari ita time exchange prezzie family day ari tu...

NINI - yang ni pulak telah sudi menghadiahkan ita nursing inner wear nyer pada ita time ezchange prezzie family day... ita suke sangat inner tu.. walaupun tak BF, tp, sangat² berguna as a inner bile ita pakai baju yang menjolok mata jarang...

ACIK MIMIE - ita suke ngan acik mimie... suke nengok enel ngan rambutnyer yg lebat itew & suke nengok melyssa di dalam sling pouch... huhuhuhuhu... acik mimie ni bos yg baik tapi tegas..

KAK PAH - ita suke baca celoteh kak pah ni... da la sempoi je orangnyer.. n3² kat blognyer pon banyak jugak yg membuatkan ita terfikir....

YUN - die ni blogger otai.. tp, die buat blog die private.. baru² ni je buat blog baru utk tatapan reader die... die ni jugak kawan ita time kat kolej dulu...

ELEANOR - alamak!!! da terlebih satu la pulak yg ni pulak kawan baik ita... die akan berhenti keje by the end of april sebab nak jaga anak² die yg seramai 3 orang itu... i'm really proud of her... (Li, i wish u good luck..)


3. Contact and let them know they've won the award..





Friday, March 26, 2010

fancy cookies...

ari ni ita still sakit tekak + selsema (idung tersumbat) + batul.. berbekalkan ubat yg doc kasi smlm, ita terlentok² kat opis.. pale pon weng sket ni.. tp, tahan aje la..

ari ni ita nak cite pasal fancy cookies lagik..

kali ni di order oleh makcik rashidah yang keje kat pej pos klang selatan (dekat ngan stesen komuter klang).. makcik ni satu opis ngan MIL.. die order utk anak die yang nak tunang sok.. dapat otang jauh nuuuuuuun di utara.. perlis.. tp, tak tau la pulak perlis tu tang mana...

so, korang layan je la je piccas yang sempat ita snap sblm anak die collect kat ita ari rabu ari tu..

cookies in the box...

"faizul love asya"

30 pcs je makcik tu order...

sesuai utk dijadikan hantaran @ gift..







renungan hari Jumaat

UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA
**sticky mode hingga 26 Mac 2010 scroll down to see next entry**


Janganlah engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan..Bersahabatlah dengan mereka yg mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi JANJI dalam perkara yang BENAR, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau SIKAP tanggungjawabnya terhadap engkau-Imam Umar bin Abdul Aziz





Wednesday, March 24, 2010

.::FanTaGHiROLyNN CONTeST AKSi TePuNG GOMAK Si MaNJA::.

lynn nak kasi hadiah kat kengkawan die dengan menganjurkan contest... sempena besday buah hati pengarang jantung nyer Asyraff Hakimie yang sudah pon berusia 4 th 14 Aptil lalu... so, ita nak wish besday la kat hakimie...

so, ni detail contestnyer..

FanTaGHiROLyNN CONTeST ~ AKSi TePuNG GOMAK Si MaNJA ~ ini akan bermula pada hari ni, 17 Mac hingga 14 April 2010 jam 1.00 pm.
Syarat-syarat Penyertaan :
1. Contest ini terbuka kpd Bloggers sahaja.
2. Wajib menjadi follower fantaghirolynn
3. add kan blog ini dalam bloglist masing2.
4. Add LINK contest ini di entry blog masing2.
5. Add kan banner contest di side bar blog masing2.
Cara-caranya adalah :
1. Sila uploadkan SEKEPING gambar AKSi TePuNG GOMAK Si MaNJA.
2. Si manja hendaklah berumur kurang dari 4 tahun semasa gambar itu di ambil.
3. Nyatakan nama anak anda dan umur beliau pada ketika itu
4. Sila tinggalkan link penyertaan anda di entry ini agar mudah untuk saya buat semakan.
***Hadiahnya???akan di update kemudian.
PERHATIAN
1. Hanya 3 orang pemenang yang akan dipilih.
2. Pemenang akan dipilih berdasarkan aksi tepung gomak yang paling menarik.
3. Pemenang akan ditentukan oleh juri yang dilantik.
4. Tiada kompromi dalam pemilihan pemenang.
5. Keputusan adalah muktamad...sebarang surat menyurat tidak akan dilayan...


sebenarnyer lan lynn, ita da buat n3 pasal bedak ni kat sini... tp, oleh kerana adenyer contest ni, gambar yang ita pertaruhkan ialah...

NAMA ANAK : IYYAD AL HAFIY BIN HAZREEN
UMUR SEMASA GAMBAR NI DIAMBIL : 1thn 6bln 3hari...
UMUR SEKARANG :1thn 6bln 20hari (huhuhuhu baru je amek)..





mengganas!!

isshh... apa yang mengganas ni ita?? sume mesti tertanya² kann??? haa....

ni, gambar baru iyyad... korang ade nampak tak "sesuatu" kat iyyad???
yang ni pulak??? raser nyer cam da nampak "sesuatu" kat muke die tu....
haaaa.... kali ni ita bantu dengan bulatan lagi... ini adalah kesan cakaran harimau..
ganas tak??? hhmmm... nak tau tak "makhluk Allah" mana yang cakar???
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
korang nampak tak "makhluk Allah" yang halus kat gambar ni??? nampak tak???
ini lah "makhluknyer"!!!

halus tak "makhluk" ni??? ahahaha... inilah die sepupu iyyad.. name die Aleeya Afeeqa Nur Atyza (sorry salah name pulak.. aleeya tu kakak die..).. die ni la yang "mengganas"... die jugak la yang geget iyyad dalam n3 ita sebelum ni...

p/s: kak atty, sorry la panggil feeqa "makhluk"... saja bikin saspen kat blog reader...






award..



Here are the rules to accept the award :
1. Thank & link the person that gave you the award
awards dari fida dan ena

2. pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic
ita tujukan kat semua follower ita yang belum dapat award ni... kalo yang da dapat nak amek award ni pon boleh jugek.. sebab i leb uolllsss bery mac..

3. Contact said Blogs and let them know they've won the award

4. State 7 things about yourself.
  1. i'm a leo.. (aaauuumm!!)
  2. mother of 2 children... (setakat ni la kann...)
  3. currently trying to loooooooooooooose weight (but didn't work out - malas nak bersenam... camne nak kurus ita oi!!!!)
  4. seorang yang garang.. (ngan anak² & hubby jugak... eheheheh.....)
  5. tak suke benda yang terlampau manis... tp,tengah makan air batu campur version kencing manis punyer... manis ya amat.. terpaksa tambah air kosong kat dalam bowl tu...
  6. homely type person... tak brape suke kuar umah.. tp, kekadang rasa boring jugak...
  7. very simple in almost everything...







Tuesday, March 23, 2010

alahai...

alahai... hanya itu yang ita mampu ucapkan.. ada 2 sebab ita berkata alahai...


sebab pertama

semalam petang, bila ita baru balik dari opis, izzah mengadu dengan ita
mak, iyyad kene gigit dengan feeqa....
feeqa tu sepupu izzah & iyyad... die sebaya dengan iyyad tp berlainan bulan... iyyad lahir bulan 9 feeqa lahir bulan 12... ita hanya senyum.. sebab ita tau. feeqa tu memang suke menggigit jangan kate iyyad, mak ita, ayah ita, mama die, kakak & abg die sendiri pon die gigit.. so, itu adalah satu fenomena biasa...

pastu mak pulak cakap..
mula² feeqa nak usik anu iyyad.. pastu iyyad tutup dengan kepit dua² kaki.. pastu boleh pulak feeqa gigit peha die... bile iyyad nangis, die gigit pulak telinga iyyad...
selalunyer, bile feeqa gigit iyyad, tak penah tinggal kesan... tp, smlm ita nampak ade kesan lebam kat peha kanan die... alahai anak mak... sian BOTAK MEN mak nie... takpe ye sayang.. sok² baik la tu.. iyyad kan boy.. mesti kuat tau... stakat gigit tu sikit je...


sebab kedua
ari ahad lepas, ita pegi amek baju kurung yang ita tempah 3 bulan lepas kat umah sepupu encik hubby kat kampung tok muda kapar.. kakak yang buat ni nama die Alang.. Alang ni mulut die riuh sikit... die suh ita fitting baju tu dulu sblm amek.. kalo ade pape die leh alter...

ada satu kejadian yang betul² ita tak sangka... KAIN TAK MUAT!!!!.. sampai kat peha da sangkut.. aduyai... Alang ni salah ukur ke.. tgh ita berusaha utk pakai kain tu, tetiba Alang masuk bilik..
muat tak ta??
tak muat la kak

cam ne leh tak muat pulak ek?? aku salah ukur ke???

entah la kak... sangkut kat peha ni...

nanti jap.. aku amek buku.. nak check jap...
so, Alang pon bawak masuk buku & tali tape... memula die tgk kat buku.. pastu die ukur pulak kat badan ita...

patut la tak muat!!! dulu ukuran ko ^^ skang ni da tambah seinci!! (harap maaf ye.. ukuran tu terpaksa disorok kan) **malu** meh sini aku alter... ko tunggu jap..

takyah kak.. takyah... kain tu tak yah alter... biar saya alter badan saya je... huhuhuhu..
alahai... badan ku da makin gedebus la kengkawan... help me please!!!!





Monday, March 22, 2010

07 sebelum tido....

ita nak cite sket pasal sebelom tido.. of coz la baca doa tido ka?? tp, ada satu perkara yang da menjadi rutin harian ita sejak melahirkan iyyad yang mesti ita lakukan sebelum tido... iaitu menyiapkan keperluan susu izzah & iyyad.. & letakkan kat atas meja dalam bilik tido....

senang nanti hubby nak bangun buat susu.. huhuhuhu... bukan senang ita ye kengkawan sume.. hubby ita seorang yang sangat baik... die yang akan bangun buatkan budak² tu susu.. huhuhuhu...

pandangan dari atas...
thermos air panas, sebotol air masak, 5 biji botol iyyad, 5 biji botol izzah,
1 bekas compartment susu izzah & i bekas compartment susu iyyad...

thermos klasik... huhuhuhuh... tahan lama tau air panas dalam thermos ni..
boleh sampai 2 hari..


puting yang besar tu utk botol iyyad... botol & puting tu susah nak carik..

so far yang ita tau, botol & puting tu cume ade kat Jusco Bukit Tinggi Klang & toys'r'us subang jaya.. so far, kat tempat² lain takde lagik...

botol tu memang sesuai utk baby... ini adalah n3 rahsia ita sebab puting die ada 2 lapis.. & kalo ada baby yang jenis suke tido sambil isap susu, botol ni sesuai sangat.. sebab susu yang mengalir keluar sangat perlahan & mengurangkan risiko tersedak susu...

ita beli botol ni sebab iyyad kan cleft lip... so, botol yang puting biasa die tak brape sesuai.. sebab susu akan mengalir kat rekahan bibir tu... so, carik punyer carik punyer carik, akhirnya jumpe jugak botol yang sesuai & serasi dengan iyyad.. dei memang suke pakai botol tu..

ingat bile die da besar & since bibir die da elok ni, nak tukar botol lain... tp die taknak plak.. ade gak try botol biasa, tanak langsung die isap susu... sanggup tu tak isap susu daripada pakai botol lain..

nanti ita buat n3 khas pasal botol ni ye..




Friday, March 19, 2010

surat terbuka utk "A"


hai A.. lama sangat kau tak tegur aku kan? dah lame kita tak makan sesama kan? dah lame tak "bergurau senda" bersama... kenapa ek? aku da tak fun ek? yelah, aku tau sejak kebelakangan ni, setiap kali ko kutuk orang lain aku malas nak layan.. sebab tu la ko tak nak kawan ngan aku kan??
ala, macam selalu la... time ko baik ngan aku, ko kasi tau aku ape yang diorang kutuk aku... setiap kali ko tak kawan ngan aku, ko kasi tau kat diorang ape yang aku kutuk diorang..
cam la aku tak tau... aku kan da lame kenal ngan ko... sejak aku keje kat sini lagi.. agak² ade la dalam 6thn lebih.... aku da masak sangat dengan perangai ko tu.. aku denga, smlm kemain ko & "kengkawan baik" ko baeeeeeekkkk perli² aku... scanner laa... fesbuk laa... well, telinga aku memang ada masalah sekarang, tp aku masih belum pekak & buta occay!!!
ko nak tau tak nape aku tulis n3 ni? aku just nak ingatkan ko "kenangan manis" kite mase kite "berkawan baik" dulu... hhrrmmm....dari mane aku nak start ek? nak start dari aku memula kenal ko ke, atau nak start dari mula "pergaduhan besar" antara aku ngan kawan baik ko skang nie??
oklah, aku start daripada "pergaduhan besar" tu la.. sebab kalo nak cite dari mula aku kenal ko, panjang plak n3 ni kan?? bosan pulak kengkawan blogger aku nak bace...
aku ingat lagi, bile aku baru je bersalinkan anak aku no. 2, iyyad.. ko pon baru je lepas bersalinkan anak ko jugak kan? time aku cuti pantang, ko mintak aku mmskan gambar iyyad... aku pon, dengan tanpa syak wasangka, mmskanla gambar tu... tak sangka la pulak kan, gambar tu mengundang kontroversi kat opis.. ko ingat tak gamba tu???

inila gambar nyer.. ingat tak?? tak sangka la pulak kan, gambar anak aku yang sumbing ni telah mengundang pelbagai spekulasi & kontroversi di opis sepanjang tempoh pantang aku tu...apa dosa anak aku???
bile aku start keje je pas pantang, time tu ko baik ngan B.. kemain lagik korang mengadu ngan aku.. ko cakap budak² lain kutuk aku macam² la... budak² lain tak suke aku laa.. macam² la korang mengadu aku.. pastu, boleh la pulak korang suruh aku ignore ape yang diorang cakap... ko ingat aku ape??
time tu aku da rase laen macam.. pastu budak² opis yang lain pulak C, D & E pulak dok seronok cite kat aku perangai ko & B sepanjang aku takde... so, kat opis time tu ade 2 puak... & aku?? puak berkecuali.. tak masuk memane...
ade satu masa tu, ko & B cakap ngan aku, budak² opis cakap iyyad jadik cam tu sebab mulut aku... ko & B cakap, diorang kate Allah balas sebab mulut aku jahat.. ko nak tau tak, aku sedih sangat time tu.. disebabkan kesedihan itulah aku percay bulat² cakap ko ngan bespren ko B..
pastu ade satu masa, ko ngan B bergaduh, aku tak tau pasal ape.. B, C, D & E bersemuka dengan aku... diorang tanye aku samada, ada atau tak ko mengata & mengumpat diorang... lebih² lagi pasal cerita pasal iyyad... aku malas nak memanjang cerita.. aku malas nak layan.. i just say yes... sebab diorang tak mengaku yang diorang cakap pasal tu.. diorang pulak cakap, ko yang mengata pasal anak aku... sebabnyer ko orang petama tgk gamba anak aku... ko pulak tuduh diorang.. memasing tanak mengaku... aku tak kisah kalo tanak mengaku.. sebab Allah Maha Besar.. sok² kalo jadik benda yang same kat korang, jgn plak marah aku.. kalo tak jadik kat korang, jadik kat anak korang.. kalo tak jadik kat anak korang, jadik kat cucu korang... korang kene ingat.. korang ade zuriat... WHAT U GIVE U GET BACK...
aku tanak tau semua benda tu... aku tanak tau sape yg mengata pasal iyyad.. yang aku tak puas ati, kenapa mesti jadikan kecacatan anak aku sebagai topik perbualan korang??? kenapa??? da takde topik laen ke?? @ korang memang seronok mengata & mengumpat orang laen?? aku tak kacau korang kan?? ko gaduh teruk kan dengan diorang?? mane ko pegi? mengadu ngan aku kan? time tu la ko baik ngan aku.. pegi makan ngan aku, ajak aku kuar.....
oh ya... let me remind tu again "kenangan manis" kita semasa ko gadoh dengan diorang..

  1. ko ingat tak masa kite kuar makan kat kopitian kat sec 7 tu... ala, yg kite kuar reramai ngan kakak angkat & member² baik (lain opis) ko tu?? kan time tu ko byk cite pasal C.. sape C?? ala, ko pon sendrik tau kan? ko kasi gelaran nama artis popular malaysia yang kawen ngan duda ada anak tu??? ko cakap yang C tu_________________________..
  2. kan ade satu ari jumaat, kite kuar ber3 ngan kakak angkat ko tu.. kite gi tasik sambil makan mcd.. ko luahkan perasaan benci ko kat bespren ko B.. ape name gelaran yang ko bagi kat B tu?? ala, artis yang berketurunan raja tu...
  3. pastu ko ingat tak, mase ko panggil aku masuk stor tempat lepak & solat pompuan tu?? kan ade ko cite pasal D... sape D?? ala budak paling comel kat opis tu... ko cakap mulut budak tu __________________...
  4. ko ingat tak mase dulu yang ko slalu sms aku?? bile?? ala, yang sampai kol 10-12 malam tu... sampai aku kene marah ngan hubby aku sebab main sms sampai memalam bute.. sms ape?? ala, sms ko sumpah seranah B,C,D & E..
  5. ingat tak lagik ko cakap ngan aku.. time tu kat pantry.. ko cakap ko takkan baik ngan diorang lagi sebab diorang tu suke mengumpat?? yeke?? bukan ke ko yang suke mengumpat orang??
  6. aku ingat lagik yg ko tak puas ati kat F.. sape F?? ala, ko sendrik kenal... budak yang ko nak kenen²kan ngan kawan ko tu.. tp, last² kawan ko tanak sebab F tu________________... ko ingat tak??? aku ingat lagik...
  7. ko ingat tak yg ko tersalah anta sms kat bos kite??? ala, sms mengutuk kawan² baik ko skang ni.. ko nak anta kat aku.. tp ko teranta kat bos.. pastu gelabah.. call aku.. suh aku kaber line.. cakap ngan bos yang itu bukan no ko.. nombor orang lain.. tp, maaf la A.. aku bukan jenis cam tu.. aku tak suke berbohong... bile bos sms aku tanye pasal no hp ko, aku say yes je... aku tau ko marah ngan aku.. but i'm not a liar..
  8. oh ya!! ko ingat tak aku kene serang dengan C tu??? aku still ingat lagi reaksi & dialog ko ko cakap "AKU SUKE TENGOK ITA GADUH NGAN C!!!" well, aku denga dialog ko tu time ko berborak ngan sahabat baik (bukan dari opis kite) kat pantry... aku tak sengaja dengar... dari situ aku dah tau ko memang suke memecah belahkan hubungan orang lain kan??
  9. oh ya!! aku tau, pertengkaran antara aku & C diketahui umum adalah disebabkan oleh mulut ko sendiri... macamla aku tak tahu kan?? don't deny it... ko yang jaja cerita tu sampai orang kat opis lain tau...
  10. ko penah cakap ngan aku, kalo diorang tanak kawan ngan ko pon takpe sebab ko banyak kawan laen.. yeke???? boleh percaya ke?? bukan ke since aku kenal kau byk perkara jadi antara ko ngan kawan ko...nak aku cite semuanya??? nak??? great!!!
    1. Kan ade sorang budak despatch sambilan yang ala² tomboy tu?? Ingat tak?? Kan die acu pisau kat perut ko?? Sebab ape ek?? Sebab ko fitnah dia kan? Mencicit ko larik.. kalo tak, dah tentu headlines kat sok kabar next day tu “SEORANG KAKITANGAN AWAM MATI DITIKAM RAKAN SEPEJABAT KERANA MENYEBAR FITNAH”…
    2. ingat tak lagik budak praktikal yang nama die start daripada M tu?? ala, yang skang ni jadik PA KPN Selangor tu?? die kan baik ngan ko... tp, kat dalam report praktikal tu die tulis yang bukan² pasal attitude ko.. die cakap ape ek?? KO NI SUKE MENGULAR?? TIDO BAWAH MEJA?? Ape lagik ek?? KO SUKE PAKSA ORANG??
    3. Ko hampir² kene lempang ngan kawan aku kan?? Sebab ko cakap kulit muke kawan aku tu cam bontot kuali…
    4. Kawan baik ko memutuskan hubungan sebab ko cube menghalang perhubungan cinta die dengan bopren die… tp, ko cakap lain kan?? Bile orang tu da tanak kawan ngan ko, ko cakap budak tu da teruk laa.. da rosak la.. da dosa besar la… kire, cam ko paling baik laa.. tak payah la aku nak cite.. AKU TAK PEDULIK PON..

Itu sikit je.. sebenarnyer ade banyak lagik benda… tp, rasernyer tu yang paling ganas kot… sian ko.. aku tanak malukan ko… cukuplah selama ni ko banyak memalukan aku… aku bukan pendendam…

ko slalu cakap aku anak emas bos kan?? ko just anak tiri.. sebab bos baik ngan aku... ko nak tau tak nape bos baik ngan aku?? tak yah la aku cakap sebab ape.. ko pikir sendrik la... ape yg ko buat..
dah la.. itu jela aku nak story.. kang kalo story bebanyak kang marah pulak kan??

Oh ye… pesanan untuk A, SEMUA.. I repeat… SEMUA SMS yang ko anta kat aku… sms ape??? Ala, SMS KUTUK DIORANG laaa… ada dalam simpanan aku… ada kat dalam henfon aku….. aku simpan dalam satu folder special… kalo la aku ni jahat, dah lame aku tunjuk kat “bespren²” ko skang betapa BURUK NYER perangai ko sebenarnyer… tp, aku bukan orang macam tu… aku tak suke memecah belahkan @ memutuskan hubungan silaturrahim orang lain.. so, elok aku simpan je SEMUA SMS TU… SIMPAN SEBAGAI KENANGAN…

ko selalu menggambarkan yang kat aku yang ko ni seorang yang baik... tak suke campur hal orang.. pendiam... kurang kasuh sayang keluarga.. cume mengharapkan kasih sayang daripada kawan.. tp, betul ke cara ko tu?? penah skali ko cakap bukannyer ko tanak berkawan baik ngan ku, tp, ko takut bespen² ko skang ni tanak kawan ngan ko.. sebab ape?? sebab diorang takut ko bocorkan rahsia diorang.. rahsia yang diorang slalu kutuk aku.. pada aku elok pon aku tak de kawan.. daripada dapat kawan cam ko tuh..

walaupun diorang tak bercakap ngan aku kat opis, tapi, alhamdulillah, keluarga aku terutama sekali SUAMI, MAK, AYAH, KAKAK², ABG, ADIK & SEDARA-MARA AKU YANG LAIN sangat menyayangi aku.. mereke memahami aku.. diorang jugaklah tempat aku mengadu masalah.. well, what can i say... family is the best listener...

pesanan utk B, C, D, E & yang sekutu dengannya… aku tau korang MESTI BACA blog aku ni… yelah, sebab kan korang memang slalu STALK blog aku kan??? selain daripada blog ni, fesbuk aku pon korang slalu STALK kan??? So, korang pk la balik ye… camne perangai A sebenarnyer.. ape?? Korang nak tau ape yang A kutuk korang?? Korang tanye la sendiri kat A tu.. kalo die cakap aku ni menipu, terpulang la kat korang ye… korang berdoa jela supaya Allah tunjukkan sapa yang betul.. aku ke A….

p/s: aku denga B mengandung,.. kalo betul, tahniah la ye B so, hati² la lepas ni ye… ingat tau.. ALLAH MAHA BERKUASA… WHAT U GIVE U GET BACK!!
p/s 2 : A, ko nak tau tak kenapa aku tulis n3 khas utk ko??? Ko pikir balik..

******************************

To all my blogger frenz…. n3 ni adalah bukan tujuan untuk memalukan @ menjatuhkan maruah sesape… n3 ini adalah bertujuan memberi pengajaran kepada kita semua….







don't care what happen part 2..

korang ingat tak n3 ita pasal aduan yang ita buat kat BPA tu?? so, pagi tadik dlm kol 10am, ita terima call dari BPA sendiri.. puan nuraida namenyer...
die mintak izin dari ita utk menyiarkan nama ita kat dalam surat yang diorang akan hantar ke pihak yang berkenaan...
so, ita cakap ita takde masalah.. paparkan ajela.. sebab ita di pihak yang benar.. ita bukan berniat jahat @ nak balas dendam kat doktor tu.. cume ita tanak benda tu jadik lagi...
puan nuraida tu ade cakap jugak, takut kalo nama ita disiarkan, ita akan diboikot kalo ita buat rawatan kat situ next time...
ita ckap, susah ape.. kalo diorang boikot, saya buat aduan lagik... mengabaikan pesakit pulak.. bukan ke tu da tugas diorang.. kene ketepikan ideologi politik semasa memberikan rawatan kepada pesakit...
ita kasik contoh... ade sorang pesakit ni memerlukan rawatan segera... pesakit tu tak same ideologi politik ngan doktor tu... ape akan jadik???
so, ita nak ucapkan terima kasih byk² kat puan nuraida yang sangat bersopan santun & lembut tutur bicaranyer sebab amat concern ngan aduan ita walaupun dengan hanya panggilan telefon & email kat ita makluman penerimaan aduan.. (macam la die baca blog ita ni kan???)
so, ini adalah surat yang di attach bersama email tu...





Thursday, March 18, 2010

don't care what happen...

korang ingat tak n3 ita lepas pasal politik??

well, atas nasihat pegawai aduan di pejabat ita & pengalaman ita sebagai kerani yang pernah menguruskan aduan awam selama 5 tahun, ita mengambil keputusan untuk membuat aduan ke Biro Pengaduan Awam thru online


bukan niat ita nak menggangu periuk nasi doktor berkenaan & "mengenakan" die, tp ita nak die supaya lebih professional dan bertanggungjawab dalam memberi rawatan kepada pesakit..


Wednesday, March 17, 2010

06 bila anak kita dah mula pandai bercakap....

ita nak cite sket satu kisah yang jadik di rumah awal bulan ari tu...

kejadian ni berlaku pada waktu malam.. lebih kurang lepas maghrib macam tu la.. encik hubby takde sebab opis die ade wat malam anugerah pekerja cemerlang.. so, ita tinggal bertiga bersama² izzah dan iyyad...

ita pon tak ingat sangat flow peristiwanya... tp, time tu ita memang marah sangat dengan izzah sebab die cakap..

kite tanak kawan ngan mak.. kite kawan dengan ayah & iyyad je..
nanti kite nak pegi jalan², mak tinggal kat umah.. mak jahat...

tersentap ita bile die cakap mcm tu... penat² aku mengandungkan kau, bersalinkan kau, suka hati kau je nak cakap aku jahat ek.. sebelum ni die memang ada cakap tanak kawan dengan ita... tp kali ni die boleh tambah pulak ayat mak jahat...

ita ape lagik... terus letak iyyd atas kerusi (time tu ita pangku iyyad) masuk bilik & grab tudung yang tersangkut & pakai.. ita pura² berjalan menghala pintu utama rumah... konon² nak larik dari umah la... padahal time tu pakai baju kaftan yg da koyak rabak.. tak semenggah betul...

tak semena² izzah peluk kaki ita..

mak!! mak nak pegi mane?? (sambil menangis)

ita diam je... endah tak endah dengan pertanyaan die... ita tepis tangan die.. konon² tak kasi die peluk ita...

mak!! jgn tinggal kite mak... mak!! jangan pegi mak!!!

ita masih mendiamkan diri.. sambil menepis² tangannnya... die berlari arah pintu rumah sambil mendepangkan tangan... seolah² ingin menghalang ita dari keluar dari rumah... ita tolak die (tolak lembut² la...) die melutut & memaut kaki ita sambil menangis (ekceli melalak)..

mak!! jgn tinggal kite mak!!! mak jgn tinggal kite mak!!!

biarla mak nak pegi.. kakak kan tanak kawan mak.. mak kan jahat...
kakak kawan la dengan ayah & iyyad... dah!! tepi...
mak nak pegi... kakak & iyyad tunggu kat umah je sampai ayah balik..

tak!!! tak!!! mak tak jahat!! mak baik!!! mak baik!!! kite mintak maap mak!!
kite mintak maap!! kite tak cakap mak jahat lagik!! kite sayang mak!!
kite sayang mak!! (die masih lagi melutut & pegang kaki ita)

ita masih cuba seolah² nak lari dari rumah..

dah!! takde!! takde... kakak kan tak suke mak.. biarla mak pegi..
kakak kan tanak bawak mak pegi jalan²... biarla mak pegi jalan sorang²...

time ni ita perasan yang mata iyyad da bergenang air mata.. mungkin die faham yang mak & kakaknyer sedang bergaduh.. die hanya baring dan memerhati... seolah² dia memahami apa yang berlaku... ini adalah n3 rahsia ita

yelah!!! yelah!!! nanti kite bawak mak skali.. mak tak tinggal... mak baik.. mak baik... kite sayang mak... jgn tinggalkan kite mak... mintak maap mak..
kite mintak maap mak... kite sayang mak tau...

time ni tangisan dia da sikit reda sebab ita da kurang menolak pelukan dia.. ita biarkan aje... die lepaskan pelukan kaki ita... ita masuk dalam bilik dan buka tudung... dia ikut (takut ita lari lagi)...

lepas je ita letak tudung, ita duduk atas kerusi.. iyyad terus terpa ita & peluk... izzah pun same.. kuat betul pelukan iyyad & izzah... ita raser pelukan diorang tu pelukan kasih sayang... lame jugak kitorang berpeluk... terasa sejuk pulak hati ni...

kemudian, izzah menghulurkan tangan... ita menyambut salamnya.. die mencium tangan ita..

mak, kite mintak maaf... kite tak buat lagi..

ita senyum dan menggangguk...

mak maafkan.. lain kali kakak jangan buat lagi tau...

sambil mencium kedua² belah pipinya @ & dahinya... lepas tu, iyyad pon hulur tangan jugak..

emmmaaa... emmmmma....

ita senyum... ita sambut tangan iyyad.. iyyad salam & cium tangan ita...

iyyad pun jgan noti² tau... kalo iyyad noti, mak larik nanti...

iyyad hanya tersengih dgn menampakkan 5 batang giginya itu...

sesungguhnya itu adalah momen yang menyentuh hati ita... terasa sayu sangat... sayu sebab dua perkara...
  1. anak kite cakap kite jahat (sape tak sayu... kite penat² mengandungkan & melahirkan die dengan separuh nyawa, boleh pulak kate kite jahat)
  2. anak kite memeluk kite dengan rasa sayang...

korang penah tak raser cam tu...






Contest: You & Me - Love Forever

siti dengan baik hatinya nak bagi hadiah kat follower²nyer.. huhuhuhuhu.. so, ita pon join la.... so utk contest ni, ita pertaruhkan gambar ini..



syarat2 tuk join contest: You & Me - Love Forever ni adalah

1. Semestinya ia terbuka kepada semua bloggers yang berminat & digalakkan MENJADI FOLLOWER blog Yang Ku Sayang.
2.Buat satu entry untuk contest ini. Letakkan banner contest ini & GAMBAR ANDA BERSAMA SUAMI atau ISTERI atau ANAK2 atau KAWAN2 di dalam entry anda. Seelok-eloknya biarlah gambar itu menunjukkan suasana romantik (untuk yg dah berkahwin yer) atau gambar yang penuh dengan sifat kasih & sayang.
4. Letakkan komen berserta url blog anda di ruangan comments untuk menunjukkan anda telah menyertai contest ini.
5. Tarikh tutup untuk contest ni adalah pada 23 March 2010 (Selasa), 12.00pm. Pemenang akan diumumkan pada 26 March 2010.

Hadiah Misteri akan menanti pemenang yang bertuah!!!!
Jangan lepas kan peluang yer.....

so, sape² berminat, join la contest ni.....

join jgn tak join...
join jgn tak join...
join jgn tak join...
join jgn tak join...
join jgn tak join...
zzzzzaaaaaaaaaaaaaaaaaaaassssssssssssssssssssssssssssss!!!!!!!!!!!







Tuesday, March 16, 2010

BoNDa's 1st Giveaway - Contest: Anugerah Terindah

Terms & Conditions seperti yang disenaraikan di bawah:

1. Terbuka pada sumer warganegara Malaysia yg tinggal di Malaysia juga (kalau jauh mati aku nak bayaq setem post adiah pulak..) yg ada blog sendiri... setinggan blog owg tak bley arrr... (bukan susah pon bukak blog kan..kan...hehehe)

2. Anda LeLaKi atau PeReMPuAn..BoNDa tak kisah... tapi contestant mesti lar org yg dah punya anak... (sorry.. setakat nie buat yg dah jadik mak pak dulu lar eak.. buat yg single mingle nanti² biler angin nak bayaq zakat dtg lagi... korang bleh lar join.. okehhh! ;)

3. Anda dikehendaki membuat satu entry di blog masing² bertajuk "BoNDa's 1st Giveaway - Contest: Anugerah Terindah" menceritakan pengalaman dan perasaan anda menyambut cahaya mata pertama dlm erti kata lain... pengalaman ketika nak melahirkan anak.... ceritakan sumer detik² yg dilalui se-ReAL yg mungkin... (tolong jgn ciplak citer org lain atau mereka cerita yg tidak sebenarnya anda lalui) bagi yg lelaki laks pengalaman menyambut dan menyaksikan sendiri isteri anda melahirkan... boleh??

4. Anda juga dikehendaki menepek sekeping gambar anda bersama anak yg anda ceritakan kelahirannya itu... gambar newborn lagi baik..yg kat spital tu... (kat umah pon boleh.. asal ada.. ok)

5. Bukan Follower??! Ikhssss.. naper tak follow?? Anda boleh join.. BoNDa tak kisah pon anda follow tak follow.. terpulang.... tiada istilah paksaan di sinie... ;)

6. Tepek banner yang dah susah payah aku buat tue di atas dlm entry dan side bar anda...

7. Link back Entry anda dan Side Bar Banner ke Entry contest ini.. (no linked back secara otomatik penyertaan anda ditolak..)

8. Tinggalkan link entry yg dah siap dlm comment box entry ini juga... BoNDa tak der maser nak godek entry lain yg tak der kena mengena.. jgn salahkan BoNDa kalau entry korang terlepas pandang okehhh...

BoNDa ada satu hadiah setakat ini..(mungkin akan ada hadiah lain.. kot² ada yg nak sponsor.. sumbangan anda dialu²kan.. pls contact me thru email aidiena@gmail.com or YM: airisha_79 ;) bagi peserta yang berjaya menyentuh perasaan dan hati BoNDa dengan cerita dan pengalamannya melalui saat pertama kali bergelar ayah dan ibu..

Hadiah dia MISTERI... kwang..kwang...kwanggggg.... TUNGGU.... biler pemenang diumumkan kelak.... ohhh yerrr... pemenang akan diumumkan seminggu sesudah tarikh tutup contest ini... iaitu pada 1 April 2010... (ini bukan April Fool yer.. ini betul².. hehehe)...

So.... sudah fahammm... sila lah meng-Entri-kan Diri... kang ader plaks yg menang tanpa bertanding...huhu~

INFO TerKiNi about THIS contest:

Sila baca

**Hadiah Untuk 10 Peserta Terawal
**Sponsored Gift

*****************************************************

wokeh, ni ita nak cite sket masa tu bersalin kan nak 1st...
name die
IZZAH NUR HAFIYAH BINTI HAZREEN lahir pada 24 JUN 2006 (SABTU).. kalo ikutkan due, die sepatutnya bersalin 13 JULAI 2006.. maknanyer ita bersalinkan die awal 2minggu++... skang ni die da 3tahun9bulan

gambar ni diambil mase die berumur 3 hari... (gambar kat spital takde la bonda)

mase mengandungkan die, ita takde alah sangat... biasa² je..
pada 19 jun 2006, ita da mula rasa contraction.. pinggang da mule sakit & da tak larat nak bangun... so, ita amek mc... 20 & 21 jun 2006 pon same gak... tak larat nak bangun... on 22 jun 2006, ita da boleh bangu sikit.. ita ingat nak pegi check up kat klinik pastu nak gi keje... time tu hubby keje luar..

ita bangun lewat sket... time tu dok umah mak lagik.. so, dlm kul 8am tu ita pon masuk bilik air... tup tup ade darah kat panties... alamak!! mak ita pon suh ita call hubby.. cepat² gi spital.. time tu hubby baru je sampai kat site... sian die kene patah balik.. naseb baik tak jauh... sume 45 minit je perjalanan... ehehehehhe...

so, sesambil tu, ita pon siap² beg baju & beg baby sementara tunggu hubby sampai.. ita tak terus ke spital.. tp pegi klinik dekat ngan umah dulu... doc tu kate "pintu" baru bukak 2cm.. pastu die cuba bagi "laluan" kat baby tu.. katenyer senang nanti.. die advice ita pegi spital lepas tu... sebab kalo kuar darah dulu sebagai tanda, bahaya...

waahhh.. bahaya?? kitorang pon dengan gigihnyer pon pegi spital klang... "check in" kat sane.. Alhamdulillah tak ramai orang time tu... kalo ikut GL hubby, ita layak masuk wad kelas 1.. tp, memandangkan wad kelas 1 penuh, ita dok je la kat wad kelas 3 (kelas 2 & 3 same aje)..

so, as usual, contraction berlaku skali skala... sampaila next day... doc & nurse datang check "pintu" still bukak sket²... doc kate, normal laa.. sebab 1st time bersalin.. so, "pintu" bukak lambat sket.. as long as jantung budak ok, diorang takde masalah...

tetiba tengahari jumaat 25 Jun 2006, nurse suh ita tukar ke wad kelas 1 sebab ada katil kosong.. naseb baik time tu abg ita datang bersama² MIL & anak².. diorang la tolong ita hangkut barang² pindah wad kelas 1.. bukan dekat deq non oi... jauuuuhhh.. ingatkan sebelah je..

so, dlm kol 6ptg tu da raser sakit² kuat sket laa... but still doc kate ok lagik... so, dlm kol 10pm, doc pecahkan air ketuban & induced ita... tak raser ape² time tu.. tau² je ade air panas meleleh... doc tak kasik ita pegi tandas.. die cakap, kalo nak buang air, panngil aje nurse.. tak pon buang je atas katil...

issshhhh mane le kite lalu nak "membuang" atas katil... so, starting that night, i had a HUGE contraction.. lutut raser lemah.. langusng tak leh tido... bile nak lena je, nurse datang nak wat CTG SCAN... langusng tak leh tido... last² kol 4am ita da raser something kat bawah...

ita pon cakap kat nurse,

nurse, saya rasa baby da nak kuar laa...

tak, belum lagi puan... puan baru je kene induced, takkan dah nak bersalin.. kebiasaannyer 10-12 jam puan..

betul, saya tak tipu... sakit sangat nih..

jap ek saya tengok..

bila die selak je, die terus lari keluar... pastu ita denga die jerit..

kak!! nak troli!! patient da nak bersalin!! kepala da nampak!!

haa???!! da nampak kepala ke?? patut la raser laen macam jer... dengan pantas nurse kecik molek tu pon bawak troli ke katil ita... dengan bersusah payahnyer ita naik ke atas troli tu... ita disuruh mengiring... nurse² tu kecik je orang nyer... lebih kurang besar ena je... diorang dengan gigihnyer berlari macam sprinter sambil menolak troli menuju ke labour room...

ita yang kat atas troli sangat impressed dengan kesungguhan diorang.. gigih betul... sampai aje kat depan labour roon, diorang stop.. sebab nak masuk labour room, pak guard berbangsa india tu perlu memasukkan nombor pin bagi membolehkan pintu labour roon itu dibuka... very secure ye puan²... orang sebarangan tak boleh masuk...

ita tak nampak ape yang berlaku... tp dari pendengaran ita, pak guard tu beberapa kali tersalah memasukkan no pin... sebab ita denga perbualan antara nurse² tu & pak guard..

cepat la uncle, patient ni da nak bersalin da...

ok... ok... sikijap... (teeet teeet)

ape ni uncle.. asyek salah je...

aiyo!! aiyoh!! ok..

mungkin pak guard tu 1st time keje kat situ kot... sebab tu gelabah... huhuhuhu.. ita yang kat atas troli ni hanya mampu tergelak dalam hati sambil menahan sakit...

Alhamdulillah kat dalam labour room tak ramai orang... ita ditempatkan di bilik paling awal... bile ita masuk ke kat labour room tu, sume nurse & doc serbu ita... yelah, kate patient tak ramai kan???

sume pakat² bantu ita meneran... setelah bersusah payah selama 5 minit, akhirnya lahirlah zuriat ita yang pertama ke dunia... ALHAMDULILLAH SYUKUR KE HADRAT ILLAHI...

bila baby tu kuar, & tali pusat telah dipotong, baby tu diletakkan di atas dada ita utk di breastfeedkan.. tiada perkataan yang ita boleh gambarkan perasaan gembira ita bila menatap wajah mulus si comel setelah sakit selama hampir seminggu & mengalami peristiwa kelakar semasa sakit nak bersalin..

ade cite klaka tambahan... lepas je ita breastfeed baby tu, diorang amek balik baby tu utk dibersihkan... so, time tu ade sorang senoir nurse ni die tukang jahit luka ita... boleh pulak tiba² die stop.. betul² speknyer dan cakap...

issshhh... mane pulak yang aku belum jahit nie????

haaa?????!!!!! biar betul????!!! aku jerit..

acah je... da siap jahit da... saje je nak gurau... sambil gelak²...

tak berderau darah korang bile korang dalam situasi ita???

sekian sahaja karangan saya kali ini.. huhuhuhu...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SAYANG KAMOO