kawan² ku... jom follow!!! i folloooooooooooooooowwww!!

SAYANG KAMOO

iklan...

About This Blog

kepada pengintip² @ stalker² yang nak melawat blog aku stakat nak carik bahan GADUH, & BAHAN UMPATAN KORANG ADALAH DILARANG MEMBACA BLOG AKU!!!
AKU TAKKAN HALALKAN SETIAP PERKATAAN YANG KORANG AMEK & SAMPAIKAN KAT ORANG LAIN YANG ADA KAT DALAM BLOG AKU NI..
PESANAN INI ADALAH UNTUK ORANG YANG BERNIAT JAHAT TERHADAP AKU, MAHUPUN AHLI KELUARGANYA, KAWAN²NYA & BOS NYA.. TIDAK KETINGGALAN JUGA ORANG KAMPUNGNYA..

Friday, November 26, 2010

bsiaran dari kg pdg midin, kuala terengganu...

salam uoolss..
Sorila da lame x apdet blog. Ita agak bz la.. Huhuhuhu..

Skang ni ita ada kt kg pdg midin, kuala terengganu. Apa ita buat kt sini?

Blk kg ayah ita. Dah lama ita x ikut blk. Last skali jun 2006. Pregnantkan izzah. Blk awal bulan, ujung bulan 2 bsalinkan izzah.

Kali ikutkan kg ayah da xde. Dah jd stesen bas ekspres k.tganu. Skang ni dok umah kakak sulung ayah. Mmg umah ni sentiasa jd tempat kitorg tido kalo blk tganu..

Adoi... Penat la taip n3 pakai henfon ni.. Ades.. Nantila ita apdet lg eks..

Monday, November 22, 2010

yeay!!!! JPS Selangor top 5!!!

top 5 ape eks???
haaaa.... jgn tak tau....
kalo korang masih ingat n3 ita bertajuk sarapan apa??? daku yg cedera... & berurut yg SAKIT!!!!!!!

ffuuuhh... kalo tak ingat baca balik tau... eheheh.. bukan ape... kat n3 tu, ita ada story pasal ANUGERAH PENGURUSAN PEJABAT DAN PENTADBIRAN CEMERLAG (APPC) TAHUN 2010

tadi berlangsungnye penyampaian hadiahnye..
JPS Selangor takla menang besar... tapi dalam top 5..
alhamdulillah...
ok la... ita listkan penerima anugerah...
  1. MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (94.67%)
  2. MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (92.01%)
  3. MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (91.98%)
  4. MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (901.87%)
  5. JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN SELANGOR (90.76%)
  6. PEJABAT TANAH DAN DAERAH KLANG (90.41%)
  7. MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (89.78%)
  8. MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (89.76%)
  9. MAJLIS PERBANDARAN KLANG (89.29%)
  10. MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (89.24%)
  11. PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR (88.40%)
  12. PEJABAT TANAH DAN DAERAH KUALA LANGAT (88.08)
  13. JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (87.33%)
  14. JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (87.1%)
  15. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR (86.83%)
  16. JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR (86.51%
  17. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR (86%)
  18. PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR (85.67%
walaupun tak dapat no.1, tapi kitorang tetap bangga... sebabnyer??
sebab top 5 sumenyer PBT kecuali JPS.. hikhikhik..
bangganyer...
eerrkk... syukur alhamdulillah

botak men dgn spek birunye

hensem x botak men ni?






ita skang ada kt dwn.. Tgh tgk org dpt APC..

Friday, November 19, 2010

kisah yg menaikkan bulu roma part 1....

smlm nengok cite lost tapes.. kisah vampire & lipan gergasi...
seram jugak la kan.. cam minggu lepas pasal werewolf ngan lizardman..
menakutkan...

pagi ni plak belek² blog ayu.. terbaca plak n3 kisah misteri kat hotel tuh... masa die stay kat melaka..
pas tu plak die kasi link ni... seram jugak... pastu baca plak la blog peej... pon ada cite seram...
haaaiissshh... ape ni?? dari malam jumaat sampai la ke pagi jumaat cite seram je menyelubungi ita...

tetiba teringat la plak... beberapa kejadian yg ita pernah alami & dengar yg bisa menaikkan bulu roma.....

kisah pertama..
time tu ita dok hostel kat peringgit melaka ngan yun & ili... hostel kitorang tu cam apartment... kitorang dok sebilik kat master bedroom... sepatutnye bilik tu utk 4 orang... tapi, kitorang gila kuasa, kitorang dok ber3 je...
time tu nak dekat final exam.. oleh kerana ada 3 orang je dalam bilik tu, 1 katil double decker kitorang bukak... yelah... nak kasik lapang.... malam tu kitorang gigih stay up study... dgn berbekalkan nescafe o yang sangat kaw, kitorang pon study kat meja masing²...
kebetulan pulak meja ita facing tingkap.. oleh kerana bilik tu takde kipas, kitorang bukak tingkap... nyaman sangat!!! serius... angin sangat memahami keadaan kitorang time tu...

jam time tu da dekat kol 1... kebetulan plak, tingkap bilik kitorang tu facing umah tinggal.. tapi rumput² kat keliling rumah tinggal tu dijaga rapi... takde semak samun... cume rumah tu je nampak creepy.. sebelah umah tu pulak kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka...

so, tgh ita study, tetiba ita denga bunyik ayam berkokok.. ita takde la heran sangat... sebab area situ ada gak umah² kampung... tapi cam pelik je... baru kol 1, ayam da berkokok... tak semena² ita memandang ke luar tingkat... ke arah umah tinggal tu.. ternampak la satu lembaga memakai baju putih straight kat depan mata ita... ita ape lagik...

terus tutup tingkap pelan²... terus cakap kat yun dan ili..
wei, jom tido... aku da ngantuk ar....
seb baik diorang on je... ita pun bentang tilam kat bawah (sebab katil da dibukak)... ili naik atas & yun naik atas katil die... seb baik la diorang tak tanye ape²...

lepas tu kitorang pon tido... tetiba yun menjerit & melompat ke bawah... ita terkejut.. katenyer katilnyer bergegar... badannya melambung²... ili yg tido kat katil atas tak rasa apa²... ita diam je... ita rasa ita tau sebab apa...

tapi ita tak layan sangat yun "sorry yun bukan aku tak percaya cakap ko... tapi, ada sebab aku diam je..."

lepas tu ita suruh die cool down & mintak die tido ngan ita kat bawah... malas nak layan.. so far, sampai ke pagi takde insiden cam tu lagik...

kisah kedua sambung next n3 eks...

Maaf

ita share satu satu cerita yg ita dapat thru email...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk
apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama
sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana
pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu
persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah
melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan..
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa
membuka hatinya kepada kita.


"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Thursday, November 18, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Tuesday, November 16, 2010

birthday fitri 13-Nov-2010 @ umah nenek... & the making of tanglung..


13-Nov-2010 plak birthday fitri yang ke-6... cucu ke-8 ayah & mak ita.....
oleh kerana ibu & ayah die bz ngan persiapan kenduri 5-Dis nanti,
makanye die berkongsi kek ngan atok.. (waimah tiada nama die kat atas kek tu)...
sian adik.. takpe dik... 23-Nov kang ANJE kasi "hadiah" kat adik ek...
adik tunggu depan klinik kol 9 on that date yer... kite jumper doktor...
doktor yg simpan "hadiah" adik tu...


the youngest boy yg akan "masuk jawi" 23rd Nov ni....


sesungguhnya mereka sangat rapat...


oopppss... sila abaikan keseksian abg ku itu... mereka sedang gigih menyiapkan tanglung...


sabar semua... mama tgh potong kek utk dibahagi²kan... rilex.. rilex...


kegembiraan terserlah setelah mendapat kek!!


me!!!


hamboi... cantek feeqa posing..


ini la rupe tanglung tu.... tapi, 90% siap... lom siap sepenuhnya..


nota buntut :-
1- ita & family tengah bz membuat persiapan utk majlis berkhatan cucu² mak & ayah ita on 5-Dec ni..
2- boss bagi pelepasan utk kitorang balik awal ari ni!!! yahoo!!!!!!

birthday atok!! 12-Nov-2010..... @ andaman seafood sec 24.... part 2


owh!!! hubby ku yang sedang lapor... izzah moody..


owh... sesungguh mereka juga sedang lapar....


abg ita & isterinyer... diorang ni jugak merangkap jiran sebelah umah ita..


ikan siakap tu da tinggal rangka je... cam pirana tol la diorang neh..


iyyad yang dipaksa emaknya utk bergambar.... cettt!!


ishhh... geram tol ita ngan botak men ni tau...


eleh... malu² pulak kak ina nak ratah kepala ikan tu...


toleh kiri.... toleh kanan.... jgn ada orang nampak... eleh... sebok je budak kecik kat sebelah tu...

ya Allah... tak senonoh tol ucu ni... sampai 8 pinggan die bedal...



kek birthday atok... perisa pandan...


atok bersama² 8 dari 12 orang cucunyer... lagik 4 orang tak join.. sebab diorang dok jauh... (jauh sangat la kg baru, kl tu...)

seb baik kek tu tak jaduk mangsa kerakusan iyyad..


birthday boy.. eerrkkk... salah.. salah... birthday man.. hikhikhikhik..


sronok jugak skali skala berkumpul mcm ni....

ayah, happy birthday... ita nak mintak maaf kalo selama ni ita ada buat ayah marah... ayah bukan tak tau, ita ni kan degil.. hikhikhikhik... ita doakan ayah agar diberikan kesihatan.. dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...


Monday, November 15, 2010

birthday atok!! 12-Nov-2010..... @ andaman seafood sec 24.... part 1

2-Nov-2010... ayah ita berumur 63 thn... 63 thn.. da 63thn ayah ita...

petang jumaat tu, kakak ita call... die plan nak bawak ayah & mak makan kat luar...
ke tempat favourite ayah... mana lagik kalo bukan andaman seafood sec 24...
tempatnyer kat mane??
kalo orang dok area sec 24 tau kotnyer... kat tepi surau hijau... kedai tepi skali....
tu memang tempat favourite ayah... die tanak pegi makan tempat lain... kalo makan kat tempat lain, mesti makan tak habis...
tapi, kalo makan kat andaman seafood tu licin...

dah siap.. tinggal nak jalan je... tapi, sempat lagik tgk tv...


izzah ni tak sihat... kebetulan pulak die bangun tido... tu yg moody tuh..


ramai lom sampai lagik.... peace dari abg akmal..


iyyad dah tak sabar...


feeqa menyorok.. sebabnyer mama & ucu da over...


the foodz... time ni siakap lom sampai lagik...


harus ada... tuan tanah kedaung & anak bujangnya..


org lom baca doa lagik la feeqa...


kecentaan ku... mak & ayah.....


botak men & jersi liverpoolnyer... huhuhuhu...


sampai sini dulu eks... nanti ita sambung... nak makan!!!? ehehehhe..

Sunday, November 14, 2010

TERJEMAHAN TALKIN

Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia. Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang
mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah WALLAHU A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan
Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan
binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu
Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada
kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyur uh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal
didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala
menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin. Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu
nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya
manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr .. Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu
kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:


TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:"Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hambaKu berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah
Al-Baqarah : 237 Untuk renungan dan amalan bersama .. "LAA ILAHA ILLA ANTA
SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Saturday, November 13, 2010

Ilmu Palmistry

ita dapat dari email... saje suke²




Palmistry adalah metode konsultasi, dengan referensi tertentu untuk membaca garis tangan. Ilmu ini sudah ada sejak 3000-tahun dan berasa dari India dan Cina. Di India dikenal dengan istilah Hast Samudrika atau Lautan Pengetahuan. Disebutkan demikian karena melalui garis tangan dapat diketahui informasi berharga berupa beberapa hal seperti keuangan, kesehatan, watak, jodoh dan lain lain.
Tahukah kamu bahwa garis tangan mencerminkan perjalanan hidup seseorang ?


Palmistry seperti layaknya astrologi di perbintangan, adalah salah satu metode dilengkapi referensi tertentu untuk membaca nasib berdasarkan garis tangan. Sekali lagi, Anda boleh percaya atau tidak - tapi ingat selalu - serahkan semuanya kepada yg di Atas, niscaya segala sesuatunya akan diberikan yang terbaik kepada Anda.


Ilmu ini percaya bahwa beberapa garis yang ada dalam telapak tangan merupakan kondisi dari beberapa pusat otak. Itu merupakan cerminan dari pikiran bawah sadar yang membentuk garis-garis tersebut. Karena garis tersebut mewakili pikiran kita, mereka terus menerus berubah, dalam menjaga harmonitas antara pikiran dan juga sikap kita yang dinamis dan terus berubah. Artinya sikap positif yang kita miliki akan berdampak pada garis lurus yang memiliki arti baik, sedangkan pikiran negatif membuat efek sebaliknya. Maka itu banyak sekali wejangan yang beredar dalam masyarakat kita untuk terus menjaga pikiran positif, dalam arti kata sebenarnya dapat mempengaruhi jalan nasib seseorang.

Sebagian orang percaya bahwa garis tangan berhubungan dengan nasib dan watak seseorang. Menurut mereka, tangan merupakan ujung dari jutaan sel saraf yang berhubungan langsung dengan otak. Di daerah tanganlah terjadi lalu lintas impuls dua arah, ke otak dan dari otak. Dari segi kesehatan lalu lintas impuls saraf tersebut sering di jadikan media untuk pengobatan, misal pijit atau urut. Dipercaya, dari telapak tangan semua penyakit bisa disembuhkan minimal dikurangi.



1. Garis Korset Venus
- Tidak ada garis, Kepribadian yang terkendalai baik, tenang.
- Bertanda jelas, Emosional berlebihan, membutuhkan sesuatu yang merangsang dan variasi
- Pendek, Amat menyadari perasaan orang lain
- Kabur atau putus-putus, Terlalu sensitif
- Memotong garis nasib dan garis matahari, Jenaka, berbakat
- Berakhir pada bukit Merkuri, Mempunyai cadangan tenaga yang besar, tetapi mempunyai kecendrungan menjadi ekstrem
- Menelusuri sisi tangan, bukan berbentuk setengah lingkaran, Bimbang, gentar.

2. Via Lasciva (Bima Sakti)
- Lurus, Gelisah, mudah bosan
- Lurus dan panjang, mencapai bukit Merkuri, Pembicara yang Fasih perihal moralitas yang meragukan
- Melengkung, Orang yang memusuhi dirinya sendiri
- Melengkung dan berawal di dalam bukit Venus, Menanggapi segala hal berlebihan. Orang yang mudah kecnduan - candu, alkohol dsb.
- Garis cabang mencapai garis matahari, Berbakat menjadi orang yang kaya jika garis-garis tesebut tidak benar-benar bersentuhan. Kerugian keuangan sebagai akibat suatu hubungan (misal penyelesaian perceraian yang mahal) jika garis itu bersilang.


3. Rascettes (Gelang)
- Paralel dan jelas, Kehidupan yang sehat, sejahtera, panjang dan damai.
- Bagian atas seperti rantai, Kehidupan yang berbahagia setelah mengalami kesulitan
- Bagian atas melengkung ke dalam telapak tangan paa tangan wanita, Mungkin mengalami kesulitan ketika melahirkan.
- Garis dari bagian atas ke arah bukit Jupiter, Perjalanan yang panjang dan menguntungkan.
- Garis dari bagian atas ke arah bukit matahari, Perjalanan ke negara beriklim panas
- Garis dari bagian atas ke arah bukit Merkuri, Kekayaan mendadak.
- Garis dari bagian atas ke arah bukit bulan, Setiap garis mewakili sebuah perjalanan


4. Hepatica (Garis Kesehatan)
- Tidak ada garis, Keadaan fisik yang kuat dan sehat
- Terukir dalam, Daya tahan tubuh rendah
- Bergelombang, Masalah pencernaan
- Kabur, Stamina kurang
- Menyentuh garis kehidupan, Memerlukan perawatan kesehatan ekstra pada saat itu.


5. Garis Mars (Garis Kehidupan Dakhil)
Jika ada, dapat bertahan pada saat terserang penyakit atau bahaya.


6. Garis Perkawinan
- Terlihat jelas, Perkawinan atau hubungan akrab. Jumlah garis dianggap mengindikasikan jumlah hubungan.
- Tidak tampak jelas, Tidak garis mengindikasikan ikatan romantis yang tidak terlalu penting
- Panjang dan lurus, Hubungan yang lama dan bahagia
- Terputus, Perceraian atau perpisahan
- Garis terputus saling tindih, Berkumpul kembali setelah berpisah, mungkin menikah kembali dengan orang yang sama.
- Garis Ganda, Hubungan dengan dua orang pada saat bersamaan, kedalaman relatif dari hubungan ini diindikasikan dengan kuatnya garis.
- Melengkung ke bawah, Berusia lebih panjang dari suami (istri)
- Melengkung kuat ke atas ke arah dasar jari kelingking, Tidak menikah tetapi tidak selibat.
- Melengkung ke atas ke arah garis matahari, Perkawinan dengan orang terkenal atau kaya jika garis-garis tersebut tidak benar-benar bersentuhan. Jika berpotongan, perkawinan tersebut tidak bahagia.
- Berawal dengan bentuk garpu, Penundaan atau frustasi pada awal hubungan.
- Berakhir dengan bentuk garpu, Perceraian atau perpisahan
- Terpotong garis yang berasal dari dasar jari Merkuri, Kebaikan dari suatu hubungan.
- Terpotong korset Venus, Perkawinan yang tidak bahagia, pasangan hidup yang rewel


7. Garis Anak
- Jika ada, Garis-garis tersebut bersumber dari dasar jari Merkuri ke arah garis perkawinan. Jumlah garis dianggap mengindikasikan jumlah anak; garis yang lebih kuat menunjukkan anak laki-laki sedangkan yang lebih lemah anak wanita.

Sesuai kah garis tangan Anda dengan keterangan di atas? hanya anda yang tahu.. believed or not !


Kisah Pembalasan Isteri Curang

Tajuk: KISAH BENAR - Kisah Pembalasan Isteri Curang
Dikirim oleh: Ummi Munaliza on 07 May, 2009, 05:47:34 AM

Kisah ini saya petik dari suatu laman web… Kisahnya benar² menyentuh hati. Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.

Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.

Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.

Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.

” Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.

Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.

Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.

Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.

Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.

“Tempat awak di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.

“Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kau tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.

Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.

“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.

” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.

“Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung.

“Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudah tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.

“Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.

“Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.

” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya.

Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.

Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.

Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.

“Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.

Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.

“Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya.

“Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .

” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya.

Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alasan di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.

” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.

“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.

“Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.

” Terima kasih ustaz,” balas Halim.

Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.

“Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”

“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.”

” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?”

“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”

“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.”

“Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka ‘.”

Cukup menginsafkan, kan? Ambil iktibar dan sampaikanlah pada yang lain. Wallahualam
Diceduk dari Halaqah.net

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SAYANG KAMOO