kawan² ku... jom follow!!! i folloooooooooooooooowwww!!

SAYANG KAMOO

iklan...

About This Blog

kepada pengintip² @ stalker² yang nak melawat blog aku stakat nak carik bahan GADUH, & BAHAN UMPATAN KORANG ADALAH DILARANG MEMBACA BLOG AKU!!!
AKU TAKKAN HALALKAN SETIAP PERKATAAN YANG KORANG AMEK & SAMPAIKAN KAT ORANG LAIN YANG ADA KAT DALAM BLOG AKU NI..
PESANAN INI ADALAH UNTUK ORANG YANG BERNIAT JAHAT TERHADAP AKU, MAHUPUN AHLI KELUARGANYA, KAWAN²NYA & BOS NYA.. TIDAK KETINGGALAN JUGA ORANG KAMPUNGNYA..
Showing posts with label hubby. Show all posts
Showing posts with label hubby. Show all posts

Friday, November 12, 2010

misteri...

ita serius ni..
bukan main²... ini terjadik mlm tadi...
time tu ita nak makan, tp sblm tu ita pegi dapur & masak air...
ita bukak api kecik je... lepas masak air, ita pon makan...
sesambil tu nengok 999...
abis makan, ita nengok dapur tak menyala...
"eh? aku ni tak masak air lagik ke??"

"bang, nak tanye sket... abang ada denga bunyik air masak tak tadi??" ita tanye hubby...

"takde la yang... nape??"

"takde pape..."
tapi, bile ita rasa cerek, panas... eh?? peliknyer... ita rasa tak sedap hati.. ita masak balik... tak sampai 2 minit da masak... memang betul air tu da masak...

persoalannya :-
  1. bile air tu masak??
  2. sape tutup api dapur??

Wednesday, November 3, 2010

jalan² carik makan @ restoran ayam penyet ole² sec 18, s.a

bile ye kisah ni??
lupe plak... jap.. jap...
nak recall memory...
haaa!!! ari senin lepas.... ehehehhe... hari gaji
kitorang saje je nak cube makan kat Restoran Ayam Penyet...
baru bukak kat ole² Sec 18, Shah Alam..


hubby yang serius menanti... izzah yang bosan...


peace dari izzah & hubby... iyyad??? konfius...


another peace..


taken by my 4 years old daughter... oh no!!! die da pandai snap gambor... tak lame lagi die sure mintak DSLR... ehehehhe..


belom sempat snap, da kene usik... adess... tak sabor tol... lapor.... lapor...


nasi putih & ayam penyet... dalam ayam penyet ni ada ayam goreng yang dipenyet², kangkung celur, sambal, timun, kobis, tauhu goreng & tempe goreng... atas nyer ditabur dengan kriuk kriuk... rangup...


nama dish ni soto ayam... tapi surprisingly there is NO nasi impit in there... serius.. ita tak tipu... dalam nyer ade bihun... maknanyer bukan soto ayam la... bihun sup ayam... diorang salah letak nama @ kat indon memang namanyer camtu??

overall, makanannya ok.. air nyer sedap... alamak!!! lupe nak snap gambor air!! hubby suke, ita lagi suke.. sebab hubby blanje harga pon berpatutan... tak terlalu mahal & tak terlalu murah... patut ngan rasa & service...
cume satu je... toilet adalah FAIL!!!

Tuesday, November 2, 2010

good luck my hubby!! & kisah cinta kami...


ini adalah hubby ita... huhuhuuh... slamat berkenalan... kehkehkeh...
kol 8.30am ni hubby ita ada interview... jawatan PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT kat MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA....
skang ni hubby ita PEMBANTU AKAUNTAN di tempat yang sama...
good luck @bang....

ari ni ita nak mengimbau balik kenangan kitorang.. dari mule² kenal, sampai la ke jinjang pelamin...
sila jangan bosan yer...kalo bosan tutup je blog ita ni
memula ita kenal die on 2 Okt 2002. time tu die baru je start keje kat Pusat ICT Selangor sebagai Penolong Pegawai Sistem Maklumat berstatus kontrak... time tu pulak, ita ada lagi 2 minggu utk menamatkan latihan industri di tempat yang sama....
hubby ita seorang yang sangat pemalu & ita suke kaco die... jahat kan???
time tu belum ada perasaan cintan kat die... kehkehkeh...
panggil pon kau aku jer....
kebetulan plak, ada sorang member ita ni crush on him... so, ita pon cube la kenen² kan... tapi hubby ita tak suke... boleh berkawan je.. tapi not as a lover... well, ita tak boleh paksa kan?? means, kite tak boleh paksa orang menyukai & menyintai orang laen kan???
lepas 2 minggu, ita abes praktikal... tapi, kitorang still contact... calling²... sms².... tapi, dulu takde fesbuk... ada friendster je.. itupon ita susah nak bukak.. sebab time tu kat umah takde tenet... so, kalo nak YM ngan die ita kene gigih ke cc kat sec 18... jalan kaki taw... huhuhuuh... time dulu takde masalah kalo jalan sensorang... tak bahaya....
relationship tu berterusan walaupun time tu ita kerja kat phileo damansara... & ita tinggal kat umah kakak ita kat kampung baru.... kawan je tau time tu... on 24 Jun 2003 kitorang officially menjadi couple.. huhuhuuh... klaka gile time tu... just imagine, ita tunggu die kat stesen LRT kerinchi.. die naik motor dari klang semata² nak pick up ita utk balik shah alam... kehkehkeh...
padahal, ita leh je naik komuter sampai shah alam... saje je...
on januari 2004, ita dapat kerja kat SUK Selangor... means, 1 building ngan office die... kitorang happy sangat... serius... sebabnyer selama 6 bulan "berjauhan" jauh sangat la klang ngan kl tu... gedik tau ita ni...
ramai yang tak tau ita couple ngan die b4 ita masuk SUK... yelah.. diorang tak tau sejarah kitorang... so, bile kitorang breakfast @ lunch sesama kat cafe, ramai yg ingat kitorang baru bercinta... padahal da 6 bulan lebih..
5 Dec 2004 pulak, kitorang bertunang... huhuuhuhuh... ramai terkejut... sebab ita tak kasi tau yg ita nak bertunang... ita bertunang pon senyap²... majlis kecil²an buat kat umah kakak ita kat kampung baru... yang datang hanyalah keluarga terdekat....
serius.. ita bertunang dulu, tak macam orang skang bertunang... siap amek mak andam, siap pelamin, siap berkhemah... yang mekap ita ialah sepupu ita sendiri (die pandai mekap sebab die ex-stewardess).. hantaran plak, digubah oleh kakak ita sendirik (die memang kreatif...)
jiran² pon, kitorang tak kasi tau... huhuhuhuuh...
on 20 ogos 2005 kitorang selamat diijabkabulkan.. alhamdulillah... 24 Jun 2006 kitorang menimang cahaya mata yang pertama... dan 5 Sept 2008 menimang cahaya mata yang kedua..
sebenornyer banyak gambar yg ita nak tempek...
tapiiiiiiiiiiiii EXTERNAL HARD DISK ROSAK!!!!!!!!!!
adesss.....

Tuesday, August 24, 2010

50 Langkah Menjadi Suami Mithali

artikel ni ada dalam kotak inbox email ita yang dah bersawang... di publishkan utk manfaat bersama....


Salam,

Berikut adalah langkah-langkah untuk menjadi suami mithali sebagaimana yang telah digariskan oleh Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah. Semoga bermanfaat:

  1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
  2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
  3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
  4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
  5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
  6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
  7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
  8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
  9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
  10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
  11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
  12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
  13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil?
  14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
  15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
  16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
  17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
  18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
  19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
  20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
  21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
  22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
  23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
  24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
  25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
  26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
  27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
  28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
  29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
  30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
  31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
  32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
  33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
  34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
  35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
  36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
  37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
  38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
  39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
  40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah..
  41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
  42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
  43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
  44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
  45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
  46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
  47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
  48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
  49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
  50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Wallahu a’lam

Langkah Bestari Suami Mithali (Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)




Friday, August 20, 2010

our 5th anniversary!!!

hari ini 20 ogos 2010, genaplah usia perkahwinan kami 5 tahun... kami diijabkabulkan pada 20 ogos 2005 di masjid al ehsan, seksyen 24 shah alam... kami dinikahkan oleh ayah ita sendiri....

sedih sangat time tu... terharu... hanya sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri....


sedikit tazkirah dari allahyarham imam....


posing jap sebelum balik...



Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


kiss from a husband to a wife...


mas kahwin sebanyak RM80.. skang kat selangor da jadik RM300


minit² terawal menjadi suami isteri..


malam berinai di sebelah malam hari yang sama..


hari majlis keesokan harinya....


kecintaan seorang isteri kepada suaminya... gelas tu gelas antik koleksi mak ita...


potong kek...


posing lagi....


aaauuuwww!!!


kamar beradu...





p.s : bile nak dapat shape dulu balik yer??
p.s : izzah meraung bile tengok gambar kawen kitorang... die cakap "kenapa mak ngan ayah tak bawak kite mase mak ngan ayah kawen??? lain kali bawak la kite... macam cik ila(SIL) kawen tu..." adessss.... ada sesape nak tolong ita kasi jawapan yang paling rasional kat budak 4thn tu tak???

Tuesday, July 27, 2010

kenapa saya pegi pasar sorang²???

kalo ikut n3 lepas, ita ade cite pasal ita gi pasar sensorang...
bukan ape... ita tak suke ramai²... rimas sangat... kang nak dukung si adik... kang si kakak nak jajan la... issshhh... boleh lari bajet....
tapi ita lebih puas... ita akan beli apa yg ita nak... tp, ikut keperluan... ita jenis yg plan, carik, beli & balik... maknanye, time kat umah ita da plan nak beli ape... sampai je kat tempat yg dituju, ita akan beli mengikut plan & terus balik kalo sume barang yg nak dibeli da ade....
ita sangat puas kalo cenggitu... ita bukannyer jenis org yg suke window shopping...
kalo nak kirim kat hubby plak, ita paling lemah skali.. ni nak tunjuk contoh...

spot the different.... ita kirim--> timun, halia, kunyit & limau kasturi...


If you want a thing done right, do it yourself.

Tuesday, July 20, 2010

Aroma Ikan Bakar, Jeram, Kuala Selangor..

salam uoollss...
ari ni lambat sket bersiaran... lemau ar pagi ni... tak tau nape... hikhikhikhik...
ni, nak cite pasal dinner kitorang jumaat lepas....
office hubby (Jabatan Kewangan, MPSJ) ade wat dinner sempena meraikan staff yg nak kuar.. samada tukar jabatan @ berenti keje... tu yg diorang buat dinner kat Aroma Ikan Bakar.. tempatnyer kat Jeram, Kuala Selangor...
kalo dari Shah Alam, amek jalan nak gi Kuala Selangor... lepas tu bile sampai je kat Jeram, lepas je Masjid Jeram tu, ada traffic light... belok kiri... masuk dalam lagi sampai la jumpe T junction... jgn terus tau... amek kiri... sebabnyer kalo jalan terus, ada satu lagi seafood... yg ni kat belah kiri...
besar jugak la tempat ni... rasernye leh muat 500pax atau lebih... kat sebelah tempat kitorang makan tu, ada majlis jasamu dikenang utk guru besar.... menunyer ialah NASI PUTIH, KETAM GORENG CILI, BUTTER PRAWN, SOTONG GORENG TEPUNG, SIAKAP SWEET SOUR, IKAN PARI BAKAR + AIR ASAM, KERANG BAKAR, TOMYAM, AIR TEMBIKAI & AIR FRESH ORANGE.... tp, ita tak rase sume... takde mood nak makan la... even byk foods.. mungkin sebab penat dalam kete+lapor melampau... jadiknyer perut da masuk angen....
ehehhehehh... tak tau nak cite ape... sebabnyer function opis hubby kan.. ita tak brape kenal sgt ngan officemate hubby... lgpon, hubby baru je kan masuk opis tu.. tak sampai sethn lagi....
mula skali, pas je balik keje ari jumaat tu, hubby pickup ita gune innova opis die.. sebab die ditugaskan utk jadik drebar... kene pickup member² yg nak gi dinner tu...
kitorang balik umah dulu... siap² bagai, amek budak kat umah mak @ straight gi opis hubby... amek member opis die... ada 2 org ngan anak diorang... diorang tak bawak partner sebabnyer ade yg partner keje la, jaga anak kecik la...
jauh gak perjalanan nak gi sane... jenuh gak la.... layan gamba je la korang ek...

anak dara sorang ni da start moody... mane taknyer, tak tido siang... bile tempat yg ramai orang tu die moody la...

ita & iyyad... peace sign from iyyad 5 jari tau.. ehehehhe..

berborak ngan kak Faridah & kak Tie... nampak tak ade cekak rambut kat atas kepala ita tu?? tu, cekak rambut izzah.. tp, paham² je la.. kalo da moody sume tanak pakai... dari tercicir, ita letak atas pale...

bersama org yg diraikan... kak Faridah (tengah) & kak Tie...
ita kenal kak faridah di lame dah... takde la lame sangat... kire, time hubby awal² keje kat MPSJ tu, kak Faridah la kawan opis hubby yg ita kenal... orgnyer lembut je... husband die penguatkuasa.. kene keje malam tu... tp, sian kat die... belum dapat zuriat lagi...
"kak Faridah, ita doakan akak dapat zuriat.."


memang banyak gambar... sebabnyer hubby jadik photoG time tu... bos die suh... sejak die pakai slr ni, memang tak menang tangan laaa...








p/s : dalam byk² gambar ni, ada terselit sorang kawan lama.. time skola tu... tp, bile kat sane buat cam tak penah kenal je... aduhai... redha je la ita....

Friday, July 2, 2010

mahal nyer!!!

apa la yg mahal ye???
huhuhuuh... ikan tenggiri... korang nak tau tak? baru² ni, ita g pasar raya besar T... beli la 2 potong ikan tenggiri besar tapak tangan.... skali tu timbang RM14!!! haaaa!!!!??? mahalnyer!!!

rasa nak letak balik pon ade... tp, bile pk balik, kat MALAYSIA ni, ape benda yg murah??? mana ada benda murah kat MALAYSIA ni... da la gaji kecik... brang plak mahal... adesss....

nak tau tak, ita masak ape ikan tenggiri tu?? ita masak singgang satu lagik ita goreng je.... mak ita cakap ikan tenggiri murah kalo beli sekor... kalo beli yg da siap potong² tu memang mahal... tp, peti ais rumah ku teramat la terhad saiznyer.. sebab tu la tak leh beli sekor... kang kalo beli sekor, benda lain tak leh masuk da....

layan gambar jela

buncis & bendi masak sambal..
ikan singgang... all time feveret selain laksa...
ikan goreng
hubby memang suke lauk simple camni... izzah & iyyad pon suke... ita ape lagik, teramat happy.. sebab tak yah masak lauk yg sangat complicated... campak² je da siap... ehehehhehe...

Tuesday, June 29, 2010

simple celebration.. Izzah 4 y.o birthday party..

hari ahad ari tu, kitorang buat simple celebration utk birthday izzah yang ke 4... huhuhuhuh... thn depan tak buat kot... buat kat skolah je senang... buat kat tadika perpaduan seksyen 24... ahahhahahahha.... klaka tol la izzah ni...

to acik mimie & suziey, ita buat celebration ni kecil²an je... just utk family members... nan ado bajet la... ehehehehhe... lagi pon, korang cube tgk gambar² kat bawah ni... baru family je yg attend.. tp, da penuh satu umah... huhuuuhu... umah den kocik yo...

korang layan je la ye piccas nieh...









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SAYANG KAMOO