kawan² ku... jom follow!!! i folloooooooooooooooowwww!!

SAYANG KAMOO

iklan...

About This Blog

kepada pengintip² @ stalker² yang nak melawat blog aku stakat nak carik bahan GADUH, & BAHAN UMPATAN KORANG ADALAH DILARANG MEMBACA BLOG AKU!!!
AKU TAKKAN HALALKAN SETIAP PERKATAAN YANG KORANG AMEK & SAMPAIKAN KAT ORANG LAIN YANG ADA KAT DALAM BLOG AKU NI..
PESANAN INI ADALAH UNTUK ORANG YANG BERNIAT JAHAT TERHADAP AKU, MAHUPUN AHLI KELUARGANYA, KAWAN²NYA & BOS NYA.. TIDAK KETINGGALAN JUGA ORANG KAMPUNGNYA..

Wednesday, August 18, 2010

kenapa ye??

kenapa ye??
kenapa apa??
kenapa ita skang ni susah sangat nak apdet n3???
kenapa skang ni ita susah nak blog walking??
huhuhuuhuh... persoalan tu?? hhrrmmm susah sket nak jawab...
since ita masuk department baru ni ita agak bz sket...
almaklum aje la kan, buat benda baru...
banyak tak paham, byk kene blaja...
kene banyak tanya, kena banyak revise...
kene banyak study, kene banyak kaber line...
ehehehheheheh...
aduyai... camne nak jadik blogger tegar ni??
camne nak up traffic??
camne nak dapat duit raya dari nuffnang ni?? adessss...

ampun ye kawan² kechentaan ita sume...
serius tak brape nak sempat...
1 n3 ni pon menaip sambil panjang²kan leher...
huhuhuhuh...
insya Allah, kalo keadaan da terkawal, ita akan jadik blogger tegar balik yek...


p/s: happy birthday utk member ita Shida Rashid... HAPPY BIRTHDAY!!!

Tuesday, August 17, 2010

jom tgk geng surau!!!


gambar :- kredit utk ajamihashim macih bebanyk yeee...


sejak ari selasa lepas, kitorang sefamily tak melepaskan peluang utk menonton cite ni.. superb best!! (pada ita laa) cite ni ditayangkan setiap ari selasa sampai sabtu... kul 7.35mlm sampai 8.05malam... lepas azan maghrib.. heheheheh... maknanyer time berbuka... tp, anak² pon tgk jugak... kasi diorang leka sket...

nak tau sinopsis??? tgk kat n3 ajamihasim ni.... die sangat rajin buat sinopsis cite ni... siap ada gambar² lagik... nak tau??? tgk kat n3 ni....

bersedekah dalam tiada...

dalam bulan puasa ni, elok kite bersedekah... tapi, macam mana nak sedekah sedangkan kita tiada apa²... boleh aje... ita dapat ni pon sebab ita pegi ceramah semalam... tajuknyer BERSEDEKAH DALAM TIADA... Dato' Dr. Hj Mohd Fadzillah bin Hj Kamsah penceramahnya...

seronok juge denga ceramah ni.... Dr. Fadzillah Kamsah cakap, kite boleh bersedekah walaupun kita takde ape²... tak semestinya kita bersedekah benda @ wang ringgit je.... byk lagi benda yang boleh di klasifikasikan sebagai sedekah.....
antaranya :-
  1. senyumkan yang ikhlas - sah² la kene senyum.. senyuman yang ikhlas ialah senyuman selama 10 saat....
  2. menyuruh kepada makruf - contohnya, suruh orang solat...
  3. melarang perkara mungkar
  4. menunjuk jalan orang yang sesat
  5. pimpin orang yang tak nampak
  6. membuang halangan di jalan
  7. tuang air dari timba kita kepada timba saudara kita - contohnya, cedokkan nasi @ tuangkan air utk orang lain....
  8. memenuhi hajat sesama insan
  9. mendoakan semua orang
  10. memafkan orang lain
  11. ceriakan orang lain
  12. bangunkan orang lain
  13. memberi makan orang yang berbuka puasa walaupun sebiji tamar
  14. menjaga orang sakit dengan ikhlas dan ziarah orang sakit (tapi tak menyusahkan) dapat pahala yang besar
  15. tak ganggu orang lain adalah sedekah
  16. zikir itu sedekah
  17. rawatan kiwa dan iman akan merawat semua peyakit fizikal (inilah hikmah ramadhan)
dari Abu Dzar berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
(HR Tarmidzi, katanya, "ini hadith Hasan gharib)

time ceramah tu jugak, dr fadzillah kamsah kate, zuriat syaitan ada 9 jenis...
  1. zalitun - menjaga pasar ~ yang melekakan peniaga hingga meninggalkan solat @ penipu dalam perniagaan
  2. wathin - yang membuat kekacauan
  3. a'wan - yang menjaga para pemerintah / pemimpin
  4. haffaf - yang menjadi sahabat kepada pemabuk ~ tak semestinya peminum arak sahaja... perokok juga seorang pemabuk...
  5. laqus - yang menjadi sahabat kepada golongan yang syirik
  6. dasim - yang menjadi penjaga rumah ~ yang sentiasa menggangu rumah tangga
  7. musawit - yang menjadi sahabat kepada penyebar dusta
  8. walhan - yang mengwas²kan manusia dalam solat, ketika berwudhuk dan juga ketika melakukan ibadah yang lain
  9. muroh - teman kepada pemuzik @ penyayi
sharing is caring.... Sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat

Friday, August 13, 2010

mana satu pilihan korang??

soklan yang sangat jelas...

ita bagi satu situasi, korang pilih mana satu yang korang pilih...

situasi :-
letakkan diri korang sebgai seorang bos @ supervisor... anak buah korang ada 2...

PERTAMA seorang computer freak... dari mula dia sampai opis, kejenya hanya melekat depan pc... main game laaa, surfing internet laaa, facebook laaa, friendster laaa, twitter laaa, YM laaa.... kirenyer asal ada masa terluang, die ngadap komputer jeee....


KEDUA seorang yang sentiasa MIA... korang tak tau mana die pegi... kuar tak kasi tau.. ilang je memanjang....


tapi, yang bagus nyer ialah kedua² nyer tak pernah lalai menjalankan tugas... keje yang korang kasi mesti diorang siapkan tepat pada masa....



ini adalah situasi yang dihadapi oleh seorang kawan ita... sian die..

Thursday, August 12, 2010

rindu sangat!!!!

Black Mentor - Aku Rindu Sayang Kamu

Siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa sedihku bila tiada mu
Apakah ini dinamakan cinta oh
Menjadi aku yang punya

Apakah kau dah tak sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat di jantungku
Terasa sungguh

Chorus
Aku rindu sayang kamu
Matamu aku cinta kepadamu
Sayang kamu

Apakah kau rasa sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa sungguh

Ulang Chorus 3x


RINDU SANGAT KAT KORANG!!!!!!

sedar tak sedar da seminggu ita kat opis baru... alhamdulillah... segalanya berjalan dengan baik...

seminggu ita tak dapat apdet n3.. bukan stakat apdet n3, bak bukak blog pon takde kesempatan... agak bz sket... masuk² je opis baru da ade keje... ok la tu kan.. dari dok melangut... tp, 3 hari ita takde pc... takpe... tak bermakna takde pc tak leh wat keje ayat penyedap ati.. ahahhahahah....

ita start 02 ogos 2010 (isnin).. JPSS (jabatan pengairan dan saliran selangor) tgh bz gile ok.. memang tepat pada waktunya ita masuk.. huhuhuhu... 04 ogos 2010, (rabu) diorang ade majlis penganugerahan utk staff bersara, staff yg da servis 25thn lebih & utk yg dapat cemerlang kat grand ballroom hotel De Palma Inn shah alam... ita diminta utk bertugas di meja pendaftaran... alhamdulillah da ada pengalaman... kalo tak kalut juga...

09 ogos 2010 (isnin) pulak, JPSS jadi hos utk majlis perhimpunan bulanan jabatan kerajaan negeri selangor... fffuuuuhhh... letih gile ok... unit ita jaga cenderahati... since ari 5 ogos 2010 (khamis) ita da ulang alik dari opis ke dewan utk punggah barang... boleh turun 10kg wooo... huuhuhuhu... tp, tak turun pown.. ahahahhah :Þ

6 ogos 2010 ari jumaat plak, seawal 9 pagi, ita da tercongok kat dewan utk packing goodies utk diagih²kan.. memang letih... plus aircond dewan tu tak kuat... sampai ke petang ita dok kat dewan tu... huhuhuuhuhu....

baru hari ni dapat melepaskan rindu kat blog.. tp, tak leh lama²... partition ita ni tempat lalu lalang.. kene kaber line sket... plus, ari ni da start puasa... so, aktiviti BW kene kurangkan sket...

p/s: korang rindu ita tak???

ADA APA PADA SESUDAH ASAR....?

ATT208424


ADA APA PADA SESUDAH ASAR...


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran tau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.



TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.




TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi Kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR!!!

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.

Saling berpesan2lah sesama kita.....SAMPAIKAN WALAU SATU HURUF….


PERINGATAN UTK DIRI ITA JUGA....

Wednesday, August 11, 2010

INDAHNYA RAMADHAN

INDAHNYA RAMADHAN

Oleh: Haslinda Lukman

Bulan Ramadhan merupakan bulan berkat, bulan rahmat, bulan keampunan serta punya banyak kelebihan. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat bagi mencari keredhaan Allah sepanjang Ramadhan ini, dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi )

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi)


Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi)


Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd R.A daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya: 'Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: 'Dimanakah orang-orang yang berpuasa?' Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.' (HR Bukhari)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: 'Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: 'Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.' (H.R Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAW bersabda: Maksudnya: 'Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan)
70 tahun
.' (HR Bukhari)


Dari Ibnu 'Umar RA, katanya Rasulullah saw. bersabda: 'Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.' (HR Muslim)


Dari Abdullah bin Umar RA. bahwa Nabi SAW. bersabda: 'Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Dan Al Qur'an pun berkata, 'Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterima Allah.'( H.R Ahmad)

Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: 'Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2.
Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu.
Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (H.R Ahmad)

Dari Jabir RA bahwa Nabi SAW bersabda: 'Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.' (HR Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (H.R Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW.; 'Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.' (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)

Nabi SAW bersabda; 'Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.' ( Riwayat Al Baihaqi)

Rasululah SAW bersabda; 'Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa.' ( Sahih Bukhari)

Semoga paparan ini dapat membuka minda kita bagi merebut peluang keemasan yang ada dibulan Ramadhan kali ini.(Selamat Berpuasa!)



dikutip dari : http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=1873

Sunday, August 8, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!!!


salam weekend uoollsss..
hari ni lapan hari bulan lapan tahun dua ribu sepuluh, genap la ita 29 thn.. adesss... da 29 da?? alhamdulillah... syukur kepada Allah kerana membenarkan ita bernafas selama 29 tahun...
ari ni ada celebration birthday.. but not for me je tau....
sebenarnyer utk birthday boys.... ahahahha... 2 boy buat serentak...
save budget...
eheheheh...
sebenarnyer birthday boys ni lambat lagi... tp, oleh kerana puasa pon da nak dekat, so kitorang saje je celebrate awal... ehehheheh....

ni la birthday boys nyer... Iyyad & Akeem....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SAYANG KAMOO