kawan² ku... jom follow!!! i folloooooooooooooooowwww!!

SAYANG KAMOO

iklan...

About This Blog

kepada pengintip² @ stalker² yang nak melawat blog aku stakat nak carik bahan GADUH, & BAHAN UMPATAN KORANG ADALAH DILARANG MEMBACA BLOG AKU!!!
AKU TAKKAN HALALKAN SETIAP PERKATAAN YANG KORANG AMEK & SAMPAIKAN KAT ORANG LAIN YANG ADA KAT DALAM BLOG AKU NI..
PESANAN INI ADALAH UNTUK ORANG YANG BERNIAT JAHAT TERHADAP AKU, MAHUPUN AHLI KELUARGANYA, KAWAN²NYA & BOS NYA.. TIDAK KETINGGALAN JUGA ORANG KAMPUNGNYA..

Monday, March 14, 2011

aku pulak yg kene... part 1...

salam uoollsss...
pagi td mood adalah tak brape memberangsangkan..
berikutan kejadian yg berlaku on saturday saturday afternoon...
terbawak² sampai ari senin nan indah ni...
sebelum tu, baca email bawah nieh....
email ni ita yg anta... ari selasa minggu lepas...

From: cute virus <cutevirus8@yahoo.com>
To: ppdpetaling@jpninselangor.gov.my; tabika@jpninselangor.gov.my; aduan@selangor.gov.my
Cc: azman@jpnin.gov.my; samuri@pcb.gov.my; sirec@pcb.gov.my; normz@pmo.gov.my
Sent: Tuesday, March 8, 2011 12:21:57
Subject: Fw: ADUAN : Tiada Guru Di Tabika Perpaduan Seksyen 24, Shah Alam.

Salam 1Malaysia.

Saya selaku ibu kepada salah seorang murid yang sedang belajar di Tabika Perpaduan Seksyen 24, Shah Alam ingin melahirkan rasa kesal saya kerana ketiadaan guru di tabika berkenaan.

Setelah masuk bulan yang ketiga sesi persekolahan, hanya seorang Pembantu Guru sahaja yang bertugas. Saya difahamkan terdapat 2 Tabika Perpaduan di Shah Alam yang diuruskan oleh seorang Pembantu Guru.
Saya bukannya mahu mempersoalkan kebolehan Pembantu Guru, tetapi dengan kapasiti murid seramai 20 orang dan hanya dijaga oleh seorang Pembantu Guru, bagaimanakah Pembantu Guru berkenaan mengawal keadaan jika berlaku kes-kes kecemasan?

Semalam (Isnin 07 Mac 2011) saya telah mengambil cuti dan saya telah ke tabika berkenaan untuk mengambil anak saya. Saya tiba 1/2 jam awal dari waktu persekolahan tamat. Apa yang mengejutkan saya ialah terdapat beberapa orang murid lelaki telah keluar dari kelas dan bermian di luar tanpa pengetahuan Pembantu Guru berkenaan. Nasib baik pada ketika itu, pintu pagar tabika berkunci.

Bagaimana jika berlaku kes serang murid tadika (http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/14/mstar_berita/20100313215742&sec=mstar_berita) berlaku lagi?

Dalam kes ini, saya tidak meletakkan kesalahan kepada Pembantu Guru berkenaan kerana manakan boleh seorang Pembantu Guru mampu menguruskan kelas dalam pada masa yang sama mengajar 20 orang murid.

Persoalan saya :-

    1. Bilakah Guru pengganti akan memulakan tugas mengajar di Tabika berkenaan?

    2. Mengapakah pertukaran Guru Tabika di buat pada saat-saat akhir sebelum penggal persekolahan bermula? (Saya dimaklumkan bahawa Guru Tabika sebelum ini telah di arah mengajar ke Tabika Perpaduan yang baru dibuka.)

    3. Mengapa JPNIN tidak membuat perancangan teliti sebelum membuka Tabika baru dan menguruskan perlantikan baru Guru Tabika sebelum penggal persekolahan bermula?

Saya mengharapkan respons dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.
-Ita-
Seksyen 24
Shah Alam.

pastu ari khamis ita dapat balasan email dari

From: Suraya Wen <suraya@jpnin.gov.my>
To: cutevirus8@yahoo.com
Cc: azman@jpnin.gov.my; Gandesan Letchumanan <gandesan@jpnin.gov.my>; Zulkifli Hashim <zulkifli@jpnin.gov.my>; Aduan (Korporat) <aduan@jpnin.gov.my>; Othman Saad <othman@jpnin.gov.my>; Ho Khek Hua <hokh@jpnin.gov.my>
Sent: Wednesday, March 9, 2011 12:56:00
Subject: Aduan-tiada guru di TP Seksyen 24, Shah Alam.


Salam Perpaduan,

Terlebih dahulu, Jabatan mengucapkan terima kasih atas aduan puan pada 8 Mac 2011mengenai ketiadaan guru di TP Seksyen 24, Shah Alam.  Untuk makluman puan,  ketiadaan guru di beberapa kelas tabika perpaduan adalah tertakluk kepada beberapa perkara yang berkaitan dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan kualiti guru di prasekolah.  Sebagai makluman, pengambilan guru baru agak lambat dijalankan ketika ini kerana berlaku perubahan skim perjawatan guru di semua agensi prasekolah kerajaan.  Oleh yang demikian, guru sedia ada di beberapa kelas dipindahkan ke kelas-kelas baru bagi mengisi kekosongan guru di kelas baru tersebut.  Pemindahan guru ini juga melibatkan Kelas TP Seksyen 4, Shah Alam.  Namun begitu, Peg. Perpaduan daerah petaling memaklumkan, kemasukan guru baru ke kelas tersebut akan berlaku pada 15 Mac 2011.  harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Suraya bt. Wen
Pen. Pengarah
Bahagian Pembangunan Komuniti
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Jabatan Perdana Menteri

Tel : 03-88837149
Fax : 03-88888569
 so, apa korang rasa yang terjadi lepas tu ek??
nak tau?? ita cite next n3...
 

7 si cute memberi komen:

[-suziey-] said...

hmm..payah la yek..lmbt disebabkan nk naiktaraf guru tp jgn smpai lama xde guur..

ita cutevirus said...

suziey,
tau takpe..

atty's said...

payah jugak nie..harap cepatlah ade cikgu nya kan..

ardinihumaira said...

sian kat budak2 nanti... uhu

mamalieyna said...

alahai sian bebudak..15mac esokla..apa jd lg ita..hu` suspen ..suspen..

Ena said...

camtu la pulak yeh!.. erm.. harap2 cepat la settle masalah tu..

ana said...

lama tu 15 mac...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SAYANG KAMOO