kawan² ku... jom follow!!! i folloooooooooooooooowwww!!

SAYANG KAMOO

iklan...

About This Blog

kepada pengintip² @ stalker² yang nak melawat blog aku stakat nak carik bahan GADUH, & BAHAN UMPATAN KORANG ADALAH DILARANG MEMBACA BLOG AKU!!!
AKU TAKKAN HALALKAN SETIAP PERKATAAN YANG KORANG AMEK & SAMPAIKAN KAT ORANG LAIN YANG ADA KAT DALAM BLOG AKU NI..
PESANAN INI ADALAH UNTUK ORANG YANG BERNIAT JAHAT TERHADAP AKU, MAHUPUN AHLI KELUARGANYA, KAWAN²NYA & BOS NYA.. TIDAK KETINGGALAN JUGA ORANG KAMPUNGNYA..

Thursday, March 17, 2011

apa itu IUI???

last weekend, ita jupe dgn seorang sahabat yang dah agak lama ita tak jumpa...
tak perlu la ita kasi tau sape die ek...
sebenarnyer die pick up ita sebab nak pegi melawat kawan kitorang yang baru je menimang cahaya mata yang pertama...
of coz la kan... ita suke sangat ngan baby skang neh.. ngeh ngeh ngeh...
sahabat ita tu dah lama die berumah tangga...
tapi belum ada rezeki... die ada cakap.. yg die skang ni tgh tunggu masa nak buat IUI..
serius.. ita tak penah denga.. yg ite penah denga ialah IVF...
die pon terangkan la.. IUI adalah prosedur sebelum IVF.. kalo IUI tak menjadi, berulah buat IVF...
ooooooooooo panjangnyer o ita..
so, ita saje je la google... jumpe plak info IUI kat sini.. 
so, sahabat i know u'll read my blog... good luck for the procedur...
aku harap prosedur IUI ko tu berjaya... all the best.. jgn give up tau...

IUI bermaksud ‘Intra Uterine Insemination’, satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus kedalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya kehamilan

Bagaimana IUI dibuat?

IUI sebenarnya adalah prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk di buat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.
Bila dan dimana sperma akan di kumpul?
Sperma boleh dikumpulkan dirumah sekiranya rumah anda dekat dengan klinik anda. Botol steril akan diberikan dimana air mani akan dikumpulkan selepas ejakulasi. Untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke klinik dalam masa 1/2 jam selepas ejakulasi. Sekiranya rumah anda jauh dari klinik anda, koleksi air mani akan dibuat diklinik.

Adakah sperma perlu di ‘cuci’ sebelum IUI?

Ya! “Sperm Washing’ perlu dibuat sebelum IUI. Ia mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sehaja ia dicuci, IUI akan dilakukan.

Adakah IUI dibuat sebelum atau selepas saya bertelur (ovulasi)?

Selalunya doktor akan membuat IUI disaat-saat ovulasi akan berlaku iaitu 24-36 jam selepas injeksi HCG, iaitu ubat yang bertanggung jawap untuk ovulasi berlaku. Jadi secara umumnya, IUI dibuat 6 jam sebelum ovulasi kerana sperma sebenarnya tidak tahan lama.
Ada juga doktor yang memilih untuk membuat 2 IUI dalam satu kitaran, dalam kes ini, IUI selalunya akan dibuat 12-48 jam selepas injeksi HCG dengan IUI sekurang-kurangnya 12 jam diantaranya.

Adakah jumlah sperma penting IUI?

Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk IUI. Sekiranya jumlahnya lebih rendah, peluang kejayaan juga rendah. Secara umumnya, 20 juta keatas adalah ideal untuk IUI.

Adakah IUI menyakitkan?

Ia tidaklah menyakitkan tetapi anda mungkin merasa sedikit rasa tidak selesa semasa kateter dimasukkan kedalam rahim dan ketidak-selesaan ini lebih kurang sama dengan ketidak-selesaan semasa menjalani ujian PAP.

Adakah saya akan hamil selepas IUI pertama kali?

Seperti juga persenyawaan melalui tabung uji, beberapa kitaran IUI diperlukan sebelum anda berjaya hamil. Ada doktor yang menyarankan dua kali IUI dalam satu kitaran untuk meninggikan peluang hamil. Sekiranya kehamilan tidak berjaya selepas beberapa kali mencuba, mungkin doktor akan menyarankan IVF atau Persenyawaan melalui Tabung Uji.

Bagaimana dengan kadar kejayaan IUI?

IUI secara semulajadi iaitu tanpa pengunaan ubat selalu mempunyai kadar kejayaan yang kecil iaitu 6%. Tetapi sekiranya mengunakan ubat dan injeksi ditambah dengan kehadiran folikel yang berganda, kadar kejayaan boleh mencapai 30%. Jumlah sperma juga boleh menjadi penentu. Sperma yang kurang kualiti memberikan kadar kehamilan yang lebih rendah.Secara keseluruhan, kadar kejayaan untuk satu kali cuba adalah diantara 15-20%.

Berapa cepat selepas IUI saya boleh mengambil ujian untuk kehamilan?

Disarankan untuk anda menunggu satu minggu selepas anda ‘missed period’ sebelum membuat ujian kehamilan.

Adakah sebarang risiko berkaitan dengan IUI?

IUI adalah prosedur fertiliti yang kurang memberikan tekanan kepada wanita kerana ia agak ringkas. Walabagaimanapun, ia juga mempunyai beberapa risiko termasuk sakit perut, pendarahan dan ‘spotting’, semasa atau selepas prosedur. Terdapat juga risiko untuk mendapat penyakit kelamin sekiranya suami ada adalah pembawa kuman tersebut. Penggunaan ubatan IUI juga boleh membawa risiko seperti kehamilan kembar, triplets, atau ovarian hyperstimulation syndrome, tetapi dengan pantauan doktor yang rapi,risiko sebegini kurang terjadi.

Apakah kos untuk setiap ujian IUI?

Kos IUI adalah berbeza dari klinik ke klinik dan ia juga bergantung kepada jenis ubatan yang diberikan sebelum IUI dibuat. Tetapi umumnya ia adalah diantara RM 550-800 tidak termasuk kos ubatan.
p/s :- auto publish... kursus abes ari ni... kangen sama anak² huhuhuuh..

3 si cute memberi komen:

ardinihumaira said...

wah.. baru tahu ada kaedah ni..

Ena said...

terkejut gak tadikk ingta ita ker yg buat IUI ni.. ena tau gak pasal ni sbb kawan opis ena ada buat sebelum ni.. tp tu la lom rezeki dier lagi..

Sidratul Muntaha said...

IUI ni aku lama dah thu..
ni buat ble si laki dia punya sperm tak leh pancut jauh..
tpi bend ani tak payahlah ko nak pening2..
rezeki dari DIA sebenarnya..
ko yakin.insyaa Allah.
ko putus asa..
selagi itu ler DIA tak bgi.
tpi all the best tuk kawan ita tu sbb bukan ape.
ade member buat smpai 5 6 kali
last2 takmo buat sebab tak jdi jer.
ade rezeki tuk kwn ita ut,amin.
insyaa Allah.
mudah - mudahan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SAYANG KAMOO