kawan² ku... jom follow!!! i folloooooooooooooooowwww!!

SAYANG KAMOO

iklan...

About This Blog

kepada pengintip² @ stalker² yang nak melawat blog aku stakat nak carik bahan GADUH, & BAHAN UMPATAN KORANG ADALAH DILARANG MEMBACA BLOG AKU!!!
AKU TAKKAN HALALKAN SETIAP PERKATAAN YANG KORANG AMEK & SAMPAIKAN KAT ORANG LAIN YANG ADA KAT DALAM BLOG AKU NI..
PESANAN INI ADALAH UNTUK ORANG YANG BERNIAT JAHAT TERHADAP AKU, MAHUPUN AHLI KELUARGANYA, KAWAN²NYA & BOS NYA.. TIDAK KETINGGALAN JUGA ORANG KAMPUNGNYA..

Friday, March 25, 2011

15 Mac 2011 hingga 19 Mac 2011… part 2

okeh… jom kite sambung balik n3 petang smlm… cite² tertunggak minggu lepas…

SANGAT SEMPIT… boleh muat 2 bijik katil double decker yg single & 1 almari 2 pintu… dan hanya ada 1 lorong kecik utk ke bilik air… can u imagine???? sebagai contoh, kalo ita dah berdiri kat lorong tu, ayu nak lalu, makanyer kitorang berdua kene jalan cam ketam.. tapi, vontot still akan berlaga dengan hebatnyer… kalo saiz ala² ena pon, kene jalan cam ketam gak… tapi, insya Allah vontot tak berlaga ehehehhee… nak solat apatah lagi… sempit… kalo la org tu tingginyer 6feet dah sah² kepala die akan terhantuk kat besi katil sebab kiblatnyer senget…

itu perenggan last dalam n3 petang smlm…

tapi ita bersyukur la di beri bilik jugak walaupun ala² dorm.. kang kalo banyak komplen, die kasi khemah suh pasang sendrik naya je… hikhikhikhik….

masuk bilik time tu dekat kol 3 dah… pas solat, ita pon ambik kesempatan utk restkan mata… kol 4, ada orang gegor bilik… diorang suh minum petang… dengan lemah gemalai ita & roomate pon bersiap… dalam kol 4.30 kitorang gi makan… bla bla bla… kol 5 kitorang masuk kelas… kebetulah ada sorang member ita ni masuk bilik balik.. die nak solat asar…

masuk je dalam kelas, penceramah tu dah start buat muke ketat… ok fine!!! pastu siap tanye mane sorang lagik… bile cakap die gi solat, ade ke penceramah tu leh cakap “lamanyer solat… zikir panjang sangat ke???” eh?? sape ko nak persoal tentang solat orang… tapi, mungkin jugak salah budak tu… sebabnyer budak tu pergerakan die sangat lemah gemalai… pompuan la katekan… nak pakai krim lagik… nak pakai bedak lagik… nak pakai lipstik lagi… tu belum tang nak sarung tudung…

kalo die lebih kurang sama spesis cam ita yang sempoi² ni tak pe lagik… die plak jenis yg suke pakai tudung bawal tu… aduh mak ai…. memang masak… penceramah tu suh ita panggil die… kelam kabut budak tu pakai tudung.. kesian budak tu…

gambar kat bawah tu adalah benda² yg ita dapat… satu set nota kursus, sebatang pensel, 1 name tag, selai kertas A4 & sekeping buku aturcara….

NOTA KURSUSpetang tu kitorang belajar tentang PENGENALAN KURSUS & ICEBREAKING (PEMBETUKAN KUMPULAN)… sebelum pembentukan kumpulan, 4 sure la kan mesti la ade pemilihan penghulu & penghuluwati…. ita hampir² dicalonkan sebagai penghuluwati… sebabnyer ita ade denga 2-3 orang budak pompuan dok bincang² sape nak jadik penghuluwati… tetiba denga nama ita disebut²… dengan pantas ita trus angkat tgn dan calonkan orang laen… penceramah tu pulak terus je setuju.. alasannya pompuan sikit… tak payah nak calom bebanyak… selamat akuu… huhuhuuhuh…

jumlah peserta lebih kurang 23 orang… ada 9 pompuan dan 14 lelaki… kitorang dibahagikan kepada 4 kumpulan…. 3 kumpulan 6 orang dan 1 kumpulan 5 orang… kumpulan² tu mesti ada nama.. kitorang kene letak nama suku kaum orang asli pada nama kumpulan kitorang…

  1. mahmeri – 5 orang (2 pompuan 3 lelaki)
  2. jakun – 6 orang (2 pompuan 4 lelaki)
  3. temuan – 6 orang (2 pompuan 4 lelaki)
  4. senoi – 6 orang (3 pompuan 3 lelaki) – ita masuk dalam kumpulan ni laaaa…

kat bawah ni logo kumpulan kitorang… walaupun 1Malaysia tak boleh digunapakai di selangor, tapi, kitorang tetap amek no 1 sebagai logo kumpulan kitorang… cun tak… satu tu kitorang sebut sebagai SE.. dan tambah NOI utk rujuk kpd kumpulan SENOI.. ehehehhehehe…

20110317

sorry la ek… gambar kurang cantik.. almaklum ajelah… pakai henpon… malas nak bawak camera masuk utan… kehkehkehkeh…. ok la… nanti ita sambung lagik eks…. nak sarapan jap… ehehehhe… ada banyak part lagik nie….

Thursday, March 24, 2011

15 Mac 2011 hingga 19 Mac 2011… part 1

uhuk.. uhukk…eh.. eh… terbatuk la pulak….. skang ni ita tengah batuk².. sakit tekak..
perit weiii… sebenarnyer banyak benda ita nak stori ni…
pasal team building… pasal kenduri… pasal family day…
sumenyer berlaku minggu lepas…
kirenyer aktiviti ita minggu lepas sangat full…

meh ita cite dari ari selasa yakni 15 Mac 2011….
ari selasa ita bertolak dari opis lebih kurang kol 12pm…
naik bas jabatan… harus la kan… takkan nak drive sendrik…
lokasinyer kat sungai semungkis batu 14 1/2 hulu langat.. nak cite pon tak tau kat mane…
tapi, nama tempatnyer agrotek garden… dalam kul 1 lebih, bas berhenti kat batu 14… dah nak dekat ngan tempat tu…
stop lunch kejap… lupe plak apa nama gerai ayam tu… rasanya cam GERAI NASI AYAM ANEKA RASA… Sedap la nasi ayam nyer…

pas tu, kitorang trus ke resort tu… tak jauh pon.. tak sampai 1/2 jam.. sampai² je, tgk kete penuh kat entrance resort tu… nak ke resort, kitorang kene turun bukit lebih kurang 45 darjah… tak jauh laa.. tak sampai 50meter pon…

tapi, darjah kecerunan tu yg agak mencabar… memang betul² team building ni.. memang lasak sangat…. yang ramai² umat kat situ sebabnyer ada sekumpulan bebudak baru abes summer camp… ye la.. cuti skolah kan… harus la ade summer kem…

di celah² bebudak yang ramai tu, kitorang ni terpinga²… name opis resort ni?? nampak bilik jer… nampak sungai… tak nampak reception… di celah² meja restoran, ada satu opis kecik.. laaaa… kat situ rupenyer.. sebenarnyer team building ni kitorang dah lantik konsultan… sepatutnyer diorang kene layan kitorang check in.. diorang yg kene uruskan sume.. MALANGnyer… batang idung konsultan pon tak nampak…

hhrrrmmm… nampak gayanyer kene band la konsultan tu nanti.. ehehehheheheh… kan dah terkene ngan org yg kuat komplen… lepas kredit ita dah abes RM10 utk call sane dan sini, maka kitorang pon, masuk lah bilik… BILIK ADALAH FAIL ye puan²…. SANGAT FAIL… mungkin sebab bilik yang dijanjikan dah penuh, kitorang dapat bilik ala² dorm.. BOLEH???!! saya sudah patah semangat…

SANGAT SEMPIT… boleh muat 2 bijik katil double decker yg single & 1 almari 2 pintu… dan hanya ada 1 lorong kecik utk ke bilik air… can u imagine???? sebagai contoh, kalo ita dah berdiri kat lorong tu, ayu nak lalu, makanyer kitorang berdua kene jalan cam ketam.. tapi, vontot still akan berlaga dengan hebatnyer… kalo saiz ala² ena pon, kene jalan cam ketam gak… tapi, insya Allah vontot tak berlaga ehehehhee… nak solat apatah lagi… sempit… kalo la org tu tingginyer 6feet dah sah² kepala die akan terhantuk kat besi katil sebab kiblatnyer senget…

hadoih…ok lah.. dah nak balik… 4.30 ni… sambung esok pagi la pulak ek…babai..

hahahahahahahhaa...

nape ita gelak pepagi ni??
sebab ita ngah bengong....
sebab apa ita bengong,]????
sebab ita tak leh apdet blog..
sebab apa tak leh apdet blog??
sebab keje berlambak...
sebab apa keje berlambak??
sebab last week seminggu ita takde kat opis...
sebab ape ita seminggu takde kat opis???
sebab pegi teambuilding & mc....

Monday, March 21, 2011

bersiaran langsung dr dwn jubli perak...

morning uolls...
Ita skang ni kt dwn jubli perak. Ada phimpunan pagi...
Ada makan free jugak... Kehkehkeh... Nnt kalo da blk opis, ita roger2 ek.. Byk stori nk cite ngan korg ni...


Update thru henpon tau...

Thursday, March 17, 2011

apa itu IUI???

last weekend, ita jupe dgn seorang sahabat yang dah agak lama ita tak jumpa...
tak perlu la ita kasi tau sape die ek...
sebenarnyer die pick up ita sebab nak pegi melawat kawan kitorang yang baru je menimang cahaya mata yang pertama...
of coz la kan... ita suke sangat ngan baby skang neh.. ngeh ngeh ngeh...
sahabat ita tu dah lama die berumah tangga...
tapi belum ada rezeki... die ada cakap.. yg die skang ni tgh tunggu masa nak buat IUI..
serius.. ita tak penah denga.. yg ite penah denga ialah IVF...
die pon terangkan la.. IUI adalah prosedur sebelum IVF.. kalo IUI tak menjadi, berulah buat IVF...
ooooooooooo panjangnyer o ita..
so, ita saje je la google... jumpe plak info IUI kat sini.. 
so, sahabat i know u'll read my blog... good luck for the procedur...
aku harap prosedur IUI ko tu berjaya... all the best.. jgn give up tau...

IUI bermaksud ‘Intra Uterine Insemination’, satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus kedalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya kehamilan

Bagaimana IUI dibuat?

IUI sebenarnya adalah prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk di buat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.
Bila dan dimana sperma akan di kumpul?
Sperma boleh dikumpulkan dirumah sekiranya rumah anda dekat dengan klinik anda. Botol steril akan diberikan dimana air mani akan dikumpulkan selepas ejakulasi. Untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke klinik dalam masa 1/2 jam selepas ejakulasi. Sekiranya rumah anda jauh dari klinik anda, koleksi air mani akan dibuat diklinik.

Adakah sperma perlu di ‘cuci’ sebelum IUI?

Ya! “Sperm Washing’ perlu dibuat sebelum IUI. Ia mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sehaja ia dicuci, IUI akan dilakukan.

Adakah IUI dibuat sebelum atau selepas saya bertelur (ovulasi)?

Selalunya doktor akan membuat IUI disaat-saat ovulasi akan berlaku iaitu 24-36 jam selepas injeksi HCG, iaitu ubat yang bertanggung jawap untuk ovulasi berlaku. Jadi secara umumnya, IUI dibuat 6 jam sebelum ovulasi kerana sperma sebenarnya tidak tahan lama.
Ada juga doktor yang memilih untuk membuat 2 IUI dalam satu kitaran, dalam kes ini, IUI selalunya akan dibuat 12-48 jam selepas injeksi HCG dengan IUI sekurang-kurangnya 12 jam diantaranya.

Adakah jumlah sperma penting IUI?

Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk IUI. Sekiranya jumlahnya lebih rendah, peluang kejayaan juga rendah. Secara umumnya, 20 juta keatas adalah ideal untuk IUI.

Adakah IUI menyakitkan?

Ia tidaklah menyakitkan tetapi anda mungkin merasa sedikit rasa tidak selesa semasa kateter dimasukkan kedalam rahim dan ketidak-selesaan ini lebih kurang sama dengan ketidak-selesaan semasa menjalani ujian PAP.

Adakah saya akan hamil selepas IUI pertama kali?

Seperti juga persenyawaan melalui tabung uji, beberapa kitaran IUI diperlukan sebelum anda berjaya hamil. Ada doktor yang menyarankan dua kali IUI dalam satu kitaran untuk meninggikan peluang hamil. Sekiranya kehamilan tidak berjaya selepas beberapa kali mencuba, mungkin doktor akan menyarankan IVF atau Persenyawaan melalui Tabung Uji.

Bagaimana dengan kadar kejayaan IUI?

IUI secara semulajadi iaitu tanpa pengunaan ubat selalu mempunyai kadar kejayaan yang kecil iaitu 6%. Tetapi sekiranya mengunakan ubat dan injeksi ditambah dengan kehadiran folikel yang berganda, kadar kejayaan boleh mencapai 30%. Jumlah sperma juga boleh menjadi penentu. Sperma yang kurang kualiti memberikan kadar kehamilan yang lebih rendah.Secara keseluruhan, kadar kejayaan untuk satu kali cuba adalah diantara 15-20%.

Berapa cepat selepas IUI saya boleh mengambil ujian untuk kehamilan?

Disarankan untuk anda menunggu satu minggu selepas anda ‘missed period’ sebelum membuat ujian kehamilan.

Adakah sebarang risiko berkaitan dengan IUI?

IUI adalah prosedur fertiliti yang kurang memberikan tekanan kepada wanita kerana ia agak ringkas. Walabagaimanapun, ia juga mempunyai beberapa risiko termasuk sakit perut, pendarahan dan ‘spotting’, semasa atau selepas prosedur. Terdapat juga risiko untuk mendapat penyakit kelamin sekiranya suami ada adalah pembawa kuman tersebut. Penggunaan ubatan IUI juga boleh membawa risiko seperti kehamilan kembar, triplets, atau ovarian hyperstimulation syndrome, tetapi dengan pantauan doktor yang rapi,risiko sebegini kurang terjadi.

Apakah kos untuk setiap ujian IUI?

Kos IUI adalah berbeza dari klinik ke klinik dan ia juga bergantung kepada jenis ubatan yang diberikan sebelum IUI dibuat. Tetapi umumnya ia adalah diantara RM 550-800 tidak termasuk kos ubatan.
p/s :- auto publish... kursus abes ari ni... kangen sama anak² huhuhuuh..

Wednesday, March 16, 2011

Adakah Anak Kita Tahu, Kenapa Mereka Perlu Pergi ke Sekolah?

menarik..sangat menarik.. ita terbaca n3 ummu solihin
bagus jugak n3 tu...
meh ita petik sikit ulasan ummu solihin


Anak-anak kita perlu tahu SEBAB SEBENAR, mengapa mereka perlu pergi ke sekolah. Seandainya mereka tidak tahu perkara yang sebenar, maka akan timbullah, jawapan-jawapan seperti ini. Semua jawapan di atas bukanlah sebab sebenar mengapa anak kita perlu ke sekolah. Dan semua alasan-alasan seumpama ini, tidak akan menimbulkan keseronokan kepada anak-anak kita, mengapa mereka perlu terus bersekolah dan mengapa mereka perlu terus belajar.
Sekiranya mereka tahu sebab sebenar, mengapa mereka perlu ke sekolah, mengapa mereka kena belajar, mengapa mereka perlu menuntut ilmu..Apakah ganjaran yang akan mereka perolehi jika mereka pergi ke sekolah..InsyaAllah, semangat mereka akan berkobar-kobar untuk ke sekolah. Mereka akan suka dan seronok untuk belajar. Bukan sahaja di sekolah, tetapi di mana-mana sahaja. Mereka akan terus belajar dan belajar, sampai ke akhir hayat mereka. Kerana mereka menghargai nilai ilmu. Kerana mereka tahu ganjaran untuk orang yang bersusah payah menuntut ilmu.
Namun persoalannya,
Apakah sebab sebenar anak kita perlu ke sekolah?
Dan apakah ganjaran yang akan mereka dapat sekiranya mereka pergi ke sekolah?
Saya buka soalan ini kepada sahabat-sahabat. Mari kita berkongsi ilmu dan pendapat tentang topik ini. Tinggalkan komen bernas anda di bahagian komen, samada di blog atau di FB. Jawapan sahabat-sahabat  sangat membantu ibubapa yang lain. Mari kita sama-sama muhasabah diri untuk menjadi ibubapa yang dikehendaki oleh Allah swt.

adakah izzah tau sebab sebenar die kenapa die kene pegi skolah???

p/s: auto publish

Tuesday, March 15, 2011

aku pulak yg kene... part 2...

rentetan dari n3 yang lepas, ita nak story sambungannya...
ari sabtu lepas, lepas ita balik dari kenduri kat batu caves, ita dapat call dari pembantu guru tabika tu...
die marah²...
aduhai.... sakit hati rasanya bile denga die marah...
die cakap, ita ni memandai² buat komplen..
katenyer kredibiliti die sbg guru terjejas...
die cakap jugak, kalo ada masalah, jgn terus bawak ke federal @ state...
berhubung dgn die guru...
ok fine!! aku pulak yang jadik mangsa...
niat ati aku nak tolong die.. nak percepatkan proses pengambilan guru sekaligus leh la ringankan beban die..
yang die plak leh plak sound² aku... hangen jugak badan aku....
pembantu guru tu cakap, die kene bambu ngan district...
4 sure la district kene bambu ngan federal @ state kan???
sememangnya bagus jugak district tu kene bambu... staffnyer LEMBAP NAK MAMPOS!!!
dah la langsung tak bagi apa² update kat parents.. buat keje terhegeh²...
email yg aku kasi tu kat state ngan kat district... cc kat federal...
tapi, yang balas federal...
APA KE JADAH NYER WEI!!! sah² la nampak sangat district tu lembap buat keje... aku serius tgh hangin skang ni...
die cakap die kene marah sebab biarkan budak² tu keluar....
HELL-LO!!!! dah terang² kat email tu aku cakap aku tak salah kan guru...
ni yang buat aku bengang ni...
tp, by phone ita takde la melenting cam ni..
kene la hormat die as a teacher.. lagi² cikgu izzah plak tu....
ita siap cakap lagi...
kalo die tak puas ati, nanti ita print email & kasi kat die...
smlm petang ita kasi email tu... cikgu tu pun takde call sampai skang...
hubby suh mintak maaf kat cikgu tu...
tp, ita malas... boleh??? ita tak cakap ape pon...
just hulur sampul surat yg ada email tu kat cucu die & terus pegi...
hajat hati nak call district... tp, lom ada masa...
sat g plak nak gi agrotek ada team building sampai ari khamis....
ari sabtu plak ada family day kat wet world shah alam
tunggu la minggu depan.. tau la nasib district camne..
nak aje aku hamun kan....


p/s: auto publish... ita da otw ke agrotek...

Monday, March 14, 2011

aku pulak yg kene... part 1...

salam uoollsss...
pagi td mood adalah tak brape memberangsangkan..
berikutan kejadian yg berlaku on saturday saturday afternoon...
terbawak² sampai ari senin nan indah ni...
sebelum tu, baca email bawah nieh....
email ni ita yg anta... ari selasa minggu lepas...

From: cute virus <cutevirus8@yahoo.com>
To: ppdpetaling@jpninselangor.gov.my; tabika@jpninselangor.gov.my; aduan@selangor.gov.my
Cc: azman@jpnin.gov.my; samuri@pcb.gov.my; sirec@pcb.gov.my; normz@pmo.gov.my
Sent: Tuesday, March 8, 2011 12:21:57
Subject: Fw: ADUAN : Tiada Guru Di Tabika Perpaduan Seksyen 24, Shah Alam.

Salam 1Malaysia.

Saya selaku ibu kepada salah seorang murid yang sedang belajar di Tabika Perpaduan Seksyen 24, Shah Alam ingin melahirkan rasa kesal saya kerana ketiadaan guru di tabika berkenaan.

Setelah masuk bulan yang ketiga sesi persekolahan, hanya seorang Pembantu Guru sahaja yang bertugas. Saya difahamkan terdapat 2 Tabika Perpaduan di Shah Alam yang diuruskan oleh seorang Pembantu Guru.
Saya bukannya mahu mempersoalkan kebolehan Pembantu Guru, tetapi dengan kapasiti murid seramai 20 orang dan hanya dijaga oleh seorang Pembantu Guru, bagaimanakah Pembantu Guru berkenaan mengawal keadaan jika berlaku kes-kes kecemasan?

Semalam (Isnin 07 Mac 2011) saya telah mengambil cuti dan saya telah ke tabika berkenaan untuk mengambil anak saya. Saya tiba 1/2 jam awal dari waktu persekolahan tamat. Apa yang mengejutkan saya ialah terdapat beberapa orang murid lelaki telah keluar dari kelas dan bermian di luar tanpa pengetahuan Pembantu Guru berkenaan. Nasib baik pada ketika itu, pintu pagar tabika berkunci.

Bagaimana jika berlaku kes serang murid tadika (http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/14/mstar_berita/20100313215742&sec=mstar_berita) berlaku lagi?

Dalam kes ini, saya tidak meletakkan kesalahan kepada Pembantu Guru berkenaan kerana manakan boleh seorang Pembantu Guru mampu menguruskan kelas dalam pada masa yang sama mengajar 20 orang murid.

Persoalan saya :-

    1. Bilakah Guru pengganti akan memulakan tugas mengajar di Tabika berkenaan?

    2. Mengapakah pertukaran Guru Tabika di buat pada saat-saat akhir sebelum penggal persekolahan bermula? (Saya dimaklumkan bahawa Guru Tabika sebelum ini telah di arah mengajar ke Tabika Perpaduan yang baru dibuka.)

    3. Mengapa JPNIN tidak membuat perancangan teliti sebelum membuka Tabika baru dan menguruskan perlantikan baru Guru Tabika sebelum penggal persekolahan bermula?

Saya mengharapkan respons dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.
-Ita-
Seksyen 24
Shah Alam.

pastu ari khamis ita dapat balasan email dari

From: Suraya Wen <suraya@jpnin.gov.my>
To: cutevirus8@yahoo.com
Cc: azman@jpnin.gov.my; Gandesan Letchumanan <gandesan@jpnin.gov.my>; Zulkifli Hashim <zulkifli@jpnin.gov.my>; Aduan (Korporat) <aduan@jpnin.gov.my>; Othman Saad <othman@jpnin.gov.my>; Ho Khek Hua <hokh@jpnin.gov.my>
Sent: Wednesday, March 9, 2011 12:56:00
Subject: Aduan-tiada guru di TP Seksyen 24, Shah Alam.


Salam Perpaduan,

Terlebih dahulu, Jabatan mengucapkan terima kasih atas aduan puan pada 8 Mac 2011mengenai ketiadaan guru di TP Seksyen 24, Shah Alam.  Untuk makluman puan,  ketiadaan guru di beberapa kelas tabika perpaduan adalah tertakluk kepada beberapa perkara yang berkaitan dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan kualiti guru di prasekolah.  Sebagai makluman, pengambilan guru baru agak lambat dijalankan ketika ini kerana berlaku perubahan skim perjawatan guru di semua agensi prasekolah kerajaan.  Oleh yang demikian, guru sedia ada di beberapa kelas dipindahkan ke kelas-kelas baru bagi mengisi kekosongan guru di kelas baru tersebut.  Pemindahan guru ini juga melibatkan Kelas TP Seksyen 4, Shah Alam.  Namun begitu, Peg. Perpaduan daerah petaling memaklumkan, kemasukan guru baru ke kelas tersebut akan berlaku pada 15 Mac 2011.  harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Suraya bt. Wen
Pen. Pengarah
Bahagian Pembangunan Komuniti
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Jabatan Perdana Menteri

Tel : 03-88837149
Fax : 03-88888569
 so, apa korang rasa yang terjadi lepas tu ek??
nak tau?? ita cite next n3...
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SAYANG KAMOO