kawan² ku... jom follow!!! i folloooooooooooooooowwww!!

SAYANG KAMOO

iklan...

About This Blog

kepada pengintip² @ stalker² yang nak melawat blog aku stakat nak carik bahan GADUH, & BAHAN UMPATAN KORANG ADALAH DILARANG MEMBACA BLOG AKU!!!
AKU TAKKAN HALALKAN SETIAP PERKATAAN YANG KORANG AMEK & SAMPAIKAN KAT ORANG LAIN YANG ADA KAT DALAM BLOG AKU NI..
PESANAN INI ADALAH UNTUK ORANG YANG BERNIAT JAHAT TERHADAP AKU, MAHUPUN AHLI KELUARGANYA, KAWAN²NYA & BOS NYA.. TIDAK KETINGGALAN JUGA ORANG KAMPUNGNYA..
Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Friday, May 20, 2011

aku = multitasking??

dah petang baru mau bikin n3.. tajuk tak hengat

pejam celik pejam celik ita dah keje kat dept baru ni dah masuk 10 bulan… baru 10 bulan…

tapi kan ita pelik gak la… ramai yg refer kat ada certain² perkara.. contohnyer…

  1. toner mesin fotostat & mesin faks abes
  2. paper kat mesin faks & mesin fotostat abes
  3. suh tunjuk cara² nak fotostat & nak faks
  4. pasal catrij baru kat printer
  5. paper stuck kat mesin fotostat, faks & printer
  6. macam² lagi laaa…

yang paling peliknyer yang refer kat ita tu bukan staff baru… staff yg dah lama service kat dept ni… camne tu???

sebenarnyer ita leh je tolak keje² sume tu… sebabnyer benda² tu sume ada org lain yg jaga.. dalam erti kata lain dept lain punyer kerja… nape plak ita kat admin nak kene wat kan???

tapi, ita ni tak reti nak menolak kalo org dah mintak tolong.. layankan jela… kalo ita tak bz, ita tolong mana yang mampus..

at the same time, ita pelik… diorang ni da keje lama kat sini.. nape tak de inisiatif  nak blaja benda² basic cam tu?? benda² simple je.. tak payah la nak mintak tolong orang lain kan??

Monday, May 16, 2011

aku tau…. tapi itu….

aku tau aku  tak sekaya kau

aku tau gaji aku tak setinggi gaji kau

aku tau suami aku tak sehebat suami kau

aku tau rumah aku tak secantik rumah kau

aku tau anak² aku tak secerdik anak² kau…

tapi itu…

tak bermakna kau boleh memperlekehkan aku

tak bermakna kau boleh mempersendakan suami aku

tak bermakna kau boleh mengherdik anak² aku…

kau tak berhak… KAU TAK BERHAK!!!!

 

“kakak, kan mak dah cakap, jangan.. kenapa kakak buat?” marah mak kepada anaknya…

“kakak cume nak kawan dengan diorang je mak..” jawab anaknya dengan jujur

“kakak, kakak kene sedar… diorang kaya kakak.. banyak duit… kita???” soal emak dgn nada sebak..

“kita tak banyak duit..” suara anak sudah mula tenggelam timbul

“rumah diorang cantik tak?”

“cantik…”

“rumah kita??” berjurai air mata si emak..

“buruk” saat ini emak dan anak sudah mula menangis…

“diorang ada kereta kakak.. kereta diorang besar… kita ada kereta tak??

“takda..”

“kalau kakak sayangkan emak, tolong lah kakak… jangan la kawan dengan diorang… mak diorang tak suka kakak… kita orang miskin, rumah kite kecil,, rumah kita buruk, kita tak da kereta… kakak dah tak sayangkan mak ke??”

“kita sayang emak… tapi, kita nak kawan dgn diorang..”

“kalau betul kakak nak kawan dengan diorang, kakak blaja pandai².. bile kakak dah besar, kakak keje bagus².. simpan duit banyak².. beli rumah & kereta yang besar dan cantik.. tunjuk kat diorang yang kakak pun boleh kaya macam diorang… boleh tak?

“boleh mak.. insya Allah…”

 

teringat n3 terharu ayu. ita rasa sangat touching.. cite kat atas adalah pengalaman seseorang yang ita kenal…

kadang² ita terfikir… kenapa mesti ada antara 2 darjat? walaupun dalam keluarga… mesti terjadi benda ni… si adik yang hidup susah sentiasa menjadi bahan sindiran oleh kakak @ abang yang hidup senang.. malah anak² si adik turut menjadi mangsa.. menjadi mangsa buli oleh sepupu²nya…. paling sedih sekali, mak & ayahnyer pon turut memperlekehkan kehidupan anaknya yang serba kekurangan…

kesian kan?

Monday, April 4, 2011

minggu yang sangat sukar..

minggu lepas minggu yang sungguh mencabar & sukar…

dengan kesihatan ita yang kurang memberangsangkan…

minggu lepas ita hanya kerja selama 4 jam aje..

huhuhuhuh….

hari senin cuti sebab tak brape nak sihat…

hari selasa half day.. sebab gi klinik…

hari rabu dapat mc…. dan hari rabu jugaklah ayah ita masuk wad….

start ari rabu jugak la mak berkampung kat Salam Medical Centre Seksyen 19, Shah Alam…

ari Khamis & ari Jumaat ita jadik baby sitter…

ari ni & esok kakak ita jadik baby sitter…

ari rabu ita kene cuti lagik….

doakan ayah ita cepat sembuh ye korang20110330_003 20110330_002

Thursday, March 24, 2011

15 Mac 2011 hingga 19 Mac 2011… part 1

uhuk.. uhukk…eh.. eh… terbatuk la pulak….. skang ni ita tengah batuk².. sakit tekak..
perit weiii… sebenarnyer banyak benda ita nak stori ni…
pasal team building… pasal kenduri… pasal family day…
sumenyer berlaku minggu lepas…
kirenyer aktiviti ita minggu lepas sangat full…

meh ita cite dari ari selasa yakni 15 Mac 2011….
ari selasa ita bertolak dari opis lebih kurang kol 12pm…
naik bas jabatan… harus la kan… takkan nak drive sendrik…
lokasinyer kat sungai semungkis batu 14 1/2 hulu langat.. nak cite pon tak tau kat mane…
tapi, nama tempatnyer agrotek garden… dalam kul 1 lebih, bas berhenti kat batu 14… dah nak dekat ngan tempat tu…
stop lunch kejap… lupe plak apa nama gerai ayam tu… rasanya cam GERAI NASI AYAM ANEKA RASA… Sedap la nasi ayam nyer…

pas tu, kitorang trus ke resort tu… tak jauh pon.. tak sampai 1/2 jam.. sampai² je, tgk kete penuh kat entrance resort tu… nak ke resort, kitorang kene turun bukit lebih kurang 45 darjah… tak jauh laa.. tak sampai 50meter pon…

tapi, darjah kecerunan tu yg agak mencabar… memang betul² team building ni.. memang lasak sangat…. yang ramai² umat kat situ sebabnyer ada sekumpulan bebudak baru abes summer camp… ye la.. cuti skolah kan… harus la ade summer kem…

di celah² bebudak yang ramai tu, kitorang ni terpinga²… name opis resort ni?? nampak bilik jer… nampak sungai… tak nampak reception… di celah² meja restoran, ada satu opis kecik.. laaaa… kat situ rupenyer.. sebenarnyer team building ni kitorang dah lantik konsultan… sepatutnyer diorang kene layan kitorang check in.. diorang yg kene uruskan sume.. MALANGnyer… batang idung konsultan pon tak nampak…

hhrrrmmm… nampak gayanyer kene band la konsultan tu nanti.. ehehehheheheh… kan dah terkene ngan org yg kuat komplen… lepas kredit ita dah abes RM10 utk call sane dan sini, maka kitorang pon, masuk lah bilik… BILIK ADALAH FAIL ye puan²…. SANGAT FAIL… mungkin sebab bilik yang dijanjikan dah penuh, kitorang dapat bilik ala² dorm.. BOLEH???!! saya sudah patah semangat…

SANGAT SEMPIT… boleh muat 2 bijik katil double decker yg single & 1 almari 2 pintu… dan hanya ada 1 lorong kecik utk ke bilik air… can u imagine???? sebagai contoh, kalo ita dah berdiri kat lorong tu, ayu nak lalu, makanyer kitorang berdua kene jalan cam ketam.. tapi, vontot still akan berlaga dengan hebatnyer… kalo saiz ala² ena pon, kene jalan cam ketam gak… tapi, insya Allah vontot tak berlaga ehehehhee… nak solat apatah lagi… sempit… kalo la org tu tingginyer 6feet dah sah² kepala die akan terhantuk kat besi katil sebab kiblatnyer senget…

hadoih…ok lah.. dah nak balik… 4.30 ni… sambung esok pagi la pulak ek…babai..

Tuesday, March 15, 2011

aku pulak yg kene... part 2...

rentetan dari n3 yang lepas, ita nak story sambungannya...
ari sabtu lepas, lepas ita balik dari kenduri kat batu caves, ita dapat call dari pembantu guru tabika tu...
die marah²...
aduhai.... sakit hati rasanya bile denga die marah...
die cakap, ita ni memandai² buat komplen..
katenyer kredibiliti die sbg guru terjejas...
die cakap jugak, kalo ada masalah, jgn terus bawak ke federal @ state...
berhubung dgn die guru...
ok fine!! aku pulak yang jadik mangsa...
niat ati aku nak tolong die.. nak percepatkan proses pengambilan guru sekaligus leh la ringankan beban die..
yang die plak leh plak sound² aku... hangen jugak badan aku....
pembantu guru tu cakap, die kene bambu ngan district...
4 sure la district kene bambu ngan federal @ state kan???
sememangnya bagus jugak district tu kene bambu... staffnyer LEMBAP NAK MAMPOS!!!
dah la langsung tak bagi apa² update kat parents.. buat keje terhegeh²...
email yg aku kasi tu kat state ngan kat district... cc kat federal...
tapi, yang balas federal...
APA KE JADAH NYER WEI!!! sah² la nampak sangat district tu lembap buat keje... aku serius tgh hangin skang ni...
die cakap die kene marah sebab biarkan budak² tu keluar....
HELL-LO!!!! dah terang² kat email tu aku cakap aku tak salah kan guru...
ni yang buat aku bengang ni...
tp, by phone ita takde la melenting cam ni..
kene la hormat die as a teacher.. lagi² cikgu izzah plak tu....
ita siap cakap lagi...
kalo die tak puas ati, nanti ita print email & kasi kat die...
smlm petang ita kasi email tu... cikgu tu pun takde call sampai skang...
hubby suh mintak maaf kat cikgu tu...
tp, ita malas... boleh??? ita tak cakap ape pon...
just hulur sampul surat yg ada email tu kat cucu die & terus pegi...
hajat hati nak call district... tp, lom ada masa...
sat g plak nak gi agrotek ada team building sampai ari khamis....
ari sabtu plak ada family day kat wet world shah alam
tunggu la minggu depan.. tau la nasib district camne..
nak aje aku hamun kan....


p/s: auto publish... ita da otw ke agrotek...

Monday, March 14, 2011

aku pulak yg kene... part 1...

salam uoollsss...
pagi td mood adalah tak brape memberangsangkan..
berikutan kejadian yg berlaku on saturday saturday afternoon...
terbawak² sampai ari senin nan indah ni...
sebelum tu, baca email bawah nieh....
email ni ita yg anta... ari selasa minggu lepas...

From: cute virus <cutevirus8@yahoo.com>
To: ppdpetaling@jpninselangor.gov.my; tabika@jpninselangor.gov.my; aduan@selangor.gov.my
Cc: azman@jpnin.gov.my; samuri@pcb.gov.my; sirec@pcb.gov.my; normz@pmo.gov.my
Sent: Tuesday, March 8, 2011 12:21:57
Subject: Fw: ADUAN : Tiada Guru Di Tabika Perpaduan Seksyen 24, Shah Alam.

Salam 1Malaysia.

Saya selaku ibu kepada salah seorang murid yang sedang belajar di Tabika Perpaduan Seksyen 24, Shah Alam ingin melahirkan rasa kesal saya kerana ketiadaan guru di tabika berkenaan.

Setelah masuk bulan yang ketiga sesi persekolahan, hanya seorang Pembantu Guru sahaja yang bertugas. Saya difahamkan terdapat 2 Tabika Perpaduan di Shah Alam yang diuruskan oleh seorang Pembantu Guru.
Saya bukannya mahu mempersoalkan kebolehan Pembantu Guru, tetapi dengan kapasiti murid seramai 20 orang dan hanya dijaga oleh seorang Pembantu Guru, bagaimanakah Pembantu Guru berkenaan mengawal keadaan jika berlaku kes-kes kecemasan?

Semalam (Isnin 07 Mac 2011) saya telah mengambil cuti dan saya telah ke tabika berkenaan untuk mengambil anak saya. Saya tiba 1/2 jam awal dari waktu persekolahan tamat. Apa yang mengejutkan saya ialah terdapat beberapa orang murid lelaki telah keluar dari kelas dan bermian di luar tanpa pengetahuan Pembantu Guru berkenaan. Nasib baik pada ketika itu, pintu pagar tabika berkunci.

Bagaimana jika berlaku kes serang murid tadika (http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/14/mstar_berita/20100313215742&sec=mstar_berita) berlaku lagi?

Dalam kes ini, saya tidak meletakkan kesalahan kepada Pembantu Guru berkenaan kerana manakan boleh seorang Pembantu Guru mampu menguruskan kelas dalam pada masa yang sama mengajar 20 orang murid.

Persoalan saya :-

    1. Bilakah Guru pengganti akan memulakan tugas mengajar di Tabika berkenaan?

    2. Mengapakah pertukaran Guru Tabika di buat pada saat-saat akhir sebelum penggal persekolahan bermula? (Saya dimaklumkan bahawa Guru Tabika sebelum ini telah di arah mengajar ke Tabika Perpaduan yang baru dibuka.)

    3. Mengapa JPNIN tidak membuat perancangan teliti sebelum membuka Tabika baru dan menguruskan perlantikan baru Guru Tabika sebelum penggal persekolahan bermula?

Saya mengharapkan respons dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.
-Ita-
Seksyen 24
Shah Alam.

pastu ari khamis ita dapat balasan email dari

From: Suraya Wen <suraya@jpnin.gov.my>
To: cutevirus8@yahoo.com
Cc: azman@jpnin.gov.my; Gandesan Letchumanan <gandesan@jpnin.gov.my>; Zulkifli Hashim <zulkifli@jpnin.gov.my>; Aduan (Korporat) <aduan@jpnin.gov.my>; Othman Saad <othman@jpnin.gov.my>; Ho Khek Hua <hokh@jpnin.gov.my>
Sent: Wednesday, March 9, 2011 12:56:00
Subject: Aduan-tiada guru di TP Seksyen 24, Shah Alam.


Salam Perpaduan,

Terlebih dahulu, Jabatan mengucapkan terima kasih atas aduan puan pada 8 Mac 2011mengenai ketiadaan guru di TP Seksyen 24, Shah Alam.  Untuk makluman puan,  ketiadaan guru di beberapa kelas tabika perpaduan adalah tertakluk kepada beberapa perkara yang berkaitan dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan kualiti guru di prasekolah.  Sebagai makluman, pengambilan guru baru agak lambat dijalankan ketika ini kerana berlaku perubahan skim perjawatan guru di semua agensi prasekolah kerajaan.  Oleh yang demikian, guru sedia ada di beberapa kelas dipindahkan ke kelas-kelas baru bagi mengisi kekosongan guru di kelas baru tersebut.  Pemindahan guru ini juga melibatkan Kelas TP Seksyen 4, Shah Alam.  Namun begitu, Peg. Perpaduan daerah petaling memaklumkan, kemasukan guru baru ke kelas tersebut akan berlaku pada 15 Mac 2011.  harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Suraya bt. Wen
Pen. Pengarah
Bahagian Pembangunan Komuniti
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Jabatan Perdana Menteri

Tel : 03-88837149
Fax : 03-88888569
 so, apa korang rasa yang terjadi lepas tu ek??
nak tau?? ita cite next n3...
 

Wednesday, February 9, 2011

sang algojo...


Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"
 
korang tau tak apa die sang algojo??
Algojo ialah orang yang memiliki tanggung jawab langsung untuk menjalankan hukuman mati. Dalam bahasa Indonesia, kata algojo berasal dari bahasa Portugis, algoz. atas terdakwa. Dalam
Banyak algojo yang dilakukan secara profesional, yang mengkhususkan diri di bidang tertentu, karena eksekusi jarang terjadi.[rujukan?]
Istilah algojo juga meluas pada pelaksana Hukuman berat yang tidak ditujukan untuk membunuh, namun dapat mengakibatkan kematian.
ita dah rasa cam sang algojo.. ita terpaksa melaksanakan sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh pihak atasan.. akan tetapi, perkara tu membuatkan individu terseksa.... lebih menyedihkan individu berkenaan cukup terbeban dengan masalah.. ditambah pulak dengan pelaksanaan keputusan yang terpaksa ita jalankan...
ita terasa sangat serba salah... sangat-sangat serba salah... skang ni ita di label sebagai tidak berhati perut, tak bertimbang rasa dan macam² lagi...
tapi, tolonglah!!! tu bukan salah ita!!! ita hanya menjalankan tugas... ita hanya ikut dasar.. 
ade jugak yang fikir ita ada kepentingan di atas setiap keputusan pihak atasan... tidak!! ita tidak ada kepentingan... kalau ita nak ita boleh buat... tapi, ita taknak... biarlah gaji kecik asalkan setiap rezeki tu halal...
tolong lah.. hentikan spekulasi... kalau tak puas hati, tolong lah bersemuka dengan pihak atasan... bukannya ita...

p/s: dah kul 4.30!!! yeay!! balik!!!

Wednesday, January 26, 2011

tq my dear frenz...

rentetan daripada kisah mak tak sayang kite ke?? 
yang ita post kan last week...
ita nak respond kepada kengkawan yang sudi komen...
memula skali ita nak respon komen yun.. 

 ye yun... aku garang... compare ngan hubby aku, aku yang garang... tp, aku jarang pukul... aku tengking & marah..


ayu, aku ni tak baran... tak macam ko.. kalo ko tak banyak cakap.. aku plak suke marah² dulu... kalo dah melampau sgt aku piat jugak sorang²... pasal reward tu, memang ade gak skali skala... tp, aku jarang kasi mainan kat anak² aku... aku lebih suke belikan diorang buku, kaler, pensel @ anything yang bersifat education... memang berlambak dah buku² diorang tu...

ena... yup, ita ni tegas... tak suke sgt manjakan budak... garang pon ye jugak... sebab ita slalu jegilkan mata kat diorang...tu la pasalnyer.. ita rasa kite kene blajar psikologi...



 cik mot & kak atty...garang jugak ek??? rasanye cam dah terikut didikan mak & ayah dulu² la...


 kak rozie, ita rasa kalo akak tgk time die cakap tu akak leh nanges meleleh² sedu sedan dah kotnyer...
ita tak sesabar yen la kak.. serius.. yen lagi penyabar dari ita...

nazlieza, dah pujuk balik dah... tapi, kejap je die ingat... kang sok² buat balik..

suziey, ok la tu ayu komen panjang².. sebab die tak pandai la kite nak ajar die.. tul tak?? adoi... kekadang aku pon blank pale otak nak ngajor budak² skang...

zeti, budak² ni pon kekadang suke sangat buat kite rasa menyirap kan??? dah memang resam dunia agaknyer kan...

to all, thanks beri komen, pandangan dan cadangan... i really appreciate it.. ade gak antara pandangan dan cadangan tu ita da praktikkan...
ada satu story yang ita nak cite kat korang sume... ade drama dah jadik kat umah ita... drama airmata antara mak & anak²...
tapi, tunggu next n3 la.. sebabnyer ita nak siapkan dokumen utk meeting ptg kang...
kalo sempat, ita post petang kang... kalo tak, sok pagi je la eks...

Tuesday, October 26, 2010

bila ditanya....

"apa sebab sebenarnye ko tukar jabatan???"
setiap kali orang ajukan soalan tu kat ita, jawapan standard ita ialah :-
"saje je. carik pengalaman baru... lagi pon aku da nak dekat 7thn kat jabatan lama... bosan la buat keje yang sama je... susah nak jawab soklan PTK nanti...."
so far, ramai yang puas hati dengan jawapan ita... tapi, ada seorang kenalan lama & bertemu dengan ita kembali di jabatan baru ni mempunyai soalan extra...
"ye ke??? aku denga cite ko ada krisis ngan budak opis lama kau... sebab tu ko mintak tukar.."
eeerrrkkk... ita terkedu...
"cam ni lah... ko da kenal aku bukan sehari dua... kite kenal da lama... siap kursus induksi sesama lagi... aku tak tau apa yg kau dengar dari mulut orang lain...aku tanak tau & aku tak nak komen apa²... aku tanak cakap aku ni baik & diorang jahat... @ aku ni jahat dan diorang baik... kau nilai sendiri macam mana perangai aku... ko kawan ngan aku & ko nilai sendiri.. ok?? "
hanya itu saja jawapan yg mampu ita berikan... terpulang pada dia...


** dah tak mampu nak menerangkan segala²nya... hanya mampu berserah...

Monday, October 25, 2010

nak nasik lemak pakcik!!!

hhhuuuwwwaaa!!!!
den kempunan... den nak makan nasik lemak pakcik yang sodap!!!
shida!!!!
sila poskan nasik lemak bapak ko yang mabeles tu kat aku!!!
abg labu,
kalo deliver nasik lemak tu kat SUK, sile tinggalkan barang 2-3 bungkus utk saya okeh!!!


Wednesday, October 20, 2010

sarapan apa??? daku yg cedera... & berurut yg SAKIT!!!!!!!

salam kengkawan....
sihat hari ni???
sarapan apa hari ni ye???
nasi lemak??? hhhmmm.. cam menarik je gambor nasi lemak ni....


roti canai dgn kuah kari....???


karipap pusing pon cara gak kan???


ditambah plak ngan teh tarik.....


tak pon milo panas..... peeeeerrrggghhh..... boleh terasa sampai ke usus.... wa cakap sama lu...


tapi.... no!!! no!!!no!!!no!!!no!!! semua itu mengandungi kolestrol yg sangat tinggi.... oleh itu, ita kene makan oat je laaaaa......


tak pon roti bakar... eehheheheh... sedap jugek....


huhuhuhuuh... ape la ita ni... dok tempek gambor makanan....

oklah... oklah... tukar topik ek... ita nak cite satu benda yang takde kaitan ngan makan.. ehehehhe... kaki ita terseliuh!!! huhuuhuh... sakitnyer....

dressing tak kemas... sebabnyer balut sendiri...


ita tak sure samada kaki ita ni tembam @ bengkak... ehehehhe....


kisahnye ita jatuh time nak turun dari motor.. time tu dukung Iyyad... sian Iyyad... jatuh ngan mak die skali.. tapi die takde pape... sebabnye die jatuh atas perut ita.. huhuhuu... sadis kan???

ita tak perasan yg jalan tu berlopak... so, ita dengan confident nyer turunkan kaki... apa lagi, terlentang la 2 beranak kat situ... pagi² buta pulak tu... huhuhuuhuh... fail!!!

jatuhnyer on 14th October ari tu.. time tu pulak panel ANUGERAH PENGURUSAN PEJABAT DAN PENTADBIRAN CEMERLANG (APPC) 2010 datang nak menilai jabatan... aduhai... tak boleh la cuti... kebetulan pulak ari tu ita kene banyak jalan... jalan ke bilik fail, carik fail, bawak fail pegi bilik meeting & kasi kat panel... boleh kate dekat 10 kali la ita kene ulang alik... jaraknyer tak lah jauh sangat... tapi!!!!!!! dalam keadaan kaki yg terseliuh amatlah menyakitkan....

kesakitan kaki ita makin terserlah menjelang petang... langsung tak leh jalan... ita call tukang urut yang ita kenal kat sekitar shah alam.. kebanyakannya penuh... mak ai... da tak tertanggung da kesakitan kaki ita ni....

sudahnye kakak ita yang dok kat kg baru call.. kat umah die ada tukang urut... sib baik ada... esok paginya, ita pegi klinik... sebab da tak tahan sangat... doktor cakap tak retak... sebabnye condition nyer tak teruk sangat... so, ita di bagi mc 1 hari.. huhuhuuh....

lepas jumaat, ita mintak tolong ayah ita anta kat stesen komuter... sebabnyer ita nak gi berurut kat kg baru... gigih tau... sanggup ita tahan sakit... ita da lama tak naik komuter... tapi ita tau la komuter da ada koc khas utk wanita... tapi, ada jugak jantan² jongos yang tak tau malu naik koc wanita... (jantan warga asing!!!!)

da la naik koc wanita... pulak tu dok tersengih² cam kerang busuk... seb baik la kaki ita sakit & ita dok jauh sket dari diorang... kalo tak, nak je ita hempuk diorang tu ngan payung... tak tau malu!!! ada 2 koc open... koc wanita jugak yg diorang nak naik....

memang dasar bajingan!!!

eerrkkkk... berbalik cite pasal kaki ita tu... sampai je kat stesen putra, kakak ita amek... tukang urut tu namanyer kak siti... die dok kat area kg baru jugak.. die datang naik speda... tak tau speda tu ape??? carik kat google ek.. hihiihihih....

ita start ngurut kol 6ptg... mak ai... menggeletik badan ita kene urut... serius... da lama ita tak berurut... since bersalinkan iyyad... da 2 thn lebih... walaupun yang sakitnya kaki aje, ita mintak kak siti tu urut seluruh badan... memang terasa... SAKIT!!!!!!

1 kelebihan kak siti ni, die tau kite ni penah jatuh ke, penah terseliuh ke... die pegang betis ita, die tanye, "ita ni suke pakai kasut tumit ye??" memang pon... dah tu, kat opis takkan nak pakai selipar?? die pegang atas dada ita (dekat ketiak) die tanye, "ita ni slalu angkat benda berat ye???" huhuhuh... memang pon... ita slalu angkat tong gas, dukung Izzah & Iyyad, angkat 1 kotak A4.....

tau aje kak siti ni... tak boleh nak berahsia.... ada satu lagi bile die pegang pinggul ita die tanye, "ita ni penah jatuh ye??" alamak!!! yang ni tak boleh cover... terpaksa jugak cakap... ye kak... ita penah jatuh.. dalam bilik air kat opis... time tu pregnant kan Iyyad... huhuhuhuhu... terkejut beruk die... "issshhh!!! bahaya tu!!" salah cleaner tu kak... die basuh bilik air... tapi tinggalkan sisa sabun kat lantai... bukan ita sorang je yang penah jatuh... ade jugak 2-3 orang penah jatuh kat tandas yang sama....

ita habis berurut kol 7pm.. time tu da maghrib... memang sedap la... sakit kat kaki pon da kurang... kalo time pegi tu ita terhencut²... time balik tu ita da boleh jalan macam biasa... walaupun masih sakit.. tapi, sikit je sakitnya...

nak dekat kol 8pm tu ita mintak kakak ita anta kat stesen putra... pada awalnya, hubby ita nak amek ita kat kg baru... tapi memandangkan ari tu ari jumaat dan ita meramalkan kebanyakan jalan menuju ke KL agak sesak, ita cadangkan supaya hubby ita pick up ita kat stesen komuter shah alam je...

yelah... silap² ari bulan kitorang sampai umah kol 11pm.. tak ke naya tu.... hampir kol 9pm baru nampak bayang tren komuter menuju ke pelabuhan klang... nasib baik tren tu kosong lagi... ita trus duduk... seat hampir penuh... & semakin sesak kat KL sentral... serius sesak... ita pandang kat luar... jalan ponn sesak... 2² hala tau... peeerrrggghhhh... seb baik ramalanku benar belaka....

Tuesday, September 28, 2010

berhemah dan bermaruah.....

selamat pagi uoollsss...
huhuhuhuhuh... tajuk tak hengat kan?? hari ni ita nak buat n3 berat sket...
slalu nyer ringan² je.. sebab ita ringan.. perasannyer la ita ni...... kehkehkehkeh..


ok lah ye... kepada readers yang mengikuti blog ita dari awal, sure dapat tau al-kisah sebenarnya... kisah duka yang ita lalui sebelum ita berpindah jabatan... terlalu banyak.... ita diherdik, diserang, ditengking, disisihkan, dituduh... dan macam² lagi.... tapi, itu hanyalah sejarah... sejarah yang tak mungkin berulang.. ita tak nak ia berulang.... walaupun yang bikin panas hanyalah 2,3,4 kerat je, tapi impaknyer cukup besar... sebabnyer 2,3,4 kerat ni pengaruhnya amat kuat... berbanding ita..

sejak dari kejadian tu, ita jadik blogger tegar... tempat ita meluahkan perasaan hanyalah di blog... kawan² di kalangan blogger banyak memberi inspirasi kepada ita... mereka juga menggembirakan ita....


penguat semangat ita ialah rakan terdekat dan keluarga... ya.. keluarga.. jika tidak kerana keluarga, mungkin ita sudah menjadi gila... serius... ita tak tipu... sebagai contoh.. ita kasi satu situasi...


bagaimana perasaan anda jika anda disisihkan oleh rakan sepejabat selama 2TAHUN???!!!! yaa!!! 2tahun!!! bukan 2 jam... bukan 2 hari.. bukan 2 minggu... bukan 2 bulan...

selama 2thn tu ita menjadi invisible.. segala majlis yang ita organise di pulaukan... sambutan yang sangat dingin... setiap perkataan yang keluar dari mulut ita akan dipertikaikan dan dijadikan bahan umpatan...

dengan ikhlas ita sedekahkan makanan untuk semua rakan sepejabat, tapi tidak diambil.. dibiarkan dan kesudahannya makanan tu dibuang ke dalam tong sampah... apa perasaan korang jika diperlakukan sebegitu selama 2 tahun?? bukan sekali, bukan 2 kali tapi banyak kali....

akhirnya ita buat permohonan tukar jabatan... lebih 8 bulan ita tunggu jawapan... akhirnya permohonan ita diluluskan... ita tak sabar nak pindah... ita sangat gembira... tapi, ita terpaksa tangguh 2 minggu sebab ita perlu settlekan kerja² di dept lama.. itu pun atas budi bicara jabatan baru... penangguhan ita diterima... walaupun khidmat ita lebih diperlukan di jabatan baru.. kalo ikutkan memang ita taknak tangguh... tapi terpaksa... kesian pon ada jugak dengan bos lama yang sangat baik....


tapi, seminggu sebelum ita pindah, ita telah dikejutkan dengan satu email yang dihantar ke seluruh pengguna email jabatan oleh hamba Allah berkenaan... email itu merupakan serangan peribadi ke atas ita dan seorang lagi pegawai di opis lama ita... hamba Allah tu sebenarnya juga bertukar jabatan sama tarikh ngan ita sepatutnya bertukar... tapi hamba Allah tu tak mohon penangguhan...

serius... moral ita sangat down... teramat down... ita rasa macam nak bunuh diri je.. tapi,berdosa... ramai yg advise ita supaya buat laporan ke Lembaga Tatatertib jabatan... termasuk pegawai²... tapi, ita taknak... ita nak jumpa kaunselor.. ita taknak memanjangkan cerita dan mengeruhkan keadaan... walaupun ita di pihak yang benar... rata² orang yang tau cerita ni tak bersetuju dengan tindakan hamba Allah tu... ada juga yang marah.. hubungan mereka dan hamba Allah sedikit terjejas...

di hadapan kaunselor, ita menangis... ita cerita semua perkara yang telah terjadi...

ya!! saya memang jahat!! saya memang suka menyindir!! tapi itu 2 tahun
sudah... selepas berlakunya satu insiden saya diserang, saya telah
invisible...

saya kurang bercakap...bilangan patah perkataan boleh dikira dalam sehari...
saya bercakap bila perlu... saya bercakap hanya benda penting... saya bercakap
kepada orang tertentu sahaja... tak pe lah encik saya redha... kalo saya
boleh bersabar selama 2 tahun lebih, takkan saya tak boleh bersabar lagi
seminggu???

kaunselor berkenaan hanya boleh bersimpati dengan kejadian yang menimpa ita... takpelah... sekurang²nya ita keluar dari dept tu secara baik... bak kata pepatah "harimau mati meninggal belang, manusia mati meninggalkan nama".. hamba Allah berkenaan keluar meninggalkan fitnah...

selepas keluar dari dept lama, ita jarang berhubung dengan rakan² lama... ada juga sesekali bertanya khabar dan menjenguk.... alhamdulillah, hubungan ita dgn mereka masih baik...

contohnya semalam... mereka buat jamuan raya... walaupun lewat, ita hadir ke jamuan tu... ita disambut baik... walaupun 2,3,4 kerat tu tak mau bertegur sapa... bos lama dan beberapa orang rakan turut menemani ita makan... ita terasa sangat dihargai...

ada rakan lama cerita pada ita... hamba Allah berkenaan tidak mahu hadir ke jamuan berkenaan.. mungkin sebab malu... atau mungkin sebab menyampah... entah la.. ita tak tau... yang ita tau ita keluar dari jabatan berkenaan dengan penuh berhemah dan bermaruah...

*****************************

ini hanyalah luahan hati.....

Friday, September 3, 2010

nak menceceh sket... eerrr... banyak sebenarnyer... part 2

haaaa... ini adalah kesinambungan n3 lepas...

kesah keempat...
kesah keempat ialah.... hhrrrmmmm.... camna nak story eks... sebenarnyer camni... ramai dari kenalan lama ita tegur... sejak berpindah jabatan, ita makin ceria... asal terserempak @ terjumpa je kat lif @ surau waima kat tgh jalan sekalipon ade je orang tegur... most of the time dialog nyer lebih kurang cenggini... "waaahhh... ceria ko skang ye.. sejak tukar jabatan.."
apa yg mampu ita buat??? hanya mampu tersengih.. sejujurnya ita memang bahagia skang ni... hati tenang walaupun work load sangat banyak... alhamdulillah.....

kesah kelima....
kesah kelima plak, penyakit pening² ita datang semula... aduh.... camne neh... da nak dekat raya... datang balik... kang tetiba tgh raya ita pitam tgh jalan... masuk ambulans plak nanti... adesss... ita ade cite pasal penyakit telinga ita yg boleh menyebabkan pening kat sini, sini, sini, dan sini... mak ai... banyak rupenyer.. adesss... seb baik senin depan ade appointment ngan specialist kat spital putrajaya... ari tu da miss sehari... sepatutnyer kene gi farmasi amek stok ubat utk sebulan lagi... tp, ita ni kan baik degil orangnyer... rajin malas nak ubat... sebab tu la tak pegi... ehehehhe... :Þ

kesah keenam....
kesah ni agak kurang enak utk diceritakan... tp, ita kene cerita jugak... sebabnyer setelah sebulan ita tak menjengah blog kengkawan, sebulan tak menceceh, tetiba ita terbaca n3 kat satu blog pasal ade 2org blogger ni bergaduh... adehhhh... gaduh lagi... ita rasa ni kali ketiga [dari 29 Disember 2009 sampai 2 September 2010 (sejak ita mula berjinak² ke alam blog)] ita terbaca al-kisah blogger bergaduh sesama sendiri... dan lebih memalukan blogger tu perempuan plak tu...
lagi menyedihkan perempuan melayu dan beragama Islam... apa nak jadi la kan.... sana mengata sini.. sini mengata sana... tapi, kebanyakannyer berkisar tentang penulisan mereka samada di n3 ataupun di komen² n3... aduhai... pada ita la kan (ini pandangan ita je ye... takde kene-mengena ngan orang lain), kalo blogger tu kita da kenal lama, da tau camne cara penulisannyer dan die pon da kenal kita, barula kite boleh komen pedas² manja gitu... ini tak... dah la baru terjah blog hamba Allah tu, boleh pulak komen pedas²... hangin la si polan tu... walaupun komen tu ada unsur² kebaikan... die pon, balas la balik... sudahnyer 2² bergaduh... aduhai... memang tak salah kite ingat mengingati, nasihat menasihati... tp, kene betul caranya....
cam en ben stori kat n3 beliau Blogger sekalian.. Awas ! kite skang ni terutama blogger tak boleh nak bebas sangat... itu TNB saman blogger... tak mustahil blogger akan saman menyaman sesama sendiri...

so, lebih kurang itu je la yang ita nak story kat sini....

kesian... eh??? sekian.... ekekekkekeke... :Þ

Thursday, September 2, 2010

nak menceceh sket... eerrr... banyak sebenarnyer... part 1

salam uollss..
dah lama ita tak menceceh kat blog kan?? bukan ape... ari ni genap sebulan ita kat department baru... so, kene kaber line la sket kenn??
memandang kan ari ni ita agak free sket sebab cc takde... kuar.. ehehhehe ita nak story...
wokeh la...

kesah pertama....
kesahnyer ialah juadah berbuka & sahur sepanjang 22 ramadhan yang lepas... overall ita masak sendiri... kalo hari keje, hubby akan hantar ita balik dulu... ita pon mule la bersilat kat dapor....
sampai umah lebih kurang kol 6pm... bukak tudung, pakai apron, masak nasi dulu baru la gigih masak lauk... dalam masa yang sama, hubby akan keluar balik amek anak²...
lauk yang ita masak semuanya simple².. jarang ita beli lauk param... ade la 4-5 kali tp, buat tambahan... most of the time ita masak... kalo terasa nak makan kuih muih baru beli kat param... setakat ni, hanya 2 kali je ita tak masa on weekday... sekali time anniversary kitorang aritu... ala, kat n3 ni ita ade cite... kitorang makan kat Kedai Kopi, Tasik Shah Alam... makanannya okla... sup tulang semangkuk, nasi 3 pinggan, udang bakar 4 ekor, sotong bakar 2 ekor, ikan pari sepotong, air asam, rendang daging sesenduk, air 4 gelas, sosej, fries, tauhu jepon, sayur campur, kurma, karipap semuanya RM50...
pada ita mahal kat shah alam mana ada benda yang murah ita!!!!.. tp, pada hubby reasonable... lgpon apa salahnye bayar lebih sket utk celebrate anniversary... tak gitu???

kesah kedua.....
kesah kedua plak, kalo weekend dlm bulan puasa ni, normally kitorang akan balik ke klang... rumah MIL... lagi pon ada pak sedara hubby yang terlantar sakit kat rumah MIL... pak sedara hubby tu baru pas letak bateri dalam jantung die... ita ade cite pengalaman ita naik motor gi IJN kat sini...
kitorang balik bukan ape... tolong apa² yg patut... kekadang tu bukan tnaga yang dipinta orang tua... tp, jenguk yang paling penting.... betul tak....

kesah ketiga...
kesah ketiga plak pasa duit raya yang staff gomen dapat... alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi... dapat la budak² tu baju raya lebih sket thn ni....

kesah ke empat...

kesah keempat sambung nest n3 ek.... ehehehheheh... jgn marah.... :Þ

Tuesday, August 24, 2010

friends.....



www.funchoice.blogspot.com

www.funchoice.blogspot.com

how to stay young & happy always..

www.FunAndFunOnly.org

dari inbox email....

Friday, August 13, 2010

mana satu pilihan korang??

soklan yang sangat jelas...

ita bagi satu situasi, korang pilih mana satu yang korang pilih...

situasi :-
letakkan diri korang sebgai seorang bos @ supervisor... anak buah korang ada 2...

PERTAMA seorang computer freak... dari mula dia sampai opis, kejenya hanya melekat depan pc... main game laaa, surfing internet laaa, facebook laaa, friendster laaa, twitter laaa, YM laaa.... kirenyer asal ada masa terluang, die ngadap komputer jeee....


KEDUA seorang yang sentiasa MIA... korang tak tau mana die pegi... kuar tak kasi tau.. ilang je memanjang....


tapi, yang bagus nyer ialah kedua² nyer tak pernah lalai menjalankan tugas... keje yang korang kasi mesti diorang siapkan tepat pada masa....



ini adalah situasi yang dihadapi oleh seorang kawan ita... sian die..

Thursday, August 12, 2010

rindu sangat!!!!

Black Mentor - Aku Rindu Sayang Kamu

Siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa sedihku bila tiada mu
Apakah ini dinamakan cinta oh
Menjadi aku yang punya

Apakah kau dah tak sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat di jantungku
Terasa sungguh

Chorus
Aku rindu sayang kamu
Matamu aku cinta kepadamu
Sayang kamu

Apakah kau rasa sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa sungguh

Ulang Chorus 3x


RINDU SANGAT KAT KORANG!!!!!!

sedar tak sedar da seminggu ita kat opis baru... alhamdulillah... segalanya berjalan dengan baik...

seminggu ita tak dapat apdet n3.. bukan stakat apdet n3, bak bukak blog pon takde kesempatan... agak bz sket... masuk² je opis baru da ade keje... ok la tu kan.. dari dok melangut... tp, 3 hari ita takde pc... takpe... tak bermakna takde pc tak leh wat keje ayat penyedap ati.. ahahhahahah....

ita start 02 ogos 2010 (isnin).. JPSS (jabatan pengairan dan saliran selangor) tgh bz gile ok.. memang tepat pada waktunya ita masuk.. huhuhuhu... 04 ogos 2010, (rabu) diorang ade majlis penganugerahan utk staff bersara, staff yg da servis 25thn lebih & utk yg dapat cemerlang kat grand ballroom hotel De Palma Inn shah alam... ita diminta utk bertugas di meja pendaftaran... alhamdulillah da ada pengalaman... kalo tak kalut juga...

09 ogos 2010 (isnin) pulak, JPSS jadi hos utk majlis perhimpunan bulanan jabatan kerajaan negeri selangor... fffuuuuhhh... letih gile ok... unit ita jaga cenderahati... since ari 5 ogos 2010 (khamis) ita da ulang alik dari opis ke dewan utk punggah barang... boleh turun 10kg wooo... huuhuhuhu... tp, tak turun pown.. ahahahhah :Þ

6 ogos 2010 ari jumaat plak, seawal 9 pagi, ita da tercongok kat dewan utk packing goodies utk diagih²kan.. memang letih... plus aircond dewan tu tak kuat... sampai ke petang ita dok kat dewan tu... huhuhuuhuhu....

baru hari ni dapat melepaskan rindu kat blog.. tp, tak leh lama²... partition ita ni tempat lalu lalang.. kene kaber line sket... plus, ari ni da start puasa... so, aktiviti BW kene kurangkan sket...

p/s: korang rindu ita tak???

Wednesday, August 11, 2010

INDAHNYA RAMADHAN

INDAHNYA RAMADHAN

Oleh: Haslinda Lukman

Bulan Ramadhan merupakan bulan berkat, bulan rahmat, bulan keampunan serta punya banyak kelebihan. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat bagi mencari keredhaan Allah sepanjang Ramadhan ini, dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi )

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi)


Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi)


Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd R.A daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya: 'Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: 'Dimanakah orang-orang yang berpuasa?' Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.' (HR Bukhari)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: 'Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: 'Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.' (H.R Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAW bersabda: Maksudnya: 'Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan)
70 tahun
.' (HR Bukhari)


Dari Ibnu 'Umar RA, katanya Rasulullah saw. bersabda: 'Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.' (HR Muslim)


Dari Abdullah bin Umar RA. bahwa Nabi SAW. bersabda: 'Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Dan Al Qur'an pun berkata, 'Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterima Allah.'( H.R Ahmad)

Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: 'Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2.
Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu.
Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (H.R Ahmad)

Dari Jabir RA bahwa Nabi SAW bersabda: 'Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.' (HR Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (H.R Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW.; 'Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.' (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)

Nabi SAW bersabda; 'Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.' ( Riwayat Al Baihaqi)

Rasululah SAW bersabda; 'Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa.' ( Sahih Bukhari)

Semoga paparan ini dapat membuka minda kita bagi merebut peluang keemasan yang ada dibulan Ramadhan kali ini.(Selamat Berpuasa!)



dikutip dari : http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=1873

Friday, July 30, 2010

n3 terakhir....

so long fare well i need to say GOOD BYE!!!
so my dearest blogger friends, this is the last n3......
no more blog n3 after this....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
from this computer....


ahahahaah... bikin panas je kan ita ni.. huhuhuhu... ini adalah kali terakhir ita menaip n3 blog menggunakan komputer ni... syahdu pon ade... sedih pon ada... komputer ni menjadi saksi kepada semua kepedihan, kegembiraan yang ita lalui melalui penulisan blog ni...
aduhai.... kepada pemilik seterusnya, sila jaga komputer ni sebaik mungkin....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SAYANG KAMOO