kawan² ku... jom follow!!! i folloooooooooooooooowwww!!

SAYANG KAMOO

iklan...

About This Blog

kepada pengintip² @ stalker² yang nak melawat blog aku stakat nak carik bahan GADUH, & BAHAN UMPATAN KORANG ADALAH DILARANG MEMBACA BLOG AKU!!!
AKU TAKKAN HALALKAN SETIAP PERKATAAN YANG KORANG AMEK & SAMPAIKAN KAT ORANG LAIN YANG ADA KAT DALAM BLOG AKU NI..
PESANAN INI ADALAH UNTUK ORANG YANG BERNIAT JAHAT TERHADAP AKU, MAHUPUN AHLI KELUARGANYA, KAWAN²NYA & BOS NYA.. TIDAK KETINGGALAN JUGA ORANG KAMPUNGNYA..

Wednesday, March 16, 2011

Adakah Anak Kita Tahu, Kenapa Mereka Perlu Pergi ke Sekolah?

menarik..sangat menarik.. ita terbaca n3 ummu solihin
bagus jugak n3 tu...
meh ita petik sikit ulasan ummu solihin


Anak-anak kita perlu tahu SEBAB SEBENAR, mengapa mereka perlu pergi ke sekolah. Seandainya mereka tidak tahu perkara yang sebenar, maka akan timbullah, jawapan-jawapan seperti ini. Semua jawapan di atas bukanlah sebab sebenar mengapa anak kita perlu ke sekolah. Dan semua alasan-alasan seumpama ini, tidak akan menimbulkan keseronokan kepada anak-anak kita, mengapa mereka perlu terus bersekolah dan mengapa mereka perlu terus belajar.
Sekiranya mereka tahu sebab sebenar, mengapa mereka perlu ke sekolah, mengapa mereka kena belajar, mengapa mereka perlu menuntut ilmu..Apakah ganjaran yang akan mereka perolehi jika mereka pergi ke sekolah..InsyaAllah, semangat mereka akan berkobar-kobar untuk ke sekolah. Mereka akan suka dan seronok untuk belajar. Bukan sahaja di sekolah, tetapi di mana-mana sahaja. Mereka akan terus belajar dan belajar, sampai ke akhir hayat mereka. Kerana mereka menghargai nilai ilmu. Kerana mereka tahu ganjaran untuk orang yang bersusah payah menuntut ilmu.
Namun persoalannya,
Apakah sebab sebenar anak kita perlu ke sekolah?
Dan apakah ganjaran yang akan mereka dapat sekiranya mereka pergi ke sekolah?
Saya buka soalan ini kepada sahabat-sahabat. Mari kita berkongsi ilmu dan pendapat tentang topik ini. Tinggalkan komen bernas anda di bahagian komen, samada di blog atau di FB. Jawapan sahabat-sahabat  sangat membantu ibubapa yang lain. Mari kita sama-sama muhasabah diri untuk menjadi ibubapa yang dikehendaki oleh Allah swt.

adakah izzah tau sebab sebenar die kenapa die kene pegi skolah???

p/s: auto publish

Tuesday, March 15, 2011

aku pulak yg kene... part 2...

rentetan dari n3 yang lepas, ita nak story sambungannya...
ari sabtu lepas, lepas ita balik dari kenduri kat batu caves, ita dapat call dari pembantu guru tabika tu...
die marah²...
aduhai.... sakit hati rasanya bile denga die marah...
die cakap, ita ni memandai² buat komplen..
katenyer kredibiliti die sbg guru terjejas...
die cakap jugak, kalo ada masalah, jgn terus bawak ke federal @ state...
berhubung dgn die guru...
ok fine!! aku pulak yang jadik mangsa...
niat ati aku nak tolong die.. nak percepatkan proses pengambilan guru sekaligus leh la ringankan beban die..
yang die plak leh plak sound² aku... hangen jugak badan aku....
pembantu guru tu cakap, die kene bambu ngan district...
4 sure la district kene bambu ngan federal @ state kan???
sememangnya bagus jugak district tu kene bambu... staffnyer LEMBAP NAK MAMPOS!!!
dah la langsung tak bagi apa² update kat parents.. buat keje terhegeh²...
email yg aku kasi tu kat state ngan kat district... cc kat federal...
tapi, yang balas federal...
APA KE JADAH NYER WEI!!! sah² la nampak sangat district tu lembap buat keje... aku serius tgh hangin skang ni...
die cakap die kene marah sebab biarkan budak² tu keluar....
HELL-LO!!!! dah terang² kat email tu aku cakap aku tak salah kan guru...
ni yang buat aku bengang ni...
tp, by phone ita takde la melenting cam ni..
kene la hormat die as a teacher.. lagi² cikgu izzah plak tu....
ita siap cakap lagi...
kalo die tak puas ati, nanti ita print email & kasi kat die...
smlm petang ita kasi email tu... cikgu tu pun takde call sampai skang...
hubby suh mintak maaf kat cikgu tu...
tp, ita malas... boleh??? ita tak cakap ape pon...
just hulur sampul surat yg ada email tu kat cucu die & terus pegi...
hajat hati nak call district... tp, lom ada masa...
sat g plak nak gi agrotek ada team building sampai ari khamis....
ari sabtu plak ada family day kat wet world shah alam
tunggu la minggu depan.. tau la nasib district camne..
nak aje aku hamun kan....


p/s: auto publish... ita da otw ke agrotek...

Monday, March 14, 2011

aku pulak yg kene... part 1...

salam uoollsss...
pagi td mood adalah tak brape memberangsangkan..
berikutan kejadian yg berlaku on saturday saturday afternoon...
terbawak² sampai ari senin nan indah ni...
sebelum tu, baca email bawah nieh....
email ni ita yg anta... ari selasa minggu lepas...

From: cute virus <cutevirus8@yahoo.com>
To: ppdpetaling@jpninselangor.gov.my; tabika@jpninselangor.gov.my; aduan@selangor.gov.my
Cc: azman@jpnin.gov.my; samuri@pcb.gov.my; sirec@pcb.gov.my; normz@pmo.gov.my
Sent: Tuesday, March 8, 2011 12:21:57
Subject: Fw: ADUAN : Tiada Guru Di Tabika Perpaduan Seksyen 24, Shah Alam.

Salam 1Malaysia.

Saya selaku ibu kepada salah seorang murid yang sedang belajar di Tabika Perpaduan Seksyen 24, Shah Alam ingin melahirkan rasa kesal saya kerana ketiadaan guru di tabika berkenaan.

Setelah masuk bulan yang ketiga sesi persekolahan, hanya seorang Pembantu Guru sahaja yang bertugas. Saya difahamkan terdapat 2 Tabika Perpaduan di Shah Alam yang diuruskan oleh seorang Pembantu Guru.
Saya bukannya mahu mempersoalkan kebolehan Pembantu Guru, tetapi dengan kapasiti murid seramai 20 orang dan hanya dijaga oleh seorang Pembantu Guru, bagaimanakah Pembantu Guru berkenaan mengawal keadaan jika berlaku kes-kes kecemasan?

Semalam (Isnin 07 Mac 2011) saya telah mengambil cuti dan saya telah ke tabika berkenaan untuk mengambil anak saya. Saya tiba 1/2 jam awal dari waktu persekolahan tamat. Apa yang mengejutkan saya ialah terdapat beberapa orang murid lelaki telah keluar dari kelas dan bermian di luar tanpa pengetahuan Pembantu Guru berkenaan. Nasib baik pada ketika itu, pintu pagar tabika berkunci.

Bagaimana jika berlaku kes serang murid tadika (http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/14/mstar_berita/20100313215742&sec=mstar_berita) berlaku lagi?

Dalam kes ini, saya tidak meletakkan kesalahan kepada Pembantu Guru berkenaan kerana manakan boleh seorang Pembantu Guru mampu menguruskan kelas dalam pada masa yang sama mengajar 20 orang murid.

Persoalan saya :-

    1. Bilakah Guru pengganti akan memulakan tugas mengajar di Tabika berkenaan?

    2. Mengapakah pertukaran Guru Tabika di buat pada saat-saat akhir sebelum penggal persekolahan bermula? (Saya dimaklumkan bahawa Guru Tabika sebelum ini telah di arah mengajar ke Tabika Perpaduan yang baru dibuka.)

    3. Mengapa JPNIN tidak membuat perancangan teliti sebelum membuka Tabika baru dan menguruskan perlantikan baru Guru Tabika sebelum penggal persekolahan bermula?

Saya mengharapkan respons dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.
-Ita-
Seksyen 24
Shah Alam.

pastu ari khamis ita dapat balasan email dari

From: Suraya Wen <suraya@jpnin.gov.my>
To: cutevirus8@yahoo.com
Cc: azman@jpnin.gov.my; Gandesan Letchumanan <gandesan@jpnin.gov.my>; Zulkifli Hashim <zulkifli@jpnin.gov.my>; Aduan (Korporat) <aduan@jpnin.gov.my>; Othman Saad <othman@jpnin.gov.my>; Ho Khek Hua <hokh@jpnin.gov.my>
Sent: Wednesday, March 9, 2011 12:56:00
Subject: Aduan-tiada guru di TP Seksyen 24, Shah Alam.


Salam Perpaduan,

Terlebih dahulu, Jabatan mengucapkan terima kasih atas aduan puan pada 8 Mac 2011mengenai ketiadaan guru di TP Seksyen 24, Shah Alam.  Untuk makluman puan,  ketiadaan guru di beberapa kelas tabika perpaduan adalah tertakluk kepada beberapa perkara yang berkaitan dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan kualiti guru di prasekolah.  Sebagai makluman, pengambilan guru baru agak lambat dijalankan ketika ini kerana berlaku perubahan skim perjawatan guru di semua agensi prasekolah kerajaan.  Oleh yang demikian, guru sedia ada di beberapa kelas dipindahkan ke kelas-kelas baru bagi mengisi kekosongan guru di kelas baru tersebut.  Pemindahan guru ini juga melibatkan Kelas TP Seksyen 4, Shah Alam.  Namun begitu, Peg. Perpaduan daerah petaling memaklumkan, kemasukan guru baru ke kelas tersebut akan berlaku pada 15 Mac 2011.  harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Suraya bt. Wen
Pen. Pengarah
Bahagian Pembangunan Komuniti
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Jabatan Perdana Menteri

Tel : 03-88837149
Fax : 03-88888569
 so, apa korang rasa yang terjadi lepas tu ek??
nak tau?? ita cite next n3...
 

Thursday, March 10, 2011

Imam Muda 2011 lebih hebat..

sumber kosmo!

JENAMA Imam Muda sudah meluncur laju tanpa memerlukan faktor penolak yang kuat. Tanpa disangka-sangka program realiti Islamik untuk mencari generasi pelapis imam daripada kalangan lelaki muda itu mencetuskan fenomena global.

Ketika mula disiarkan tahun lalu, ia secara automatik mendapat tempat di hati masyarakat tempatan tetapi menjelang penghujung program, beberapa agensi berita antarabangsa mula melaporkan berita itu secara konsiten.

Media Jerman dan Switzerland memberikan laporan meluas tentang Imam Muda. Program itu turut diuar-uarkan melalui media dan agensi berita seperti Reuters, AP, AFP, Wall Street Journal, The Daily Telegraph, Straits Times Singapura, Der Spigel (majalah Jerman) dan Daily Tribune.

Ia disaksikan penonton di Tokyo, Jepun, seluruh Eropah, Amerika Syarikat, Taiwan dan India.
Sampai sejauh itu kembara Imam Muda merentasi benua dunia, program yang menjulang Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan atau Asyraf Imam Muda sebagai juara itu meneruskan cita-cita ke musim kedua.

Sesi temu duga atau uji bakat yang bermula sejak 22 Januari lalu singgah Johor Bahru, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuantan dan Alor Setar.

Sesi uji bakat di lokasi terakhir iaitu Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur turut dijalankan hari ini. Pencarian musim kedua dikatakan lebih mencabar dan turut dibuka kepada warga asing.

Memetik bicara Mudirnya, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz, beliau masih menyifatkan Imam Muda sebagai kejutan.

"Seperti hidayah Allah S.W.T. untuk masyarakat.

"Padahal Astro bukanlah stesen televisyen yang bersifat Islamik sepenuhnya. Di luar negara termasuk di negara Arab, tiada program seumpama Imam Muda.

"Kata seorang kenalan saya, persembahan menarik dalam Imam Muda diibaratkan sebagai denak. Ia seperti mengumpan denak di air tenang.

"Imam Muda juga begitu, ia harus jadi denak dalam berdakwah jika mahu dakwah itu ditonton dan diterima oleh masyarakat," katanya yang akur dengan tuntutan zaman.

Tambahnya, imam dahulu sangat berbeza dengan imam zaman sekarang.

"Jika program ini telah wujud ketika saya masih muda, saya juga akan mencuba nasib kerana ia sebuah program untuk kebaikan," kata Hassan.

SENSASI BINTANG: Setakat ini, bagaimana prestasi peserta yang datang ke sesi uji bakat, puas hati?

HASSAN: Saya tak ikuti semua sesi uji bakat, saya hanya memantau dari jauh. Saya akan terlibat sepenuhnya semasa pemilihan akhir nanti.

Setakat ini, Kota Bharu, Kelantan mencatat kehadiran peserta yang paling ramai, Sabah 'biasa-biasa' sahaja.

Tetapi paling saya terkejut apabila ada seorang pemuda yang kurang siuman, dia datang berjumpa saya dan minta saya ingatkannya tentang lokasi uji bakat sebab dia juga mahu cuba nasib.

Dia sangat minat dan tahu semua perkara tentang Imam Muda.

ASYRAF: Saya juga tidak sempat ke lokasi uji bakat kecuali di Kuala Lumpur.
Pasti situasi uji bakat Imam Muda sangat berbeza dengan suasana uji bakat program realiti hiburan?

HASSAN: Kebanyakan peserta yang datang segak-segak. Jika tidak berjaya, tiada yang bertindak terlalu agresif atau merayu-rayu minta dimasukkan ke dalam program.
Jika mereka lepas pusingan bacaan al-Quran serta ujian bahasa Inggeris dan bahasa Arab, peluang mereka agak cerah.


Aspek apakah yang dititikberatkan selain pengetahuan luas tentang agama Islam?

HASSAN: Saya menekankan lima kriteria.
Pertama, mahu lahirkan imam sebagai pendamping generasi muda, yang tidak segan didekati masyarakat.
Kedua, penyampai berita yang menggembirakan sebagai jalan bahawa Islam itu mudah.
Ketiga, mampu mengingatkan keterlanjuran masyarakat terhadap gejala sosial.
Keempat, mampu mencari model terbaik, ikon yang ada gaya dan menjadi ikutan dan
kelima, imam muda harus jadi lampu yang bercahaya, cerminan jiwa.

ASYRAF: Saya sendiri pernah jadi imam sebelum masuk Imam Muda. Dari situ saya nampak generasi muda takut kepada imam. Rasanya imam muda kena lebih mesra dan berjiwa masyarakat.
Dulu, semasa saya sertai uji bakat, saya datang menjadi diri sendiri, tidak perlu pakai jubah cuma pakaian biasa dan bersongkok.
Tapi sekarang, ada masanya saya tak bersongkok jika keluar jalan-jalan. Penampilan diri itu penting, biar seimbang untuk diterima orang muda dan generasi lama.


Bagaimana dengan impak populariti Imam Muda sendiri, peserta datang mahu jadi imam atau kejar populariti?

ASYRAF: Populariti besar kesannya, yelah, bila orang agama dipopularkan ada yang bising dan lihat dari sudut negatif, dulu mungkin begitu. Mungkin ada yang datang mahu jadi popular tetapi saya rasa kebanyakannya mahu menyahut cabaran.


Impak Imam Muda ke atas hidup kalian sendiri?

HASSAN: Media elektronik sangat besar pengaruhnya, dulu pun saya ada terlibat dengan rancangan Al Kuliah tapi sekarang kalau ke mana-mana, orang akan tanya pasal Imam Muda.
Orang cerdik pandai kata, program ini untuk anak-anak dan program ini memang pengisi kerohanian. Mencari imam daripada kalangan lelaki muda, itulah tarikannya.
Dalam 100 peratus mungkin ada satu peratus yang pertikaikan kerana kelonggaran di sana sini. Kena ingat, ini program televisyen, tak boleh berat, kalau berat sangat orang tak tengok.

ASYRAF: Impaknya sampai sekarang, jadual saya dipenuhi undangan. Kalau nak keluar membeli-belah pun kena pilih masa.
Di kampung, macam-macam orang tanya bagaimana saya dibesarkan, sedangkan saya juga pernah nakal masa kecil. Tapi status juara Imam Muda sangat berat, orang ingat saya tahu semua benda, walhal dalam bidang yang bukan kepakaran saya.


Jangkaan Imam Muda musim kedua?

HASSAN: Mahukan mutu yang lebih baik, musim ini peserta dari luar Malaysia pun boleh masuk.

ASYRAF: Saya mahu tengok variasi latar belakang pendidikan peserta bukan daripada pengajian agama Islam semata-mata. Kalau boleh biarlah pengisian tahun ini lebih dahsyat daripada tahun lepas.



nota:- sejuk perut ibu kalo anaknyer jadi imam yang baik..

srrrrooootttt... srrroootttt.... aaarrrggghhhh.... sedapnyer....

fffuuuuhhh!!!!..
nyaman!!!! ape yg nyaman?? (sila skrol)
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 yer.... balitong masak lemak @ siput sedut masak lemak...
sebungkus RM6.. fresh tau.. beli kat pasar... masa hari ahad ari tu...
siput ni ita buat tak brape nak pedas... sebabnyer izzah & iyyad suke makan benda ni... so, letak sebijik cili padi dah memadai...
nengok tu?? ada yg cube larik...petua mak ita.. sebelum masak siput sedut, bersihkan dulu pastu gaulkan die ngan hampas kelapa.. kasi ilang sume kekotoran... letak kat tapisan @ besen yang hujungnye disadur ngan kapur makan... bukan kapur kasut tau!!!
siput² ni, berlumba² nak kuar... tapi, tak boleh nak kuar... sebabnyer bile sampai kat kapur tu je stop.. kapur kan panas... sampai situ je la...
sebenarnyer ada kisah kelakar yang jadik berkenaan dengan siput sedut ni...
  1. ita ingat lagik.. time tu ita kecik².. dok kat flat Taman Sejahtera Segambut, KL... ntah macam mana ntah.. satu hari ita dengar ada orang jerit... "woi!!! ni siput sedut sape yang terlepas ni??!!" memang kelakar sangat... mak cakap, orang tu tak sapu kapur la kotnyer kat bekas tu... tu yg siput sedut tu leh terlepas... since insiden tu ita beringat sangat...  kalo beli siput, jgn lupe salut mulut bekas tu dgn kapur makan..
  2. ita & jiran sebelah a.k.a abg ita masak menu yg sama on the same day!!! kitorang tak rancang tau... diorang pegi pasar dulu.. tapi ita balik rumah dulu.. paham tak?? time kakak ipar ita tuang siput sedut dalam sinki utk basuh, ita dengar.. ita pon terkejut jugak.. tapi ita diam je.. dalam hati, tertanya jugak.. diorang ni beli siput sedut  @ kerang ek?? tapi, yg ita nak tergelak, bile ita dengar kakak ipar ita potong ekor siput tu... terus ita jerit.. (pintu dapur kitorang berdepan) "kak ina beli siput sedut ke?" "haah!" ahahahhahahah... ita tak leh tahan gelak..."nape?? kau pon beli jugak ke?" "haah!!" "alamak!! sama la pulak menu kite ari ni" huhuhuuhuhuh.... memula ita ingat nak beli lala... tapi ita dah puas pusing satu pasar... takde... last skali beli la siput sedut..


Tuesday, March 8, 2011

thanks ayu!!

ayu!!! i lep u!!!
huhuhuhu... ita dah start meroyan pepagi nieh..
huhuhuhuuh..
gembira sangat... pepagi ni ada time nak jengah blog kengkawan...
skali tu tertengok la pulak kat n3 ayu bonzer ni...
keputusannyer hanya melalui nombor...
ita ni, mana la nak ingat kan...
mana taknyer... banyak sangat join contest bukan slalu join contest...
rupenyer n3 ita ni bertuah... huhuhuuh...

thanks ayu!!!
aku nak warna ijau tau..

Monday, February 28, 2011

BERDEGIL YER!!!

wah wah wah!!! tajuk tak hengat....
sape la yg berdegil tu ek...
takde la..
sebenarnyer ita nak stori pasal bergedil...
ita ade buat bergedil ari tu....
ni resepinyer....
  • 1 kg kentang..
  • 200gm daging cincang (nak pakai ayam pon boleh gak...)
  • 1 biji bawang besar
  • bawang goreng
  • daun sup - dihiris
  • daun bawang - di hiris
  • 1/2 biji buah pala
  • lada hitam
  • garam
  • telur
cara²nya :-
  • kentang dibuang kulit dan dihiris tebal kemudian digoreng
  • bawang besar didadu kasar kemudian digoreng hingga layu
  • tumbuk hingga hancur kentang yg dah digoreng & bawang yg digoreng layu & masukkan dalam besen
  • tumbuk halus buah pala, lada hitam & garam.
  • masukkan daging cincang, buah pala, lada hitam, garam, daun sup, daun bawang & bawang goreng dalam besen yg berisi kentang dan bawang yg telah ditumbuk.
  • gaul sehingga rata.. bentuk²kan ikut saiz kesukaan anda...
  • setelah dibentuk, celupkan bergedil dalam telur yang telah dikepuk kemudian digoreng. tapi ada gak yang goreng bergedil hanya guna putih telur... terpulang pada citarasa individu...

ni namanyer buah pala...

bergedil yg dah siap di gentel... dgn flash

bergedil yg telah digentel... w/out flash...


ni plak, bergedil yg dah siap digoreng...

Thursday, February 24, 2011

mc yang pertama..

slamat pagi kengkawan....
mesti korang ingat ita yg mc ari ni kan??
bukan ita la...
anak dara ita...
semalam die dapat mc dari klinik...
sebabnyer petang selasa tu die demam panas...
39.7.. panas kan??
ita balik keje dalam kol 4.50ptg tu, ita tgk die dah melepek kat dpn tv umah nenek die..
dgn lengkap berbaju kurung & tudung (standby nak gi ngaji)..
pastu nenek die cakap badan die hangat..
memang panas sangat...
pastu die cakap...
mak, kite pening kepala...
hhhrrrmmm... nak kene bawak gi klinik ni... ita call hubby & ita pon suruh die salin baju.. takyah gi ngaji..
ita siap pesan ngan anak buah lagi... tolong cakapkan ngan ustazah yg izzah demam..
lepas je tukar baju.. die terus cakap...
mak, kite dah tak pening... tak payah la pegi klinik...
hangin nyer dengar....pastu nenek die cakap...
mane boleh tak pegi klinik.. badan kakak panas tu...
kitorang pon pegi klinik... time doc nak check, die tanak duduk kat sebelah doc tu.. berdri tegak je...
skali check temperature 39.7.. mak ai!!! tinggi nyer...
doc pon tanye...
pn nak masukkan sendiri ubat ke @ nak saya masukkan kat sini??
doc masukkan la.. senang sket.. kalo kat umah berperang nanti...
doc tu gelak je... doc suh die menonggeng...
melalak bukan main... cam orang nak operate die.. padahal supp (ubat vontot) tu macam wax.. licin.. takde la sakit bile masuk... siap jerit² lagik.. seb baik takde patient... pastu ita mintakkan mc utk die.. takut² die demam lagik esoknyer...
ni la mc izzah...
sampai je kat luar, die ajak balik... sabar lah wahai anakku... ubat belum ambik... bil belum bayar..
takkan nak balik...
pastu ada sorang patient yang tgh duduk..
die tegur..
anak akak kenapa??
demam... kenapa?? dengar die menjerit tadik ke??
haah.. sambil sengih²
bukan ape pon.. masuk kan ubat vontot je..
ooohh.. patut la...
sampai kat luar dengar die jerit.. sabor.. sabor...
dah setel sume.. kitorang pon balik umah... izzah merengek² nak susu.. hhhrrmmm.. dah skolah.. tapi isap botol susu lagik.. nasib.. nasib...
ita dah buatkan die susu, die baring dpn tv..
konon² nak tido.. bile iyyad kuar, die terkebil² pandang ita... nak kuar main jugak...
ita diam je.. wat tak tau je.. malas nak marah... die pon kuar.. siap bawak handbag & pakai heels die...
siap leh main² lagik... rasa badan die dah tak panas... berkesan betul supp tu...
esoknyer, hubby anta die ket umah nenek die.. ita call die dalam kol 12 cenggitu..
just nak check condition die.. takut panas balik..
skali tu dah elok dah.. siap gelak² lagi.. ita remind die suh buat keje yg ita dah sediakan...
ita da belikan die 3 bijik buku latihan.. ita dah siap²kan tulis ABC kat buku tu.. suh die siapkan every pages..
sudahnyer.. bile ita balik umah, keje tu tak siap gak.. rupenyer maen je die .. panas hati tau... kang meroyan kang..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SAYANG KAMOO